BAB 11 💛

18.7K 876 1
                                    

"Adik bangun hey!" kejut Iskandar kepada adiknya. Eh budak ni, kalau taufan melanda pun belum tentu dia sedar.

Putri Qhaisara hanya menggeliat kecil tapi matanya masih tertutup. Ahh! Peduli apa aku, tahu tak aku ni mengantuk, ni semua sebab umilah, duk paksa aku cerita dari A hingga Z sampai pukul 2 pagi, kasihan.

Iskandar geram dengan sikap adiknya yang susah sangat nak bangun. Oh tak nak bangun eh, takpe kita tengok samada mahu tidur lagi ke atau tidak, HOHOHO, 1,2,3!

"Adik bangun weh! Ada  lipas 2 ekor dekat belakang adik!" jerit Iskandar dengan suara acahh-acah cemas gitu.

Putri Qhaisara yang tadinya tidak memperdulikan abangnya, terus matanya terbuka luas, dengan sepantas kilat dia bangun dari tidurnya.

"Arghhh! Mana? Mana? Umi tolong Putri huarghhh! Lipas, tolong Putri." jerit Putri Qhaisara dengan kuat lalu berlari kesana kesini.

"HAHAHAHHAHA." gelak Iskandar kerana berjaya mengenakan adiknya. Itulah tidur lagi, orang kejut cara baik taknak, kan dah kena.

Putri Qhaisara melihat abangnya gelak macam orang gila sudah tau CEH! Kenakan aku rupanya, kurang asam punya abang.

Putri Qhaisara mendekati abangnya lalu pinggang abangnya dicubit dengan sepenuh jiwa dan raga.

"Aduh, aduh, adik ni dah kenapa cubit abang, sakit tahu tak! Dasar ketam betina." bebel Iskandar sambil menggosok pinggangnya. Tak nampak dengan kecil, sakit juga cubitan maut dia ni.

Putri Qhaisara menambahlah lagi cubitannya di lengan Iskandar. Oh, panggil aku ketam betina eh? Takpe, meh adinda tunjukkan ketam betina yang sebenarnya khas untuk kakanda seorang saja.

Putri Qhaisara mencubit pinggang, lengan, peha Iskandar tanpa belas kasihan. Iskandar apa lagi, dia menjeritlah dengan kuat.

"Arghh! Adik stop! I said stop adik." jerit Iskandar sambil menahan sakit dibahagian pinggang, lengan dan pehanya.

Putri Qhaisara hanya tersenyum mengejek, CEH! Lembik! itu pun dah tak tahan, harap badan je sado HAHAHA, Putri menghentikan perbuatannya.

"Tu baru sikit tau kakandaku sayang, lainkali jangan panggil adinda ketam betina kalau taknak kena cubit oleh ketam betina." pesan Putri Qhaisara sambil tersenyum mengejek kepada abangnya.

Ceh! kakanda, adinda, kau ingat, kau keturunan raja panggil begitu. Tak apa kau tunggu balasan aku adinda.

"Memandangkan adik dah cubit abang sampai merah dah, abang batalkan jelah niat abang bawa adik keluar. Itu balasan sebab adik cubit abang." kata Iskandar lalu muka sengaja diseriuskan dan berura-ura ingin keluar.

Ya, Iskandar ingin membawa Putri Qhaisara pergi pejabat Irfan. Dia akan kenalkan adiknya kepada rakan-rakannya. Sudah tiba masanya dia memperkenalkan adiknya kepada mereka, tiada apa lagi harus disembuyikan.

Dengan pantas Putri Qhaisara mendapatkan abangnya. Ahhh! Tak boleh jadi ni, mesti kena pujuk abang Is, peluang keemasan jangan ditolak.

"Eh, abang Is tak boleh tau macam tu. Tak boleh suka-suka batalkan niat tu, nanti Allah marah tau sebab abang mungkir janji." pujuk Putri Qhaisara sambil menggocangkan lengan abangnya.

"Elley, yang tadi adik duk cubit abang tak pula adik ingat Allah. Adik tahu tak, dosa tau derhaka dengan abang." ujar Iskandar. Sengaja dia berkata seperti itu kerana ingin mengusik adiknya.

"Kenapa? Tadi perbuatan little derhaka ke?" tanya Putri Qhaisara dengan mata yang berkaca-kaca.

"Iya, derhaka sangat dik. Tanggunglah dosa adik sendiri," jawab Iskandar dengan selamba. Bukannya dia tidak nampak, adiknya seperti ingin menangis tapi dia biarkan sahaja, kejam!

