BAB 48 💛

13.8K 581 4
                                    

TENGKU ATILIA POV

Aku melihat jam sudah lewat malam, tetapi mataku masih segar. Aku sudah cuba untuk tidur tapi tetap sahaja tidak boleh. Seketika aku termenung .

Fikiranku jauh melayang, aku memikirkan hubunganku dengan Iskandar yang berjalan lancar sahaja. Aku tersenyum sendiri bila mengenangkan setiap kenangan kami.

Namun senyuman mati bila mengingatkan tentang lelaki mesteri yang selalu mengangguku dan selalu menghantar pesanan. Aku boleh tahu bahawa lelaki tersebut itu ialah psyho tengok sahaja dari mesejnya yang selalu mengugut kalau aku bersama Iskandar.

"Hmm!"

Aku mengeluh, jari memicit-micit kepala bila terasa pening. Mata dipejam rapat kalau boleh dia taknak ingat benda itu.

Ting!

My brother cayang💗
- Adik besok datang rumah abang teman isteri abang dekat rumah, sebab abang nak keluar esok dengan kawan abang, adik datang eh.

Tengku Atilia
- Okey, nanti adik pergi rumah abang jangan risaulah.

My brother cayang💗
- Okeylah kalau macam tu, adik datang awal besok tau jam 8 atau 9 eh.

Tengku Atilia
-Okey.

Telefon bimbit dimatikan dan diletakkan diatas meja. Aku termenung jauh. Tiba-tiba airmataku mengalir.

'Angah, adik rindu angah, rindu sangat-sangat.'

"Adik rindu angah bawa adik jalan, rindu nak kacau angah. Rindu nak main dengan angah, adik rindu angah."

Airmataku laju mengalir, sayu hatiku bila mengingatkan kembali abang keduaku iaitu Tengku Aimansyah yang telah lama meninggal dunia.

Jika waktu seperti ini dia tidak dapat tidur, dia akan memanggil abangnya untuk diajak bercerita sehingga dia mengantuk, tapi itu dulu kerana sekarang tidak lagi.

Aku mengesat airmataku, aku harus teruskan hidup dan bergembira. Pasti angah sedih kalau melihat sikapku seperti ini.

"Adik akan sentiasa dengan angah okey? Walaupun angah tiada lagi bersama kami."

Sayu aku berkata, namun jika aku menangis airmata darah sekalipun, angah tidak akan kembali semula, selepas itu ada mesej yang masuk kedalam telefonku.

Ting!

Uknown Number
-Hye sayang kenapa menangis HAHAHA. Sedih ehh sebab saya takde dengan awak. Awak janganlah sedih saya selalu ada bersama awak okey, jangan nakal-nakal kalau tak saya akan bunuh awak HAHAHAHA.

Tengku Atilia sudah ketakutan hampir setiap hari dia menerima mesej dari orang yang tidak dikenalinya. Dia takut dan pada masa yang sama dia tidak mahu memberitahu hal ini kepada keluarganya.

Dia mematikan telefon bimbitnya lalu dia berselindung disebalik selimut. Mata dipejam rapat.

'Ya Allah, kau selamatkanlah aku dari orang tersebut, Ya Allah' doaku dalam hati. Setelah berapa minit akhirnya dia tertidur.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now