BAB 64 💛

13K 516 43
                                    

Daniel memandu dengan laju diatas jalan raya, dia memang seperti itu suka memandu dengan laju walaupun bukan waktu kecemasan. Belum sempat dia menekan brek, keretanya sudah berlanggar dengan sebuah kereta mewah.

"Ish, kereta ni pun satu, berhenti pun secara mengejut. Macam mana aku nak tahu yang kereta kau tu nak berhenti, bengap betullah!" bebelnya lalu melangkah keluar dengan wajah yang bengang.

Kakinya menuju kearah kereta tersebut dan mengetuk cermin kereta dengan kuat. Bila cermin sudah diturunkan, dia terpegun seketika dengan wajah gadis yang memandu kereta tersebut.

"Kau ni reti bawa kereta ke apa huh! Kau tahu tak, disebabkan kecuaian kau ni kereta aku jadi mangsa!" katanya dengan nada yang marah, ingat kalau kau cantik, aku boleh lupakan kesalahan kau ke?

Gadis itu keluar dengan senyuman dibibirnya, Daniel melihat wajah itu kelihatan berang namun tetap kelihatan cantik.

"Eh, atok! Bukan kereta awak je yang rosak, kereta saya pun kena jugalah, lagi pula bukan salah saya eh. Kalau atok tak bawa kereta dengan laju benda ni takkan terjadilah, bawa kereta macam jalan ni bapak dia punya!" balasnya selamba dengan berang. Tercengang mulut Daniel, dia panggil aku atok! Muka aku ni punyalah kacak tapi dia panggil atok, nak mati awal je perempuan ni.

"Woii, perempuan. Kau jaga sikit mulut kau eh. Bertudung litup tapi mulut kau puaka, tak ada budaya bangsa langsung kau ni." bebelnya namun gadis itu hanya menjulingkan mata.

"Tak ada budaya bangsa kepala otak kau! Habis yang awak marah saya itu budaya bangsa ke encik atok?" perlinya dengan senyuman senget. Berasap telinga Daniel medengarnya.

"Kau pergi blah sekarang sebelum aku tembak kau dekat sini." marah Daniel, gadis itu hanya tersenyum mengejek.

"Aww! Baiknya hati encik atok ni, terima kasih ye sebab tak saman saya, terima kasih juga sebab maafkan saya, bye encik atok, hati-hati dijalan raya dan hati-hati juga agar hati encik atok tu tak jatuh cinta dengan saya. Kalau atok teringatkan saya, sebut je nama Merlyn, nanti hilanglah rindu tu okey? "kata gadis itu lalu mengenyitkan matanya kepada Daniel sebelum pergi dari tempat tersebut.

"Tak sangka ada lagi gadis sewel macam Putri, gila!" kutuknya dan tergelak kecil.










Kereta milik Merlyn berhenti disebuah cafe, laju sahaja dia masuk kedalam, dia pasti rakannya akan mengamuk kerana dia datang lewat.

"Sorry lambat." katanya setelah mengambil tempat berhadapan dengan raknnya, nafasnya tercungap-cungap sambil tersengih namun rakannya memandangnya tajam.

"Kau janji pukul berapa?"

"Pukul 10,"

"Sekarang pukul berapa?"

"Pukul 12," jawabnya sambil tersengih, makin tajam renungan rakannya terhadapnya.

''Alah,Rina sorrylah. Aku bukannya sengaja datang lewat, mak aku tu banyak soal. Lepastu, waktu aku dalam perjalanan kesini, aku kemalangan kecil dengan seorang atok hensem," terangnya kepada Rina.

"Boleh percaya ke apa yang kau cakap ni? Sebab kau ni selalu je datang lewat, tak tepati janji langsung!" kata Rina dengan sebelah kening dijongketkan.

''Ish, betullah. Buat apa pula aku nak tipu kau? Kalau kau tak percaya, nanti kau tengok kereta aku yang ada cacat dekat belakang." belanya dengan wajah cemberut, panas pula hati aku, orang cakap benda betul bukan tipu okey!

"Yelah, aku percayakan kau. Kalau cakap hal ini, sampai ke esok pun tiada penghujungnya, kau tu ada je benda nak jawab." Rina mengalah membuatkan gadis itu tersenyum lebar.

"Begitulah baru kawan aku, sekarang jom kita order makanan, aku belanja. Memandangkan aku buat salah hari ni okey?" ujar  Merlyn lalu dibalas anggukan dari Rina bersama senyuman dibibrnya .

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now