BAB 36 💛

14.3K 638 9
                                    

Malaysia

"Bro, aku dah jumpa location adik kau bro." jerit Daniel dengan teruja, akhirnya dia berjaya juga mengesan jejak Putri setelah sekian lama dia berusaha.

Iskandar, Irfan dan Raziq terus memandangnya dengan wajah terkejut. Tapi, mereka bertiga mengucapkan syukur dalam hati kerana akhirnya mereka telah berjaya mengesan jejak Putri Qhaisara.

Iskandar terus menerpa Daniel yang sedang tersenyum gembira sahaja pada saat itu.

"Betul ke ni bro? Kau tak tipu kan?" soalnya kepada Daniel serta badannya digoncangkan, lantas Daniel menggelengkan kepalanya namun senyumannya masih setia dibibirnya, Irfan dah Raziq juga turut mengukirkan senyuman bahagia.

"Alhamdulillah! Sekarang dia ada dimana?" soalnya dengan wajah yang sangat ceria. Namun selepas itu senyuman Daniel mati, mereka bertiga pelik dengan sikap Daniel, tadi elok je ceria, asal tiba-tiba sedih pula.

"Asal kau tiba-tiba sedih pula? Kita semestinya gembira sebab berjaya mengesan jejak dia." sampuk Raziq kepadanya. Daniel menarik nafas panjang sebelum memberitahu mereka tentang kehidupan Putri disana.

"Sebenarnya bro, adik kau diculik oleh musuh lama kau dengan Irfan iaitu Hakim. Dia yang culik adik kau untuk perangkap kau dengan Irfan disebabkan salah faham dulu yang berlaku antara korang, hidup adik kau disana terseksa bro, dipukul, diberi makan sekali sehari sahaja," terang Daniel, mereka bertiga membiarkan sahaja Daniel melanjutkan katanya.

"Adik kau setiap hari menangis, sampailah suatu hari tu dia kena tembak sebab melawan cakap salah seorang dari anakbuah Hakim, adik kau pengsan bila dia bangun je dia sudah dibeli oleh seorang jutawan dan merupakan seorang ahli mafia serta rakan kongsi gelap Hakim dan hidup dia bertambah sengsara bro, dia dijadikan hamba, dipukul tanpa rasa belas kasihan, disuruh melakukan kerja tanpa henti. Dia ada rapat dengan dua orang perempuan ni nama dia Merlyn James dan Hande Brooke, mereka berdualah yang bantu merawat adik kau lepas dipukul oleh Joez Mirk, orang yang telah membeli adik kau. Setiap hari adik kau meluah kepada gadis berdua tu yang dia ingin pulang dan dia juga setia menunggu kita datang selamatkan dia."sambung Daniel panjang lebar kepada mereka bertiga. Macam mana Daniel tahu? Mereka ahli mafia dan semestinya ada orang dalam.

Mereka berempat berasa marah terhadap orang yang telah menyeksa Putri kesayangan mereka, terutamanya Iskandar dan Irfan yang tidak kurang bengis di wajah mereka.

"Shit!"

Jerit Iskandar dengan nafas yang turun naik, dia berasa marah kepada dirinya kerana membiarkan adiknya menunggu lama untuk menyelamatkan dia.

Irfan pula menumbuk tingkap cermin pada bilik tersebut dengan kuat sehingga pecah, tangannya sudah berdarah tetapi, hatinya lagi sakit kerana little girlnya hidup merana disana.

"Aku akan pastikan setiap tubuh my little girl aku yang terluka disebabkan tangan bullshit  tu akan aku balas bersama Iskandar." ujarnya lalu tersenyum sinis sambil memandang wajah tampan Iskandar, Iskandar yang faham maksud itu turut mengukirkan senyuman sinis, tak sabar nak jumpa mereka.

Daniel dan Raziq berpandangan satu sama lain, bukannya mereka tidak faham, tetapi mereka sangat faham, haih! Nampaknya, dua devil akan bergabung.

"Raziq, aku nak kau kumpulkan semua budak-budak kita berbincang tentang plan untuk serang mereka di italy, hanya lebih kurang 30 sahaja sebab kita ada anakbuah disana juga." Arah Irfan kepadanya.

Mereka bukan sahaja Ahli Mafia yang terkenal di Malaysia, malah di italy, thailand dan Perancis juga mereka turut terkenal. Dan mempunyai markas ditempat tersebut, cuma mereka akan pergi ke tempat-tempat tersebut setiap sebulan sekali sahaja.

Raziq mengganguk faham lalu melangkah keluar dari bilik tersebut untuk mengumpul seramai 30 anakbuah mereka untuk dibawa pergi ke Italy.

"Daniel, kau pula aku nak kau call iyan suruh dia sediakan kita Pj, kita akan bertolak esok." Arahnya kepada Daniel pula, dia terus menghubungi Iyan untuk memberitahu tentang arahan dari ketua mereka.

"Nampaknya Is, dua orang bitch yang berani sentuh my little girl kita akan temukan ajal mereka." ujar Irfan kepada Iskandar dengan sinis. Iskandar tersenyum lebar yang penuh bermakna kepada Irfan.

"Em, nampaknya tangan kita ni tak lama lagi dapat 'habuan' dia," jawab Iskandar sambil tersenyum senget, mereka sudah lama tidak membunuh orang kerana sibuk mencari Putri.

Tapi, nampaknya semua itu tidak sia-sia kerana mereka akan membunuh musuh lama mereka iaitu Hakim diikuti dengan Joez Mirk  yang berani memukul little girl mereka dengan tangan mereka sendiri.

Mereka sudah lama bersabar dengan Hakim, tapi lelaki sial itu masih sahaja menyalahkan mereka dan suka mencari masalah disebabkan kesalahfahaman.

'Adik tunggu Abang Is, abang akan selamatkan adik, sabar ye sayang.' desis hati Iskandar.

'Little girl, tunggu kami, kami akan pastikan mereka akan terima balasan sebab dah sentuh little girl, i swear! I will make sure mereka akan pergi ke neraka.' desis hati Irfan sabil tersenyuk penuh makna.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now