BAB 59 💛

12.4K 573 40
                                    

Putri menghempaskan badannya diatas katil empuk milik mereka, badannya terasa penat seharian bermain dengan Atilia, hari yang sangat menyeronokkan baginya, kerana tidaklah dia berasa bosan seharian dirumah.

Irfan melangkah masuk kedalam, kepala digelengkan melihat sikap isterinya, tuala diambil dan bergegas masuk kedalam bilik air.

"Baguslah dia pergi mandi, bau badan dia kalah biawak dekat luar sana. Eh, Putri dosa tau kutuk suami sendiri." tergelak sendiri, lalu dia duduk bersila sambil menunggu suaminya keluar.

Selepas berapa minit, Irfan keluar dari bilik air lalu dia mendekati tubuh isterinya yang sedang rancak bermain dengan patung kesayangannya, lalu patung tersebut dia rampas.

"Eh, apa main rampas-rampas ni, tak baiklah." ujar Putri sambil mulut dimuncungkan kehadapan, Irfan hanya beriak sahaja.

"Suami ada disebelah, kenapa tak layan? Macam tak wujud je abang ni kan dekat sini." kata Irfan.

"Siapa kata abang tak wujud? Kalau abang tak wujud, takdenya abang hidup dekat dunia ni lah," jawabnya sambil bercekak pinggang kepada suaminya, Irfan hanya menjulingkan matanya.

"Memanglah abang wujud dekat dunia ni, tapi bukan itu maksud abang. Maksud abang yang sebenarnya, sayang ni tak tegur abang pun, sedangkan abang dah ada disebelah sayang tahu tak!" geram Irfan berkata kepada isterinya.

"Siapa kata Putri tak tegur abang? Jadi, sekarang ni Putri tengah bercakap dengan abang kan, sewel ke apa abang Irfan ni?" balasnya selamba, lantas dahinya dijentik oleh suaminya.

Putri menggosok dahinya yang dijentik oleh suaminya, sakitlah bodoh! Heheh, cuma cakap dalam hati jelah, kalau depan-depan tak berani.

"Abang tak sewel, sayang tu yang sewel," balas Irfan kepadanya.

"Putri tak sewel okey, Putri ni budak pandailah." katanya dengan bangga sambil tersenyum senget, Irfan menjongketkan keningnya sebelah.

"Yeke pandai? Cuba sayang sebutkan nyanyi dalam bahasa inggeris?" cabarnya kepada Putri.

"Sing,"

"Kalau bernyanyi?"

"Singing,"

"Kalau lagu?"

"Song,"

"Kalau berlagu?"

"Songsong,"

Irfan tersenyum bangga dengan peningkatan isterinya. Tapi, selepas itu dia perasan satu kesalahan isterinya.

"Cuba sayang sebut balik ayat berlagu tu dalam bahasa inggeris." pintanya kepada Putri.

"Songsong,"

Irfan menepuk dahinya, baru je nak puji tadi, tapi semuanya hancur berkecai, alahai masih ada lagi kebodohan dalam otaknya.

"Kenapa songsong pula?" soalnya pelik kepada Putri.

"Kan kalau nyanyi, sing, kalau bernyanyi kena tambah perkataan, i, n, g, dibelakangnya jadilah singing. Kalau lagu pula, song, jadi tambahlah ayat dia dekat belakang macam singing tu, jadilah songsong," terangnya cukup bijak sekali kepada sang suami, Irfan menepuk dahinya sekali lagi, asal bengap sangatlah isteri aku ni.

"Pintarkan Putri? Itula, lainkali tak baik tau cakap Putri ni sewel." ujarnya kepada Irfan.

"Whatever sayang," balasnya acuh tak acuh sahaja kepada isterinya.

"Apa tu whatever abang Irfan?" soalnya kepada Irfan.

"Maksudnya, pergi tidur sekarang," jawabnya selamba sahaja.

"Ouh, nampaknya Putri dah dapat tahu perkataan baru lagi, terima kasih abang." ujarnya gembira, Irfan tergelak dapat memperbodohkan isterinya, sekali sekala kan.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now