BAB 10 💛

18.7K 950 5
                                    

Kereta sport milik Irfan berhenti dihadapan sebuah rumah banglo.

'Rumah ni macam kenal, bukankah rumah ni Iskandar dan keluarganya yang punya, kenapa pula Putri tunjuk alamat rumah ni, kalau ni rumah dia , siapa Putri ni sebenarnya.' Irfan berteka-teki didalam hati.

Putri Qhaisara keluar dari perut kereta diikuti dengan Irfan. Putri Qhaisara sudah tersenyum bahagia melihat rumahnya. Em, akhirnya sampai juga.

"Ni lah rumah Putri pakcik, jom masuk pakcik." Ajak Putri Qhaisara kepada Irfan yang hanya berdiri statik ditempatnya.

Belum sempat Irfan membalas, tangannya sudah ditarik oleh Putri Qhiasara. Haih budak ni, sukasuki dia je tarik tangan aku. Elley, suka lah tu tangan dia dipegang oleh Putri, malu tapi mahu.

"Assalamualaikum, umi, abah, abang is, Putri dah balik." laung Putri dengan kuat.

"Waalaikumsalam," jawab Puan Nurhuda.

"Ya Allah, Putri anak umi. Abang, Is, Putri dah balik, alhamdulillah, Ya Allah." lantas tubuh anaknya dipeluk dengan erat lalu pipinya dicium bertalu-talu. Putri Qhaisara hanya membiarkan sahaja ibunya mencium, malah dia lebih suka bila ibunya memanjakannya begitu.

Iskandar dan Encik Mahmud yang mendengar jeritan Puan Nurhuda lantas menerpa ke ruangan hadapan.

"Adik."

"Putri."

Jerit Iskandar dan Encik Mahmud serentak.

Putri Qhaisara terus sahaja menoleh kearah abang dan abahnya sambil mengukirkan senyuman yang cukup manis untuk mereka berdua.

Laju sahaja Iskandar menuju kearah adiknya, tubuh adiknya dipeluk dan ubun-ubun adiknya dicium, sungguh dia rindukan adiknya walaupun hanya berapa jam sahaja.

"Adik pergi mana sayang? Asal muka adik lebam-lebam dengan bibir pecah? Siapa yang buat adik macam ni? Cakap dengan abang sayang." desak Iskandar sambil menggocangkan tubuh adiknya.

"Betul tu, Putri pergi mana sayang? Tahu tak yang kami risau sangat dengan adik? Nasib tak jadi lebih teruk, cuma lebam je, kalau adik dibunuh macam mana?" sambung Encik Mahmud kepada anak gadisnya.

Putri Qhaisara rasa bersalah kerana membuatkan keluarganya risau tentang dirinya. Sungguh, dia tidak suka keluarganya mengalirkan airmata mereka, lebih-lebih lagi uminya.

Hatinya sakit bagai ditusuk dengan pisau, dia merasakan dirinya kejam kerana membuatkan keluarganya menangis kerana dirinya.

Putri Qhaisara sedaya upaya tidak mahu ingat kejadian itu. Lalu dia melemparkan senyuman yang manis kepada keluarganya, menandakan bahawa dia baik-baik sahaja.

"Janganlah sedih lagi, kan Putri dah ada depan mata ni, janganlah risau, Putri okey jelah, Putri kan budak kuat:" pujuk Putri Qhaisara.

"Jangan risau tentang adik, adik selamat je. Sebab ada hero tau selamatkan adik tadi, kalau takde hero, mungkin adik dah mati kot." sambung Putri lagi.

"Putri cakap apa ni? Boleh tak jangan merepek, umi tak suka." marah Puan Nurhuda. Sungguh, dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu.

Putri Qhaisara hanya tersengih sebelum menarik tangan uminya menuju kearah biliknya. Dirinya sangat penat dan dia sangat rindu dengan patung kesayangannya.

Encik Mahmud hanya gelengkan kepala melihat telatah anaknya itu. Orang separuh mati risaukan dia, dia boleh buat relax je.

"Ehem!"

Irfan berdehem untuk menarik perhatian Encik Mahmud dan Iskandar. Aku ni tunggul ke apa? Kalau ye pun risaukan anak tu, sekuranganya pandanglah biar sedikit aku disini, penat tahu tak tengok drama korang.

Encik Mahmud dan Iskandar lantas menoleh kearah Irfan yang sedang berdiri dihadapan pintu sambil bibir mengukirkan senyuman kecil.

Iskandar yang melihat kewujudan Irfan terkejut, takkanlah hero yang dikatakan adiknya ialah Irfan.

Kalau macam tu,  Irfan dah tahulah aku ada seorang adik. Aku yakin mesti dia soal aku macam-macam nanti.

"Eh, Syah. Dah lama ke dekat situ? Minta maaflah ye nak, tak perasan pula kamu ada disitu." kata Encik Mahmud kepada Irfan.

"Eh, takpe uncle. Lagi pula saya dah nak pulang pun, saya kesini cuma nak hantar Putri je tadi," balas Irfan dengan lembut. Amboi, bukan main lembut lagi ye suara kau, kalau dengan anak buah kau macam singa kehilangan bini.

"Lah, yeke? Terima kasihlah Syah sebab hantarkan Putri pulang," balas Encik Mahmud kepada Irfan.

"Sama-sama uncle, okeylah uncle. Syah pulang dulu, kirimsalam dekat aunty Huda, assalamualaikum." ujar Iskandar lalu menyalam telapak tangan Encik Mahmud.

"Yelah, elok-elok bawa kereta tu, waaalaikumsalam," jawab Encik Mahmud.

Iskandar hanya mendiamkan diri, sempat dia melihat kearah anak mata Irfan yang tajam merenungnya sambil tersenyum sinis kearahnya sebelum meninggalkan rumah mereka.

'Em, nampaknya rahsia ni dah terbongkar, confrim beruk tu duk soal aku esok.' desis Iskandar.

Pintu ditutup, lalu anaktangga ditujui dan berjalan kearah bilik tidurnya. Dia bersyukur, adiknya telah selamat pulang kerumah mereka semula.

"Abang akan cari siapa yang berani sentuh adik, dan abang pasti orang itu sudah dalam tawanan Irfan, Thanks bro selamatkan adik aku." gumam Iskandar lalu bibirnya mengukirkan senyuman. Tak sabar nak tengok wajah-wajah yang telah menyentuh adiknya.

RAHSIA DAH TERBONGKAR , SABAR JELAH IS , LEBIH BAIK KAU CERITA JE DENGAN BERUK TU HAHAHA 💩

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now