"Abang Is, maafkan little ye, little taknak jadi derhaka, nanti Allah marah little, little tak nak, maafkan little ye. Little janji tak buat lagi." kata Putri Qhaisara bersungguh-sungguh, airmata setitik demi setitik jatuh.

Iskandar hanya tersenyum. Suka sangat dia membuli adiknya, kalau tak membuli macam tak lengkap je hidup dia.

"Iyalah, abang maafkan adik. Tapi, adik jangan keluarkan airmata, kalau tak abang tak nak maafkan adik." ujar Iskandar berbaur ugutan.

Putri Qhaisara lantas menyeka airmatanya lalu melemparkan senyuman yang cukup manis kepada abangnya.

"Dah, little dah tak keluarkan airmata. Maknanya, abang maafkan little dah kan?" tanya Putri Qhaisara.

"Iye, abang dah maafkan adik. Sekarang pergi mandi, lepastu bersiap, kita keluar." kata Iskandar lalu mengucup dahi adiknya.

"Okey abang. Tunggu little tau," balas Putri Qhaisara lalu meloloskan diri kedalam bikik air.

Iskandar tersenyum bahagia melihat adiknya gembira. Dia sangat menyayangi adiknya lebih dari diri sendiri. Dia berharap ada lelaki yang akan menjaganya sama seperti dia menjaga adiknya. Seseorang yang dimaksudkan itu adalah insan yang bergelar 'suami'.

"Adik kalaulah suatu hari nanti ada orang menjadikan adik surihatinya, abang harap dia boleh jaga adik sama seperti abang jaga adik." gumam Iskandar lalu melangkah keluar dari bilik Putri Qhaisara.



"Eh, Is. Adik mana? " tanya Puan Nurhuda kepada anaknya yang baru sahaja turun kebawah.

"Adik tengah mandi and bersiap, sebab Is nak bawa adik keluar," jawab Iskandar lalu duduk berdekatan dengan uminya.

"Bawa adik pergi mana? Is tak risau ke kalau Is bawa adik keluar lepastu adik hilang? Is tak risau ke?" soal ibunya dengan nada yang risau. Dia tidak menghalang anak lelakinya untuk membawa Putri Qhaisara keluar, tetapi dia takut jika Putri Qhaisara hilang semula.

Iskandar sudah tahu bahawa ibunya akan berkata seperti itu kepadanya. Dia janji, dia akan menjaga Putri Qhaisara dengan baik, dia takkan benarkan perkara itu berlaku kembali.

"Umi janganlah risau. Is akan jaga adik sebaik mungkin ye. Lagipun, office Irfan banyak cctv dan kawalan keselamatannya juga ketat. So, umi jangan risaulah." Iskandar menyakinkan uminya bahawa keadaan Putri Qhaisara akan baik-baik sahaja.

Puan Nurhuda berdiam diri seketika, selepas itu akhirnya dia mengganguk perlahan. Kalau dah anaknya cakap seperti itu, dia ikutkan sahaja, lagi pula dia yakin yang Iskandar mampu menjaga adiknya.

"Yelah, kalau dah kamu cakap macam tu, umi percayakan kamu." ujar Puan Nurhuda sambil menepuk-nepuk belakang Iskandar.

Iskandar tersenyum mendengar jawapan uminya. Lalu dia mengucup pipi uminya dengan penuh kasihsayang.

"Terima kasih umi sebab percayakan Is." kata Iskandar. Puan Nurhuda tersenyum dan mengganguk pelahan.

"Abang Is, Putri dah siap ni." jerit Putri Qhaisara sambil berjalan kearah mereka.

"Em, yelah umi. Kami jalan dulu ye, assalamualaikum." kata Iskandar lalu mengucup telapak tangan uminya. Selepas itu, Putri Qhaisara melakukan hal yang sama seperti abangnya.

"Elok-elok bawa kereta tau, adik pula jangan nakal-nakal dekat sana ye sayang, jangan keluar sesuka hati, dengar cakap abang Is tau." Pesan uminya kepada Putri Qhaisara.

"Baik umi, Putri janji, Putri tak nakal dekat sana. Putri janji yang Putri akan dengar cakap abang Is je." jawabnya kepada uminya.

Mereka berdua keluar meninggalkan Puan Nurhuda sendirian. Selepas itu, Puan Nurhuda pergi ke halaman rumah mereka untuk menyiram pokok bunga yang ditanamnya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now