BAB 9 💛

17.8K 947 27
                                    

Setelah beberapa jam tidak sedarkan diri, mata dibuka secara perlahan-lahan. Kepala terasa berdenyut-denyut dan bibir pun terasa sakit.

Putri Qhaisara memerhati segenap bilik tersebut, cantik, luas dan mewah. Seketika, Putri Qhaisara mengerutkan keningnya, "Asal bilik aku tiba-tiba jadi cantik dan mewah macam ni? Takkan umi dah tukar design kot." fikir Putri Qhaisara.

Selepas beberapa minit, Putri Qhaisara mula perasab yang bilik itu bukan biliknya Omaigod!

Putri sudah cemas, manakala mata sudah berkaca-kaca, dia takut, dalam fikirannya sekarang ni yang dia diculik, lepastu dia dihantar ke luar negara, lepastu dia dijual, lepastu dibunuh dan organ-organ tubuhnya diambil dan dijual. Oh no! Huargh! Umi, abang Is, abah, tolong Putri.

Kepala disembamkan ke lutut lalu dia menangis teresak-esak. Dia takut, dia mahu pulang kerumahnya sekarang. Terdengar seperti seseorang masuk ke dalam bilik tersebut.

Putri Qhaisara lantas bangun dan mengambil batang penyapu lalu mendekati pintu dengan berhati-hati. Dia bersembunyi dibelakang pintu untuk memukul orang yang telah menculiknya. Pintu telah dibuka.

Klak!

Setelah melihat susuk tubuh lelaki tersebut masuk, lantas Putri Qhaisara memukul tubuh lelaki itu dengan menggunakan bantang penyapu dengan kuat. Wah pukul dengan sepenuh jiwa dan raga nampak.

"Matikau, ambilkau, rasakau, sialkau, rasakan, berani korang culik aku, korang ingat aku tiada pertahanan diri ke? Mampus kau, rasakan itu, rasakan." kata Putri Qhaisara sambil memegang batang penyapu dan memukul tubuh itu dengan kuat tanpa henti.

Pak!

Pak!

Pak!

Pak!

Tubuh lelaki itu jatuh tersungkur. Dia mengerang kesakitan dibelakang tubuhnya. Adui, berbisa juga pukulan dia ni, boleh tahan sakit juga.

Putri Qhaisara yang mendengar erangan lelaki tersebut menghentikan perbuatannya. Lalu keningnya sebelah dijongketkan.

'Eh, suara itu macam kenal lah, tapi dekat mana eh? Oh yaa! Itu suara pakcik, anak mummy khai, tapi apa yang dia buat dekat sini? Jangan kata yang dia culik aku.' desis Putri Qhaisara.

Putri Qhaisara mendekati tubuh Irfan lalu dia melihat wajah Irfan. Sah! Memang pakcik itu.

"Erk, pakcik okey? Ada sakit mana-mana tak?" Putri Qhaisara mengajukan soalan bodoh kepada Irfan. Aiyoo, dah sah-sah dia kenal pukul, dia tak okeylah makcik oi.

"Bongoklah kau ni, sudah terang lagi bersuluh yang aku tak okey, kau boleh pula tanya soalan bodoh itu lagi," jawab Irfan dengan muka yang merah menahan sakit ditubuh badannya.

"Memanglah bilik ni terang pakcik oi, kalau lampu suluh pula tiada pakcik dalam bilik ni, lagi pula salah pakciklah, siapa suruh culik aku, itulah akibatnya," balas Putri Qhaisara selamba sambil mata dijulingkan.

"Oi budak, boleh tak otak tu jangan nak lurus bendul sangat, buat orang sakithati tahu tak! Lagipun, bila masa aku culik kau budak?" tanya Irfan dengan nada yang sedikit kuat.

"Sakitnya tuh disini, didalam hatiku, sakitnya tuh disini, melihat kau selingkuh, sakitnya tuh disini pas kena hatiku, sakitnya tuh disini, kau menduakan aku." nyanyi Putri Qhaisara sambil tangannya menepuk-nepuk bahagian hatinya. Acah-acah sakit hati gitu.

Irfan yang mendengar, terus sahaja menepuk dahinya. Asal lah aku selamatkan kau, kalau aku tahu, aku biar je kau kena rogol dekat sana.

Yeke biarkan? Tapi, kau juga yang sakithati tengok little girl kau kena pukul elley! Ego je lebih berok sekor ni.

"Macam mana pakcik, sedap tak aku nyanyi?" tanya Putri Qhaisara kepada Irfan.

"Sedap kepala otak kau, dahlah suara macam katak, nak nyanyi lagi, sakit tahu tak telinga aku ni mendengar. Kalau katak dengar, boleh mati dia dengan suara kau yang tunggang-langgang itu." kutuk Irfan sambil menunjal kepala Putri Qhaisara berkali-kali.

"Kalau ye pun tak sedap, janganlah tunjal kepala Putri, sukasuki dia je tunjal kepala orang, sepak kang baru tahu." kata Putri Qhaisara lalu menggosok kepalanya yang ditunjal sebentar tadi.

"Kau tengok muka aku ni ada nampak macam kisah?Tiada kan,"jawab Irfan dengan selamba.

"Kau tengok muka aku ni ada nampak macam kisah?Tiada kan." ejek Putri Qhaisara.

"Kau cakap apa?" tanya Irfan.

"Tiada cakap apa-apa pun, telinga pakcik kot ada masalah. Itulah, lainkali telinga tu bagilah bersih sikit, supaya tidak cacat pendengaran. Kasihan tahu Putri tengok pakcik ni, dahlah tua, ada masalah pendengaran lagi tu. Lepastu, yang Putri kasihan tiada seorang pun yang nak dekat pakcik, maknanya pakcik ni memang dah tua tau." selamba badak je Putri Qhaisara menjawab soalan Irfan.

Irfan hanya mampu menahan geramnya, nanti ada juga makan penumbuk. Sabar Syah, sabar, jangan layankan sangat mulut budak ni.

"Dah, jangan nak merepek lagi, kau pergi mandi, pakaian kau, aku dah beli, ada dalam almari tu." kata Irfan sambil tangan menunjuk kearah almari.

"Lepas kau dah siap, kau turun ke bawah and then kau bagitahu aku alamat orang rumah, nanti aku hantar." kata Irfan sekali lagi.

Putri Qhaisara terjerit suka bila dia akan dihantar pulang. Terima kasih ya allah makbulkan doa aku, umi, abah, abang is, tunggu kepulangan Putri tau.

"Okey pakcik terima kasih, sayang pakcik." kata Putri Qhaisara lalu mengucup pipi milik Irfan sebeluk bergegas ke bilik air.

Irfan yang menerima ciuman dari Putri Qhaisara terkaku seketika. Jantungnya berdegup kencang, haih budak ni, nak buat aku sakit jantung ke apa ni. Selepas itu  bibirnya mengukirkan senyuman kecil dan berlalu keluar dari bilik tersebut.

HOHOHO NAMPAKNYA ADA ORANG JATUH CINTA

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now