BAB 4 💛

19.5K 997 19
                                    

"Assalamualaikum." laung Atilia dan Putri Qhaisara dihadapan rumah Atilia.

Atilia membawa Putri Qhaisara kerumahnya atas permintaan ibunya, Tengku Khaisarah kerana rindu.

"Waalaikumsalam," jawab Tengku Khaisarah.

"Mummy Khai." jerit Putri Qhaisara lalu berlari anak kearah Tengku Khaisarah lalu memeluk tubuhnya.

Putri Qhaisara memang sangat rapat dengan Tengku Khaisarah semenjak pertama kali Atilia mengenalkan dia dengan Tengku Khaisarah.

"Putri, jangan lari." jerit Atilia.

Haih budak ni kalau jatuh tak ke naya. Macam je mummy tu hilang.

"Ya Allah budak ni, kan akak lia jerit kata jangan lari nanti jatuh mummy dengan akak lia juga yang risau tahu tak?" bebel Tengku Khaisarah.

Putri Qhaisara hanya tersengih sahaja lalu tangannya membuat simbol 'peace'. Tengku Khaisarah tersenyum melihat gaya Putri Qhaisara, COMEL!

"Itula, Putri ni kan mi memang tak sayang lia pun, tengoklah tadi lia tegur pun dia buat tak tahu je." kata Atilia dengan nada yang seakan merajuk.

Rasa bersalah menyelubungi diri Putri Qhaisara kerana tidak mendengar kata Atilia tadi. Lantas dia pergi kearah Atilia.

"Siapa kata Putri tak sayang akak lia? Putri sayang tau dengan akak, sayang sangat, sumpah!. Putri tak tipu tau, sebab abang Is kata tipu tu berdosa." terang Putri Qhaisara dengan bersungguh-sungguh.

Atilia melihat gelagat Putri Qhaisara menyimpan senyuman dalam hati. Dia masih lagi dalam mood merajuklah katakan. Dia bukannya apa, dia cuma risau. Kalaulah tadi Putri terjatuh, lepastu kepala terhantuk ke, terseliuh tangan ke, patah kaki ke, tak ke bahaya.

Putri Qhaisara melihat Atilia hanya berdiam diri tidak berputus asa untuk memujuknya.

"Akak lia tak baik tau merajuk, sebab kata abang Is kalau kita merajuk lama sangat, nanti muka kita jadi tua tahu tak. Lepastu, nanti akak lia tak khawin, sebab tiada lelaki pun yang nak dekat akak lia, sebab akak lia sudah tua, tak cantik lagi dah. Jadi, akak lia tak boleh merajuk kalau nak kekal cantik." terang Putri Qhaisara sambil menggoncang tubuh Atilia.

Membulat mata Atilia mendengar ayat selamba dari Putri Qhaisara. Eee, budak ni, boleh pula dia cakap tiada yang nak khawin dengan aku. Aku tenyeh jugok mulut tu. Sabar Atilia, sabar. Tengku Khaisarah sudah melepaskan tawanya.

"Em, yelah. Akak lia tak merajuk dah. Tak nak lah akak jadi tua, nanti akak tak dapat khawin pula." gurau Atilia yang hanya mengikut rentak Putri Qhaisara.

"Hah! Macam tulah. Kalau akak lia nak tahu, Putri pun jarang merajuk tau, sebab Putri pun tak nak jadi tua juga,"  jelas Putri bersungguh-sungguh.

Tengku Khaisarah dan Tengku Atilia tergelak kerana sikap Putri Qhaisara yang sentiasa mencuit hati mereka.

"Em, yelah Putri kayangan. Sudahlah tu cakap pasal tua ye. Jom kita makan, sebab mummy ada masakkan makanan untuk korang berdua."  kata Tengku Khaisarah kepada dua gadis dihadapannya.

Putri Qhaisara yang mendengar, terus matanya bersinar-sinar. Pantang dengar pasal makanan, laju je dia.

"Yeke mi? Kalau macam tu, Putri tak cakap pasal tua dah. Jom kita makan, horrey!" lalu dia meraih tangan Tengku Khaisarah sehingga dia lupa diri Atilia.

Haih budak ni kan, aku yang besar ni pun dia buat tak tahu je, lupa lah tu.

"Ehem! Hello cik adik, akak disini masih wujud tau. Kenapa adik nampak akak ni bunian ke ape? Sampai tak ajak akak sekali." ujar Atilia sambil tangan disilangkan didada.

