BAB 41 💛

14.9K 665 8
                                    

Putri menuju ke meja makan, terlihat abangnya dan juga rakan-rakannya rancak berbual, dia mendekati mereka lalu duduk disebelah abangnya.

"Selamat pagi sayang." ucap Raziq lalu mata dikenyitkan kearah Putri.

"Selamat pagi juga abang Putri yang hensem," balasnya lalu memberikan senyuman manis kepada Raziq sehingga menampakkan lesung pipitnya, Raziq, Daniel dan Irfan terpukau dengan senyuman itu, lantas Irfan berdehem.

"Jangan nak senyum sangatlah, fikir cantik ke? Dah, makan!" kata Irfan tanpa memandang wajahnya. Putri hanya menurut sahaja dan mulai menjamu selera. Iskandar tersenyum mengejek kepada Irfan, cakap jelah kau cemburu, ego betul mamat ni.

Keadaan sunyi, Putri memandang wajah abangnya, dia ingin menanyakan sesuatu kepada abangnya.

"Abang Is, waktu little jadi hamba kepada Encik Joez, ada dua orang rakan little tau, nama mereka Merlyn dan Hande. Mereka sekarang dekat mana abang Is?" soalnya kepada Iskandar setelah menghabiskan makanannya, mereka berempat memandang wajah Putri.

"Mereka berdua dah balik semula ke Malaysia, sekarang mereka dah tinggal bersama ayah dan ibu mereka," jawab Iskandar lalu tersenyum. Putri gembira kerana akhirnya rakan-rakanya itu dapat juga pulang kerumah orang tua mereka .

"Adik, lepas makan adik kemaskan barang adik okey?Kita akan bertolak pulang ke Malaysia pada pukul 2 petang," terang abangnya kepada adiknya. Putri mengganguk faham, dia lihat jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

"Okeylah, kalau macam tu little nak naik atas dulu, nak tidur." katanya lalu tersengih kepada abangnya, Iskandar hanya menggelengkan kepala, haih, baru bangun kot, takkan nak tidur lagi.

Putri meninggalkan mereka berempat dan menuju ke biliknya. Raziq tersenyum sahaja sebelum idea jahat muncul dimindanya, dia ingin kenakan Irfan dulu.

"Is...aku rasakan, aku macam nak khawinlah dengan adik kau tu, dahlah cantik, baik pula tu. Tak padan dengan bakal suami dia." katanya selamba kepada Iskandar. Irfan mencerlungnya tajam tetapi Raziq hanya tersenyum mengejek sahaja, fikir orang takut ke?

"Kau jangan macam-macam, Ziq! Langkah mayat aku dulu sebelum kau nak khawin dengan little girl aku bitch!" katanya sinis. Raziq, Daniel dan Iskandar tersenyum, em nampaknya ada orang dah jatuh cinta.

"Tak apalah, Syah. Aku tak jadilah nak khawin dengan dia sebab aku kasihan sangat dekat kau, kebulur sangat nak khawin dengan dia." ujarnya lalu tersenyum senget kepada Irfan. Irfan kelihatan marah dengan, sepantas kilat Raziq melarikan dirinya.

"Sial!"

Tengkingnya dengan kuat lalu mengejar Raziq yang sudah melarikan diri dari meja makan, Daniel dan Iskandar tergelak lalu menggelengkan kepala mereka, macam budak-budak.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now