BAB 53 💛

12.9K 499 5
                                    

Seorang gadis melangkah masuk kedalam rumahnya, dia membawa beg plastik yang penuh dengan barang dapur.

''Assalamualaikum bu, adik dah sampai ni." jerit Hande. Gadis itu adalah Hande, masih ingat dengan gadis bernama Hande yang merupakan kawan kepada Putri dan juga Merlyn.

"Waalaikumsalam, banyaknya adik beli. Tak membazir ke nak?" soal ibunya Watie kepada anaknya itu, lalu dia membantu mengangkat separuh barang yang dibeli oleh anaknya.

"Tak ada membazir pun ibu, kebetulan gaji adik dah masuk, sebab tu adik beli belanja sikit," jawabnya sambil tersenyum kepada ibunya, mereka berjalan beringin menuju ke dapur.

Mereka hanya berdua sahaja dan Hande merupakan anak tunggal, ayahnya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat kanser.

Nasib sahaja Allah memanjangkan umur ibunya, dia sangat rindukan ibunya waktu dia diculik dulu.

Waktu dia diculik dulu adalah waktu dia baru sahaja pulang dari kerja dan ingin pulang kerumah, dia diculik oleh sebuah van yang berwarna hitam, dan selepas itu dia tidak lagi berjumpa dengan ibunya.

"Ibu masak sedap-sedap tau, adik dah beli bahan-bahan lauk kegemaran adik." pintanya kepada ibunya, dia sangat manja sejak dari dia kecil lagi, tapi dia juga dididik agar tidak menjadi kurang ajar. Ibunya tersenyum kepada anaknya.

"Baiklah tuanku, nanti ibu masak yang special untuk tuanku." kata ibunya kepada Hande, dia tergelak, terasa bahagia hidupnya walaupun keluarganya tidak selengkap seperti keluarga orang lain.

"Kalau macam tu, adik naik dulu eh, nak mandi, lepastu adik turun tolong ibu masak okey?" katanya kepada ibunya.

"Pergilah, biar semua ni ibu je yang kemas. Jangan lupa solat maghrib ye sayang." pesannya kepada anak gadisnya. Hande menggangukkan kepalanya lalu mencium pipi ibunya sebelum naik keatas.

Puan Watie melihat pemergian anaknya itu tersenyum bahagia, dia tidak pasti sama ada dia dapat lihat senyuman anaknya itu jika ada sesuatu yang terjadi pada dirinya nanti.

"Hande, kalau ibu dah tak ada, siapa nak jaga Hande?Ibu harap bila ibu dah tiada nanti, ada orang yang akan sayang dan jaga Hande seperti ibu." gumamnya sendiri lalu airmatanya mengalir. Selepas itu dia menyeka airmatanya dan menyambung kerjanya dengan mengemas kesemua barang dapur yang dibeli oleh anaknya tadi.






Pintu bilik dibuka lalu badan direbahkan dikatil, badannya terasa sangat penat lalu tudung dibuka dan mengambil tuala untuk membersihkan diri.

Setelah habis membersihkan diri, kaki melangkah keluar apabila dia sudah berpakaian lengkap, telekung diambil dan mulai menunaikan kewajipan Tuhan.

Selesai sahaja menunaikan solat, dia turun ke bawah, terlihat ibunya sedang sibuk memotong bahan-bahan untuk memasak, secara perlahan-lahan dia mendekati ibunya.

"BAH!"

"EH ANAKKU KAWIN 3 KALI."

"HAHAHAH."

Hande ketawa terbahak-bahak, manakala Puan Watie pula sudah geram dengan sikap anaknya, laju sahaja tangannya menghempuk kepala Hande menggunakan sudu besi.

"Aduh...sakitlah bu." adunya .

"Hah! Tahu pun sakit. Yang buat ibu macam tadi tu tak fikir ke? Kalau ibu ni ada sakit jantung tadi, mungkin ibu dah lama mati oleh adik." bebelnya kepada Hande, anaknya tersengih lalu mendekati Puan Watie.

"Hehee, janganlah marah ibu, adik gurau jelah." katanya kepada sang ibu.

"Em, dah tolong ibu cuci ayam dan potong." Arah Puan Watie.

"Baik puan!"  jawab Hande lalu mengambil ayam dan mencucinya, ibunya menggeleng sahaja melihat gelagat anaknya.

Mereka berdua masak bersama-sama didapur tersebut, gelak tawa mereka memenuhi ruang tersebut. 𝖬ereka bahagia walaupun tidak mempunyai suami mahupun ayah disisi.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now