Putri Qhaisara terus memandang kearah Tengku Atilia sambil tersengih. Opss! Lupa pula dengan akak lia.

"Eh, tak-tak, akak lia bukannya bunian. Ish, akak ni, akak cantiklah dan akak wujud je tapi Putri terlupa pula sebab teruja sangat nak makan makanan kegemaran Putri," jawab Putri Qhaisara sambil tersenyum manis.

Tangan Tengku Atilia dan tangan Tengku Khaisarah diraih, lalu mereka pun pergi ke meja makan untuk menjamu selera.






"Assalamualaikum." laung Irfan setelah tiba dirumah mereka.

Putri Qhaisara yang sedang menonton keaartun di ruangtamu, terganggu dengan laungan seseorang.

'Itu bukan suara daddy fifah, siapa pula yang datang time macam ni, dah lewat kot, takkan hantu oh no!' Putri Qhaisara berkata dalam hati.

'Eh, tapi kalau hantu takkan pandai bagi salam kot, pelik. Mungkin jiran sebelah kot nak hantar jemputan kenduri.' sambung Putri Qhaisara dalam hati.

Putri Qhaisara pun meninggalkan ruang tamu dan pergi keruang hadapan.

"Waalaikumsalam,"  jawab Putri Qhaisara.

Irfan memandang kearah Putri Qhaisara dan menimbulkan rasa pelik dalam dirinya.

'Siapa pula dia ni? Bibik baru ke? Tapi takkan cantik begini kot, biar betul.' Irfan berkata dalam hati .

"Who are you girl?" soal Irfan kepada Putri Qhaisara.

Putri Qhaisara yang mendengar soalan dari Irfan, menggaru kepalanya yang berlampikkan tudung. Sejujurnya, dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Irfan, maklumlah IQnya kan rendah.

'Erk, pakcik ni cakap apa huh? Bahasa ape dia guna tu, nak kata bahasa oggy tak juga, sebab bahasa oggy 'meow-meow' je bukan macam tu.' desis Putri Qhaisara.

"Erk, sorry pakcik, Putri tak fahamlah apa tu 'who are you ', maksud pakcik airliur ke?" tanya Putri Qhaisara sambil memegang wajahnya kalau ada liur.

Tercengang mulut Irfan mendengar soalan dari Putri Qhaisara, hampir sahaja dia tergelak.

'Biar betul? Cantik tapi bodoh pula. Dan bolehnya dia panggil aku pakcik. Aku yang hensem sado ni, dia panggil pakcik. Eee, budak ni kecil besar je aku tengok.' Irfan berkata dalam hati lagi .

"Who are you maksudnya kau siapa?" jelas Irfan.

Putri Qhaisara yang mendengar jawapan itu, hanya mengganguk tanda faham.

"Oh, saya Putri Qhaisara Qistina pakcik, tapi boleh panggil saya Putri je," jawab Putri Qhaisara lalu mengukirkan senyuman manis.

Irfan yang melihat senyuman itu, tersenyum kecil, CANTIK!

"Kau buat apa dekat sini?" soalnya dengan sedikit tegas.

"Putri datang sini sebab akak lia yang ajak Putri , katanya mummy khai rindu. Biasalah Putri kan budak baik, tu yang sampai rindu," jawab Putri dengan bangganya.

Perasan lebih je perempuan ni, menyampah pula aku. Tapi asal perempuan ni macam gadis ........AUTISTIK.

"Erm, pakcik pula buat apa dekat sini? Nak hantar jemputan kenduri ke?" tanya Putri Qhaisara dengan naif.

Whattt! Jemputan kenduri, eee budak ni, tak tahu ke aku ni anak kepada tuan rumah ni. Ada juga yang aku buat kenduri sempena kematian budak ni.

"Ini rumah aku budak," balas Irfan sedikit kasar.

"Elley, tu pun nak marah. Tanya je pun, patutlah rupa pun tua, rupanya orang cepat marah. Malang betullah siapa yang jadi isteri pakcik nanti, ish, ish, ish." selamba je Putri Qhaisara berkata lalu meninggalkan Irfan yang sedang menahan marahnya.

Eee budak ni kan, ada juga yang mati kena tembak. Sukasuki dia je cakap muka aku ni tua. Hello muka aku ni kacak tau, sampai ramai yang dok tergilakan aku CEH! Angkat bakul sendir nampak.

Takpe Irfan, tak payah ambil kisah, IQ dia rendah tu.

Tanpa membuangmasa, Irfan menuju kearah anak tangga dan meloloskan diri kedalam biliknya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now