TAMAT 💛

20.3K 625 38
                                    

10 tahun kemudian ........

"Ikmal kenapa sepahkan barang mainan ni, kan ibu baru je kemas sayang." kata Putri kepada anaknya yang bernama Tengku Ikmal Hakim bin Tengku Irfansyah yang baru berusia 7 tahun.

"Sorry ibu, Ikmal janji, Ikmal akan kemas semula lepas ni," balas anaknya sambil berikrar dihadapan ibunya, Putri tersenyum melihat telatah anaknya.

"Takpe sayang, ibu tak marah pun. Cuma, ibu tegur je. Ikmal tak payah kemas semua ni, biar je ye, nanti biar ibu je yang kemas eh sayang." katanya sambil mencubit pipi anaknya.

"Takpe bu, biar Ikmal je yang kemas, sebab Ikmal yang sepahkan, ibu rehat je mesti ibu penat." bantah anaknya itu.

Putri mengalah sahaja jika berdebat dengan anaknya, memang sah dia akan kalah, asyik nak menang je, ikut perangai siapalah kan.

"Assalamualaikum surihati dan sayang ayah." kata Irfan kepada anak dan isterinya.

"Waalaikumsalam," jawab mereka serentak.

"Eh, abang. Awal pulang hari ni?" soalnya lalu mengucup tangan suaminya.

"Pulang awallah sayang, sebab kerja dah habis, jadi abang pulanglah jumpa cinta hati abang ni," jawab Irfan lalu Putri hanya mengganguk dan tersenyum sahaja.

"Ni, anak papa. Hari ni ada susahkan ibu ke?" soalnya sambil mencubit pipi tembam anaknya.

"Tiada susahkan ibulah, Ikmal budak baik tau, kan ibu?" ujar anaknya lalu ibunya tergelak kecil.

"Haah! Ikmal budak baik abang, dia tak benarkan pun sayang kemaskan barang yang dia sepahkan tadi." sokongnya lalu suaminya tergelak melihat dua orang yang dia sayangi.

"Em, yelah," jawabnya, dia merenung wajah isterinya, wajah yang sentiasa dia sayang dan membuatkan dia tergila-gila.

"Sayang?"

"Ye, abang."

Terus dia menoleh kearah suaminya, anaknya sudah kembali bermain dengan permainan, Irfan pula tersenyum lebar kepada isterinya.

"Terima kasih jadi isteri abang, selalu dengan abang, cintakan abang, terima kasih kerana melahirkan zuriat untuk abang. Abang sayangkan sayang sangat-sangat, sayanglah penyuluh hidup buat abang, abang harap hubungan kita akan berkekalan sehingga ke akhir nafas kita." ujar Irfan dengan ikhlas sambil menggengam erat tangannya, Putri sudah tersenyum lebar mendengarnya.

"Sayang pun nak terima kasih juga pada abang sebab sudi terima sayang jadi isteri abang walaupun saya dulu tak normal seperti gadis yang lainnya, terima kasih sabar dengan sayang, abang adalah wira sayang dan Ikmal, takkan ada satu pun pengganti untuk abang dalam hidup sayang," balasnya lalu memeluk tubuh suaminya erat dengan perasaan bahagia. Irfan membalas pelukan tersebut, dia hidup bahagia bersama keluarga kecilnya dan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia sangat menyayangi anak dan isterinya.

Bagi Raziq dan Hande pula sudah mempunyai 3 cahaya mata, seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Yang sulung bernama Muhammad Adam bin Raziq berusia 11 tahun, Anak kedua pula Nurul Kayla berumur 9 tahun dan yang bongsu Siti Armila berumur 5 tahun. Rezeki mereka dapat anak ramai.

Merlyn dan Daniel pula sudah mendirikan rumah tangga, dan Merlyn sudah megandungkan anak kedua mereka, anak pertamanya Marina Binti Daniel berumur 7 tahun, seumur dengan anak Putri. Manakala Aiman dan Rina pula sudah bahagia seperti yang lainnya, mereka berkenalan dulu sejak Merlyn membawa Rina datang kerumah Daniel. Seminggu yang lalu, Rina dikurniakan seorang cahaya mata yang baru sahaja dilahirkan 5 hari yang lalu, yang bernama Nurul Aqilah Binti Tengku Aimansyah.

Manakala Atilia dan Iskandar pula sudah mempunyai 3 orang cahaya mata. Yang pertama anak lelaki bernama Mohd Adamsyah, kedua anak perempuan bernama Nurul Aqilah dan yang bongsu adalah Mohd Amsya.

Kehidupan mereka semua bahagia sahaja, rasa bahagia bersama keluarga kecil mereka dan berharap agar semuanya berkekalan.

"Putri Qhaisara Qisitna adalah milik aku seorang sahaja walaupun dimana sahaja dia berada because That Little Mafia Girl Is Mine, Tengku Irfansyah mine!"

Begitulah kisah That's Little Mafia Girl Is Mine, banyak dugaan yang mereka lalui bersama dan pengakhirannya berakhir dengan kegembiraan, so tamatlah sudah cerita ni 💗🌈

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca, saya harap anda semua menyukainya , maafkan saya jika ada kesalahan atau kurang memuaskan dalam cerita ni bye, bye  🌸🦄

Only you little girl , i love you forever Putri Qhaisara Qisnia  🧚‍♀️✨

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now