BAB 12 💛

18.1K 897 61
                                    

Cyber Holding's

Kereta milik Iskandar berhenti ditempat letak kereta VVIP. Mereka berdua keluar dari perut kereta dan berjalan masuk kedalam bangunan tersebut.

Melopong mulut Putri Qhaisara melihat bangunan tersebut. 'Mak aii, asal tinggi betul bangunan ni.' kata Putri Qhaisara dalam hati.

Masuk sahaja dalam bangunan tersebut, sekali lagi Putri Qhaisara kagum, luar cantik, dalam lagi cantik. Kaya benor owner syarikat ni, kalau jadi laki aku, confrim aku tak tolak HAHAHAH gataii.

Iskandar hanya menggelengkan kepala melihat keadaan adiknya. Haih, ni lah akibatnya kalau bawa kerbau yang telah lama dikurung dalam rumah ke tempat sebegini, macam nak terkeluar je mata tu.

Semua pekerja menunduk hormat kepada Iskandar. Kerana Tengku Irfansyah sudah pun memberitahu mereka tentang menyuruh mereka menggangap Iskandar sebagai boss kedua mereka serta layan Iskandar seperti mereka melayani Tengku Irfansyah.

Ramai yang terpegun melihat kecantikkan Putri Qhaisara. Kaum adam sudah mula naik bulu, tetapi ada juga yang iri hati kerana mereka fikir Putri Qhaisara dan Iskandar adalah sepasang kekasih kerana mereka tidak tahu pun bahawa Iskandar mempunyai seorang adik perempuan.

Putri Qhaisara tersenyum manis kearah mereka walaupun ada sesetengah daripada mereka yang tidak membalas senyuman tersebut.

Mereka masuk kedalam lif untuk naik ke tingkat 30 iaitu tempat dimana CEO berada. Setelah sampai ke tingkat 30, mereka keluar dari lif tersebut.

"Selamat pagi Tuan Is." sapa PA Irfansyah lalu melemparkan senyuman manis kepada mereka berdua.

Iskandar hanya mengganguk dan berlalu masuk untuk bertemu Irfan dan rakan yang lainnya. Putri menegur PA tersebut yang bernama Riska.

"Hye, kakak cantik, akak nama apa?" soal Putri dengan nada kebudak-budakkannya.

"Nama akak Riska, awak?" soal Riska. Fikirnya, Putri adalah seorang yang sombong dan gedik, rupanya sangkaannya salah.

"Oh, akak Riska. Nama saya pula Putri Qhaisara Qistina, boleh panggil Putri je," jawab Putri sambil melemparkan senyuman kepadanya. Riska hanya mengganguk perlahan serta membalas kembali senyuman tersebut.

"Okeylah kak, Putri masuk dulu, nanti abang Is cari Putri, nanti kita jumpa lagi, bye kakak cantik." kata Putri lalu melambai kearahnya. Riska membalas lambaian tersebut sambil tersenyum.







"Assalamualaikum." Putri memberi salam sebelum masuk kedalam bilik CEO tersebut.

"Waalaikumsalam," jawab jejaka yang ada dalam bilik tersebut. Semestinya mereka adalah Tengku Irfansyah, Iskandar, Daniel dan Raziq.

Daniel dan Raziq terpegun dengan kecantikkan Putri manakala Tengku Irfansyah pula hanya beriak biasa. Iskandar tersenyum 'elley mterpikat lah tu, tahulah adik aku tu cantik.' desis Iskandar.

"Ehem, adik aku tu, janganlah tenung macam nak terkam je." tegur Iskandar kepada dua sahabatnya yang tidak berkelip merenung adiknya.

Terhenti perbuatan mereka daripada merenung Putri Qhaisara lalu tersengih. Iskandar dan Irfan hanya menggelengkan kepala, pantang nampak perempuan cantik.

"Eh, adik kenapa berdiri je dekat situ? Mari sini duduk dekat sebelah abang." ujar Iskandar lalu menepuk-nepuk tempat disebelahnya.

Putri mendekati abangnya dan mengambil tempat disebelahnya. Dia hanya tersenyum kekok kepada rakan-rakan abangnya.

"Hye, si cantik manis. Kenalkan nama saya Muhammad Raziq Azmi atau boleh panggil saya your calon suami." kata Raziq lalu sebelah mata dikenyitkan kepada Putri.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now