BAB 27 💛

15K 703 52
                                    

Irfan dan Putri dalam perjalanan pulang kerumah. Irfan fokus memandang jalan raya manakala Putri pula hanya memandang luar tingkap.

Kadang Irfan memandang kearah Putri, dia tersenyum sahaja melihat kekasih pujaannya.

"Pakcik, lama lagi ke kita nak sampai ni. Asal pakcik bawa kereta ni perlahan sangat? Kalau macam ni lah, sampai kiamat pun kita tak sampai-sampai tahu tak!" bebel Putri sambil membuat muka menyampah dengan perangai Irfan yang hanya tersenyum sinis mendengar bebelannya, tak reti nak senyum dengan ikhlas ke, dasar pakcik singa.

"Kau duduk diam-diam je budak! Jangan banyak cakap, sukahati akulah nak bawa kereta laju ke, perlahan ke, kereta aku, bukan kau." Irfan berkata sambil sebelah kening dijongketkan tanpa memandang wajah Putri.

Panas telinga Putri mendengarnya, tahulah ni kereta dia, ishh! Geramnya aku dengan pakcik ni, sombong betullah perangai dia ni. Irfan melihat Putri yang menahan geram tu tersenyum menang, fikir orang tak tahu ke, dia kutuk aku dalam hati.

"Kutuklah lagi dalam hati tu, nanti kau juga yang berdosa, budak baik konon, budak baik kepala otak kau." katanya kepada Putri, gadis itu hanya menjeling, ish, dia juga yang nak menang.

"Eh, taklah. Putri tak kutuk tau, Putri pujilah. Putri kata pakcik seorang yang baik, penuh berhemat di jalan raya." pujinya tidak ikhlas sambil tersenyum paksa kepada Irfan. Irfan membuat muka menyampah sahaja dengan perangainya.

"Bu guǎn nǐ jìn le shén me, hái zǐ, nǐ zhī dào de,nǐ fēng le."( Sukahati awaklah, dasar budak tak cukup akal ) kata Irfan dengan selamba menggunakan bahasa mandarin. Putri mendengar membuat muka bingung. Apakah benda lah pakcik ni cakap, aku rasa pakcik ni guna bahasa alien yang aku selalu tengok, sebab macam sama je bunyi dia. Lebih baik aku balas, mesti pakcik ni bangga dengan aku bila aku balas. Putri berdehem dan tersenyum lebar sebelum mengeluarkn bakatnya.

"Chong chen mike ching song ke ting ming ceng cing concong kongking ka tingtong tong tung tekeng mingkong meow-meow keng ting tong alikato tung----- "belum sempat dia menyambung kata-katanya, pantas Irfan memotongnya.

"Woi, woi, woi, apa yang kau merepek ni huh? Kau cakap apa ni? Sewel ke apa?" Irfan berkata sambil sebelah tangannya memicit-micit kepalanya. Haih boleh jadi gila aku kalau seumur dengan budak ni, tabahlah Irfan dapat calon isteri seperti budak sepandai Putri.

"Putri tak merepeklah pakcik, kan tadi pakcik cakap dalam bahasa alien, jadi Putri pun keluarkanlah bakat Putri, pandai tak Putri pakcik?" katanya sambil tersenyum bangga kerana dapat menuturkan kata sebentar tadi . Rahang diketap kuat, geram dengan sikap Putri yang selalu sahaja membuatnya gila.

"You make me crazy!" katanya dengan geram, Putri bingung, alahai bahasa apa lagi yang pakcik ni guna.

"Pakcik nak pergi Md beli ayam spicy ke? Kalau ye pun nak pergi Md beli ayam spicy, cuba betulkan sikit ayat tu, ni tak! Tunggang terbalik je pakcik cakap, asal bengap betullah otak pakck ni." katanya tidak bertapis. Irfan mengepal penumbuk, Ya Allah, kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan budak lurus bendul ni.

"Eh, budak kau boleh diam tak! Aku dah nak jadi gila dah ni, hati aku panas layan perangai kau, tahu tak!" kata Irfan dengan sedikit kuat kepadanya.

"Astaghfirullahalazim, pakcik baik kita pergi hospital cepat, takut nanti pakcik terus jadi gila pula, nanti siapa nak khawin dengan pakcik kalau pakcik dah jadi gila? Dan baik pakcik rawat hati pakcik itu, pakcik kena minum air sejuk dalam 6 atau 7 gelas supaya hati pakcik tak panas lagi okey? " ujarnya lagi sambil mengukirkan senyuman manis. Irfan menepuk dahinya, Ya Allah, nak je aku bunuh budak ni, ehh geram tahu tak.

Putri melihat wajah tegang Irfan hanya mempamerkan muka bingung, asal pakcik ni diam je? Hatinya sakit sangat ke sampai tak boleh mengeluarkan suara. Em, takpelah, biarkan je pakcik rehatkan penyakit hati dia tu. Putri berkata dalam hati lalu memandang kearah luar tingkap.

Akhirnya, mereka sampai dihadapan rumah Putri, dia terus keluar namun sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Irfan, namun Irfan hanya mempamerkan wajah dingin sahaja.

Tidak membuangmasa, Putri terus masuk kedalam rumah, setelah memastikan Putri sudah masuk baru Irfan meninggalkan kawasan tersebut.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now