BAB 15 💛

17.9K 794 4
                                    

Tubuh keempat-empat lelaki itu diikat dikerusi dalam bilik tersebut dalam keadaan pengsan. Muka mereka banyak kesan lebam akibat ditumbuk tanpa henti.

Raziq mendekati tubuh lelaki yang berkulit hitam itu. Pisau bersaiz kecil diambil, walaupun kecil tapi sangat berbisa kalau terkena. Wajah lelaki itu ditumbuk oleh Raziq menyebabkan dia tersedar dari pengsannya.

"Arghhh!"

Lelaki itu menjerit, menyebabkan rakannya yang lain turut sedarkan diri. Mereka lihat Raziq sedang mainkan pisau diwajah rakan mereka.

"Hye bitch! Seronok tidur nampak? Tapi, waktu tidur dah habis man." kata Raziq lalu tergelak kecil sebelum kembali serius. Pisau ditekankan di pipi lelaki itu sehingga pisau itu menebusi pipinya.

"Arghhh!" jerit lelaki tersebut, tetapi Raziq tidak memperdulikannya. Pisau tersebut ditarik dengan kasar sehingga menyebabkan pipinya terkoyak. Lalu pisau itu pula ditekankan pada sebelah kiri pipi lelaki itu. Menjerit lelaki itu menahan sakit, darah mengalir tanpa henti.

Raziq hanya tersenyum sinis, pisau tersebut hanya dibiarkan sahaja dipipi lelaki itu. Dia mengambil kapak lalu mendekati tubuh lelaki itu semula.

"Em, siapa yang suruh korang untuk cederakan 'hak' kami huh? Baik kau beritahu siapa." kata Raziq dengan tenang sambil tangannya menggengam kapak yang sangat tajam. Lelaki tersebut hanya diamkan diri, tak mampu untuk dia berkata kerana pisau tersebut masih berada dipipinya.

"Is okey boy, kau tak perlu jawab okey. Sebab aku kasihan dekat kau, mesti kau tak dapat bercakap disebabkan pisau tu masih melekat dekat pipi kau. Tak apalah nanti kawan kau tolong beritahu nama boss korang okey?" Raziq berkata sambil tersenyum mengejek, kapak diangkat dan.....

Pak!

Pak!

"Arghh!"

Kedua kakinya telah putus dari tubuh badannya. Darah memercik ke baju Raziq tidak dihiraukan. Dia tersenyum puas kerana dapat menyeksa lelaki tersebut. Pistol diambil lalu tepat di bahagian jantungnya ditembak, lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.

Daniel, Iskandar dan Irfan hanya tersenyum sinis melihat Raziq menyeksa salah seorang mangsa mereka. Raziq mendekati mereka sambil tersenyum penuh makna.

"Bro, aku dah settlekan sorang bro. So, korang bertiga pilihan 'mainan' mana yang korang nak, pilih je nak yang itu ke, itu, atau itu." kata Raziq sambil jarinya menunjuk kearah ketiga lelaki itu. Mereka sudah kecut perut mendengar apa yang dikatakan oleh Raziq.

"Now, it's my turn boy." kata Daniel mendekati salah seorang dari mereka yang berambut merah. Alat seksaan diambil, dia memilih samurai yang panjang, lelaki tersebut sudah pucat melihat samurai tersebut.

"Kenapa pucat je muka tu? Jangan risau, tak sakit pun, kita 'main' slow-slow okey. Tapi, sebelum tu siapa eh nama boss korang, cuba beritahu kami." soal Daniel lalu mencakung dihadapan lelaki tersebut.

"Aku lebih rela matilah bodoh daripada beritahu korang!" tengking lelaki tersebut kepada Daniel. Daniel tersenyum sinis, ceh! Dalam keadaan macam ni pun ada hati nak tengking aku, bodoh!

"Aku ke atau kau yang bodoh huh? Kalau kau pandai sangat kau takkan berada dekat sini. Tapi, disebabkan bodohlah kau ada dekat sini," balas Daniel sambil mengukir senyuman mengejek lalu samurai tersebut dicium.

Zapp!

Kepala lelaki itu terpisah dari tubuhnya, darah mengalir dengan laju.

Zapp!

Zapp!

Zapp!

Zapp!

