BAB 39 💛

14.3K 640 0
                                    

Mereka berempat menunggu diluar bilik Putri yang sedang dirawat oleh doktor peribadi mereka iaitu Doktor Chin.

Pintu bilik dibuka, Doktor Chin keluar dengan senyuman dibibirnya, mereka terus menerpa kearahnya.

"Macam mana keadaan adik aku? Adik aku okey tak?" tanya Iskandar risau, Doktor Chin mengganguk dan tersenyum sebelum membalas soalannya.

"Kau tak payah risaulah Is. Adik kau dalam keadaan stabil, cuma dia kekurangan air dalam badan dia, tapi aku dah tambahkan air melalui alat yang selalu digunakan untuk pesakit yang kurang air didalam badan," terangnya kepada mereka. Doktor Chin adalah sahabat mereka tetapi dia tidak menetap di Malaysia, dia menetap di Italy kerana dia memang orang Italy.

"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu." kata Raziq dengan senyuman yang lebar. Lalu Dokor Chin meminta diri untuk pulang kerumahnya, dia ditemani oleh mereka sehingga ke pintu hadapan. Setelah kelibatnya sudah hilang, pintu ditutup oleh pembantu rumah mereka.

"Okeylah, aku nak rehat. Penat sangat berperang tadi."  ujar Daniel kepada mereka, Raziq mulai menyampah.

Drama lebih je mamat ni, bukannya dia bertumbuk pun, main pistol je, itu pun penat ke?

"Tak apalah korang pergilah rehat. Aku nak tengok adik aku." ujar Iskandar kepada rakannya, mereka mengganguk dan mula melangkah ke bilik masing-masing.

Pintu bilik dibuka olehnya, dia mendekati susuk tubuh adiknya yang terbaring di atas katil dengan wajah yang pucat.

Dia mengambil tempat disebelah adiknya dan merebahkan tubuhnya menghadap Putri.

Ditenung setiap wajahnya dan badan yang banyak kesan lebam, Iskandar mengeluarkan keluhan.

"Adik, abang Is minta maaf sebab lambat selamatkan adik, abang minta maaf ye sayang , sebab abang adik jadi macam ni." ujarnya sayu, dia mengucup dahi adiknya lama.

Dia sangat rindukan adiknya, akhirnya Tuhan mendengar doanya agar dipertemukan semula dengan adiknya.

Berita mengenai Putri sudah mereka sampaikan pada keluarga mereka di Malaysia, keluarga mereka sangat gembira terutama sekali umi dan abahnya.

Tetapi, mereka juga memaklumkan bahawa mereka akan pulang ke Malaysia jika Putri sudah pulih sepenuhnya, dan keluarga mereka pun setuju sahaja.

Dia memeluk tubuh adiknya tetapi tidak menggangu jarum yang dicucuk pada tangan adiknya, dia rindu nak bermanja dengan gadis itu dan dia berdoa agar adiknya cepat sembuh dengan cepat.

"Hakim kau tunggu jelah nasib kau bitch! Kau takkan boleh lari." ujarnya sinis.

Iskandar melelapkan matanya disamping adiknya, dipeluk erat tubuh tersebut, setelah berapa minit dia sudah terlelap bersama adiknya.

Dia sangat menyayangi adiknya dan dia rindu ingin memeluk adiknya, kerana biasanya sebelum Putri hilang, adiknya akan kebilikbya untuk tidur.

"Goodnight my sweetie little girl."

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now