BAB 44 💛

15K 581 2
                                    

Rokok dikepitkan pada bibir, lalu api dinyalakan pada rokok, asap keluar dari bibirnya lalu dia mengukirkan senyuman sinis dengan memandang kearah luar tingkap.

"Cêā nāy txn nī̂ ṭhex tæ̀ng ngān kạb dĕk p̄hū̂ h̄ỵing." (Boss now she married the girl )
ujar anakbuahnya yang baru sahaja mendapat maklumat mengenai Tengku Irfansyah.

"Rĕw māk."(very fast)
kata Micheal dengan senyuman sinisnya yang tidak pudar pada bibirnya lalu kaki disilangkan serta mata memandang anakbuah.

"Khuṇ xxk mā dị̂ læ̂w."(you can go out now )
Arahnya kepada anakbuahnya lalu anakbuahnya mengganguk dan keluar dari bilik tersebut.

Micheal dah lama bermusuh dengan Irfan termasuk Iskandar, kerana disebabkan Irfan dia hampir jadi muflis dan dia cemburu dengan Irfan kerana jauh lebih tinggi darjatnya jika nak dibandingkan dengan dirinya.

Dia sudah berjumpa dalam hidupnya, akan membunuh siapa sahaja yang dia sayang, termasuk ibubapa, adik dan isterinya Putri.

Dia akan membunuh mereka seperti dia membunuh adik Tengku Irfansyah iaitu Tengku Aimansyah yang waktu dia berumur 19 tahun, dirinya sangat berasa puas dapat membunuh adiknya walaupun lelaki itu tidak bersalah.

Selepas dia membunuh Aiman, dia keluar dari negara Malaysia dan pergi ke Australia untuk bersembunyi disana kerana dia pasti Irfan akan mencarinya. Tetapi, dia bersembunyi hanya untuk Irfan menganggapnya mati dan berputus asa mencarinya, akhirnya dia berhenti juga mencarinya.

Dan selepas itu, dia kembali ke Malaysia untuk meneruskan lagi rancangannya untuk menghapuskan keluarga Irfan termasuk dia, dia tidak mahu ada Mafia yang lebih hebat dari dia, yang dia mahu hanyalah dia seorang sahaja yang hebat dalam dunia Mafia.

Micheal memang seorang kaya, berparas rupa walaupun berumur dan bijak. Namun, itu masih belum cukup untuk dia, dia mahukan apa yang Irfan ada dia akan rampas termasuk isterinya yang cantik itu.

"Chạn thæb rx mị̀ h̄ịw thī̀ ca thả h̄ı̂ khuṇ prah̄lād cı."
(i can't wait to surprise you)
Katanya perlahan.

Suprise yang dimaksudkan itu adalah membunuh keluarganya dan dia sudah merancang semua itu dari awal.

Lalu dia tergelak sendiri didalam bilik itu apabila mengingati rancangannya akan berjaya dan dia tidak sabar nak membunuh Irfan dengan tangannya sendiri.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now