Tangan serta kakinya juga terpisah dari badannya. Kini tubuhnya tidak lagi sempurna seperti sebelumnya. Daniel tersenyum puas lalu samurai tersebut diletakkan ditempat semula dan berjalan mendekati rakan-rakannya.

"Fuyoo! Cayalah niel. Mantap wei." puji Raziq lalu memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Daniel tersenyum bangga lalu matanya diahlikan kearah Iskandar. Iskandar yang melihat pandangan Daniel itu, dia mengukirkan senyuman sinis sebelum melangkah kearah seorang daripada dua orang mangsanya itu.

"Kau nak tahu tak? Perempuan yang kau cederakan itu, adik aku. Adik yang paling aku sayang. Aku tak pernah pun pukul dia walau sekali, tapi kau? Suka hati je tembak dia kan?" kata Iskandar dengan wajah yang merah padam, gigi diketap kuat lalu tumbukan padu diberikan kepada lelaki itu, habis lunyai wajahnya.

Darah keluar dari mulut lelaki itu, Iskandar memberi isyarat mata kepada Daniel, Daniel faham akan isyarat itu, pantas dia memilih alat seksaan lalu diberikan kepada Iskandar, Iskandar menyambut pisau tersebut.

Pisau itu ditekankan pada betis lelaki itu sampai terkena pada tulang. Lelaki tersebut menjerit kesakitan, tetapi dia tidak endahkan, hatinya sakit melihat adiknya ditembak walaupun hanya sekadar dibahu. Pisau ditarik dengan kasar lalu perut lelaki tersebut ditusuk berkali-kali. Selepas itu, kedua telinga itu dipotong dengan kasar, darah mengalir dengan sangat banyak. Akhir sekali, pistol dihalakan kepada lelaki yang nyawanya hanya tinggal dihujung tanduk sahaja.

"Sebelum kau mati, kau taknak beritahu ke siapa yang suruh korang untuk tembak adik aku?" soalnya dingin. Lelaki itu cuba bersuara dengan sedaya upaya.

''Micheal Jason," jawab lelaki itu sebelum dirinya ditembak sebanyak dua kali oleh Iskandar.

Bang!

Bang!

Akhirnya lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi dengan mata yang terbuka luas. Mendengar sahaja nama tersebut membuatkan amarah mereka naik, lelaki itu tak pernah serik ganggu hidup mereka.

"Shit!" jerit Irfan. Selepaa itu pistol dicapai lalu mangsa yang terakhir itu ditembak sebanyak 7 kali.

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Lelaki tersebut sudah tidak bernyawa. Irfan tersenyum sinis, dia malas mahu panjangkan masa, lagipun dia tidak perlu menyeksa lelaki tersebut kerana dia sudah pun mendapat tahu nama boss mereka.

"Nampaknya, Micheal dah perasan tentang kehadiran adik aku." ujar Iskandar sambil meraup wajahnya yang sedang kusut memikirkan keselamatan adiknya. Cukuplah mereka kehilangan seseorang dari hidup mereka berempat, dia tidak mahu pula adiknya menjadi mangsa.

"Kau jangan risau bro, kita akan tingkatkan keselamatan adik kau okey?" pujuk Raziq kepadanya. Daniel mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Raziq. Manakala Irfan pula hanya mendiamkan diri. Iskandar hanya tersenyum hambar dan secara perlahan-lahan dia mengangguk.

"Korang bersihkan mayat mereka semua dan hantar kepada boss mereka. Tulis surat kepada Micheal, terima kasih kerana beri kami mainan baru," kata Raziq selamba kepada anak buah mereka. Mereka mengangguk faham dengan arahan Raziq.

"Jom bro, kita pulang. Nanti tak pasal-pasal adik kau cari. Maklumlah, kau kan penyanyi dia waktu tidur." gurau Daniel kepada Iskandar. Raziq dan Iskandar tergelak mendengar kata Daniel. Manakala, Irfan masih setia berdiam diri. Mereka bertiga pelik dengan sikap Irfan yang hanya berdiam diri setelah mendengar nama Micheal.

"Bro, kau okey tak ni?" tanya Iskandar kepadanya. Irfan mengganguk perlahan lalu tersenyum.

"Aku okey je, jomlah kita gerak, dah lewat ni." kata Irfan sengaja mengubah topik mereka. Rakannya mengangguk sebelum melangkah keluar.

'Aku kena buat sesuatu, sebelum apa yang tidak diingini berlaku.' desis hati Irfan.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now