BAB 35 💛

14.6K 624 13
                                    

Italy

Putri yang sedang berehat itu lantas sahaja berdiri dan belari kearah suara yang memangilnya dengan kuat.

"Qhaisara!"

Putri telah sampai dihadapan Encik Joez, sewaktu dia diculik dulu, dia telah dijual kepada Encik Joez untuk dijadikan hamba, hidupnya tidak kurang seperti neraka.

Waktu dia ditembak dibetisnya dulu, Encik Joezlah yang merawatnya, selepas itu dia sudah disuruh melakukan kerja walaupun lukanya belum lagi sembuh sepenuhnya.

"Dov'e' il mio cibo?" (where's my food?)
soal Encik Joez dengan wajahnya tegang, Putri hanya menundukkan wajahnya.

Sebenarnya, dia lupa nak siapkan makanan untuknya, sebab dirinya sangat letih disebabkan kerja yang diberikan sangat banyak. Dia sebenarnya tadi merancang untuk berehat dan dia sangka Encik Joez tidak pulang, kerana selalunya lelaki itu tidak akan pulang dan jarang pulang kerumah waktu malam.

Tapi, dia tidak sangka yang lelaki itu akan pulang, dia yakin dirinya akan dipukul sebentar lagi kerana tidak menyediakan makanannya. Dia sudah diajar sedikit bahasa italy oleh pembantu rumah yang juga dibeli oleh Encik Joez, pembantu rumah tersebut juga tidak kurang seperti dia, hidup dalam neraka!.

"Mi dispiace, signore, ma ho dimenticato di prepararle il cibo, perche' oggi il mio corpo e' molto stanco." ( i'm sorry, sir, but I forgot to prepare food for you because today my body is very tired)
jawab Putri kepadanya tetapi wajahnya tidak diahlikan dari memandang lantai, tak naklah tengok muka bengis syaithon ni.

Wajah lelaki tersebut kelihatan merah dan dia menghentakkan meja lalu pergi kearah Putri yang hanya memandang lantai. Dia menarik tudung Putri sehingga wajahnya terdonggak keatas.

"Non e' un mio problema con una ragazza, ti compro come schiavo, e non mi piace se ci sia qualcuno che ti compro che non faccia il suo lavoro come si deve."
(It's not my problem girl, I buy you to be my slave, and I don't like it if there's someone I buy you not doing his job properly )
ujarnya lalu menolak tubuh Putri dengan kuat sehingga pinggangnya terkena pada bucu perabot yang berada disitu.

Putri meraung kesakitan, tetapi Encik Joez tidak menghiraukannya, dia ingin memberikan pengajaran kepadanya supaya melakukan kerja dengan bijak dan semua kerja tersebut harus sudah siap jika dia sudah pulang.

Dia melonggarkan tali pinggangnya lalu badan Putri dipukul tanpa rasa belas kasihan, begitulah cara dia memberi pengajaran kepada pekerjanya dengan memukul mereka menggunakan benda apa sahaja.

Putri sudah menangis teresak-esak, dia merayu agar perbuatan tersebut dihentikan, tetapi rayuannya tidak hiraukan, malah makin kuat dia dipukul menggunakan tali pingang itu.

Zapp!

Zapp!

Zapp!

Badan Putri sudah berdarah dan berkelupas, sakit dibadannya tidak terkira.

Selepas itu, Encik Joez menghentikan perbuatannua bila melihat Putri hampir mati, dia akan menyeksa cuma tidak sampai membawa kematian.

"Questa e' una lezione per te, ora voglio che tu mi nutra.
e voglio che quel cibo sia pronto quando torno."(this is a lesson for you, now I want you to cook me food and I want that food ready when I come back )
katanya sebelum melangkah ke biliknya untuk membersihkan diri.

Putri hanya mampu menurut semua arahannya, jika dia tidak menurutnya, dirinya akan dipukul lebih dari dia kena pukul menggunakan tali pinggang.

Merlyn dan Hande yang juga merupakan hamba kepada Encik Joez, membantunya untuk berdiri dan menyuruh Putri untuk berehat. Mereka juga turut simpati dengan gadis itu, tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa, kerana jika mereka menolongnya, diri mereka juga akan turut dipukul.

"Volevamo scusarci con te perche' non potevamo aiutarti. "
(we wanted to apologize to you because we couldn't help you)
kata mereka berdua kepada Putri Qhaisara yang sedang menahan sakit pada badannya. Hande mengambil peti kecemasan dan dibuka lalu ubat diambil dan baju Putri Qhaisara dinaikkan sikit keatas untuk meletakkan ubat tersebut.

"Va bene, non e' neanche colpa tua. "
(It's okay it's not your fault either )
jawab Putri Qhaisara dengan wajah yang menahan sakit.

Putri Qhaisara menahan sakit airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia ingin pulang, dia tidak tahu berapa lama lagi dia harus berada disitu. Setelah menyapu ubat dekat badannya peti kecemasan ditutup dan diletakkan ketempatnya semula.

"Qhaisara, awak okey tak?" tanya Merlyn kepadanya. Mereka berdua pandai bahasa Melayu kerana mereka pun dari Malaysia. Mereka juga pandai bercakap bahasa italy kerana sudah lama menetap di italy sebagai hamba Encik Joez, hamba Encik Joez seramai 50 orang dalam rumah tersebut. Maklumlah dia seorang yang jutawan di italy dan rumah pun seperti istana. Dia juga merupakan seorang ahli mafia dan merupakan rakan kongsi dengan orang yang menculik Putri dulu.

"Merlyn..putri..esk..esk..nak..balik..esk..esk..esk...putri..dah..tak..nak..esk..duduk..sini..esk..esk...putri..rindu..esk..dengan..keluarga..putri..esk.."
luahnya sambil menangis teresak-esak di dapur. Merlyn dan Hande hanya berdiam diri sahaja. Mereka pun ingin pulang tetapi nak melarikan diri dari Encik Joez bukanlah hal yang senang. Kau hanya akan terlepas dari ikatan hambanya bila kau dah mati sahaja . Encik Joez memang kejam!, tetapi ramai yang tidak tahu kekejamannya disebalik kekayaan dan rupanya.

"Putri, kami dua pun nak balik juga. Tapi, kita tak boleh buat apa-apa." sampuk Hande kepadanya. Putri hanya menangis, namun selepas itu dia menyeka airmatanya dan tersenyum hambar kearah mereka.

"Tak apalah, Putri kan budak kuat. Putri yakin yang abang Is akan datang selamatkan Putri." katanya sambil tersenyum hambar. Mereka berdua termasuk Encik Joez tidak tahu bahawa dirinya adalah gadis autistik kerana sikapnya yang pendiam dan hanya bercakap bila perlu sahaja. Nasib sahaja dia pandai bercakap bahasa italy pun sebab mereka yang ajar dan yang selebihnya Encik Joez membelikannya sebuah buku untuk belajar bahasa italy, maklumlah dia kan orang Italy.

"Putri nak masak dulu tau, nanti encik marah. Putri taknak korang berdua pula yang kena marah, korang pergilah sambung buat kerja semula." katanya kepada mereka berdua. Merlyn dan Hande mengganguk dan melakukan kerja masing-masing.

Putri perlahan-lahan berdiri dari tempat duduknya, airmata yang ditahannya tadi tumpah sekali lagi, dia tidak kuat, dia cuma nakkan keluarganya.

"Umi, abah, abang Is, tolong Putri, Encik Joez jahat, dia selalu pukul Putri. Dia tak bagi pun Putri rehat walau sekejap tau, korang datanglah selamatkan Putri. Putri akan tunggu sampai ke hujung nafas Putri." ujarnya lalu menyeka airmatanya dan dia pun melakukan kerjanya dengan badan yang masih berdarah akibat dipukul tadi, begitulah kehidupannya sepanjang dia menjadi hamba kepada Encik Joez.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now