Bab 2 💛

24.9K 1.1K 74
                                    

Putri duduk ditepi kolam renang yang terdapat dihalaman rumah mereka sambil bermain dengan patung kesayangannya iaitu Hello Kitty dengan wajah yang ceria.

Puan Nurhuda yang ingin berjumpa dengan suaminya terbatal terus niatnya setelah dia melihat susuk tubuh anak bongsunya, sayu hatinya melihat keadaan anaknya begitu.

Dulu, masa Putri berumur 14 tahun, kehidupannya normal seperti remaja yang lainnya. Tetapi, disebabkan kemalangan yang berlaku dan kepalanya terhantuk dengan sangat kuat pada batu telah mengubah kehidupannya.

Dan disebabkan itu, otak dia mengalami gegaran yang sangat kuat. Selepas kejadian itu, kehidupan Putri tidak normal lagi seperti gadis yang lain. IQ dia tahap budak 8 tahun dan perangainya juga berubah menjadi seorang kanak-kanak.

Dan menambahkan lagi hati Puan Nurhuda berasa sedih ialah tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan dia dan orang lain juga mengatakan bahawa Putri adalah seorang gadis yang cacat dari segi akal.

Walau apapun, Puan Nurhuda tetap bersyukur kerana ada lagi seorang gadis yang sebaya dengan Putri sudi berteman dengannya.

Gadis itu bernama Tengku Nurhidayah Atilia Binti Tengku Afifah. Orangnya baik, lemah lembut, cantik dan sopan santun.

Setiap hari gadis itu akan menjenguk Putri dan menghabiskan waktu sehariannya dengan bermain bersama Putri. Tetapi hari ini, Atilia tidak dapat datang kerana ada urusan penting katanya.

Puan Nurhuda mengesat airmatanya dan berjalan menuju kearah anak bongsunya.

"Putri"

Putri yang sedang sibuk bermain dengan patung kesayangannya terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya.

Dia menoleh untuk melihat siapa yang memanggilnya. Putri lihat ibunya yang sedang menuju kearahnya sambil tersenyum.

"Eh, surihati Putri lah. Meh duduk sini, meh, kita main sama-sama." Putri berkata sambil menepuk-nepuk tempat disebelahnya.

Puan Nurhuda pun mengambil tempat disebelah anaknua dengan senyuman dibibir. Tangannya mengusap kepala Putri yang berlampik tudung dengan penuh kasihsayang.

"Umi kenapa orang panggil kita cacat eh? Lepastu, ditambah dengan perkataan otak, jadi cacat otak. Kenapa otak pun ada cacat ke umi? Umi pun nampak ke Putri cacat otak? soalnya kepada ibunya tetapi matanya tidak diahlikan daripada patung kesayangannya.

Puan Nurhuda yang sedang mengusap kepala Putri terhenti apabila mendengar pertanyaan dari anaknya, hatinya sakit dan sedih.

𝖨bu mana je yang tidak sedih oii, kalau anak dikata cacat. Kalau tak sedih tu, bagus tak payah jadi ibu.

Puan Nurhuda sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan airmata dan mencuba untuk tersenyum.

"Umi tak nampak sayang, kalau Putri nak tahu, mereka panggil Putri cacat sebab Putri istimewa sangat. Putri bertuah tau sebab Allah sayangkan Putri," jawab Puan Nurhuda dengan tenang.

Putri yang awalnya mata memandang patung kesayangannya, terus berahli kearah ibunya.

"Wah! Yeke umi? Baru Putri tahu! Elley, mesti mereka cakap macam tu, sebab Putri kan istimewa, lepastu Allah pun sayang." sambil menepuk-nepuk kedua belah tangannya.

Puan Nurhuda tergelak kecil melihat tingkahlaku anak bongsunya yang sentiasa mencuit hatinya.

"Iya sayang, sebab itulah Putri sentiasa bersyukur dan jangan ambil kisah tau dengan apa yang mereka cakap dengan Putri." kata Puan Nurhuda.

"Okey, umi," balas Putri sambil membuat simbol 'ok'.

"Iyalah. Jom kita masuk, dah lewat ni." lalu Puan Nurhuda menarik lembut tangan anaknya masuk kedalam rumah mereka.






Iskandar yang sedang sibuk menjawab panggilan, pantas menoleh kearah adiknya yang sedang masuk kedalam biliknya. Iskandar mematikan panggilan tersebut dan menuju kearah adiknya.

"Eh, adik kenapa tak tidur lagi huh?" tanya Iskandar kepada adiknya yang sudahpun selamat baring dikatilnya.

"Hehe, little tak dapat tidurlah abang. Susah tau little nak tidur. Little sudah buat macam-macam supaya mata ni tidur, tapi tak boleh juga, kasihan tau dekat little," jawab Putri sambil mulut dimuncungkan.

Iskandar mendengar kata-kata adiknya tergelak. Elley fikir orang tak tahu ke? Sengajalah tu buat alasan, supaya aku nyanyikan lagu untuk dia.

Putri yang tidak tahu sebab abangnya gelak so dia pun ikutlah gelak bersama-bersama abangnya tercinta HAHAHA. Bergemalah suara mereka dalam bilik tersebut.

Iskandar yang tadi ralit sangat ketawa, terhenti apabila melihat adiknya gelak. Aik? Dah kenapa adik aku ni gelak? Gila ke ape? Haih, susah-susah.

Putri melihat abangnya berhenti ketawa, jadi dia pun berhentilah juga HAHAHA, sehati sejiwa benar Putri ni.

"Kenapa abang tengok little macam tu? Kenapa abang berhenti ketawa?" tanya Putri dengan naif.

Iskandar tidak menghiraukan pertanyaan adiknya, malah dia meluku kepala adiknya.

"Aduh! Abang ni dah kenapa? Dah sewel dah ke? Tadi ketawa tak tentu pasal, sekarang pula pukul kepala little tak tentu pasal, sakit tahu tak?" Putri berkata lalu mata dijelingkan.

"Asal lurus bendul sangat ni! Abang yang sewel ke atau adik yang sewel? Asal ikut gelak sekali, gila dah? Adik tahu ke apa yang abang gelakkan?" soal Iskandar sambil menunjal kepala adiknya.

Tabahlah Iskandar dapat adik lurus bendul ni HAHAHA, tapi kau tetap sayang juga kan WKWKWK.

Putri tersengih mendengar pertanyaan abangnya.

Elley cakap orang sewel, kalau aku sewel maknannya kau abang sewel HAHAHA. Adik sewel, abang pun sewel Mantap! HAHAHA.

"Hehehe, sebenarnya little tak tahu pun lah sebab apa abang gelakkan. Tapi, little ikut jelah dengan abang gelak. Sebab kan bang, little tengok abang tadi macam orang gila tahu tak, ketawa tak tentu pasal. Jadi, sebagai adik yang baik, adik ikut gelaklah, supaya abang tidak keseorangan nampak gila," jawab Putri ambil menampakkan giginya yang tersusun cantik.

Iskandar tercengang mendengar jawapan yang begitu naif dari adiknya. Eee, budak ni kan, kecil besar je aku tengok, nasib sayang, kalau tak, dah lama aku tembak biar mati je.

Amboii kejamnyaa...

"Apa-apa jelah adik. Pasal adik masuk dalam bilik abang ni, jangan ingat abang tak tahu ye, adik nak abang nyanyikan lagu untuk adik sampai tidur. Fikir orang tak tahu ke?" kata Iskandar sambil sebelah keningnya dijongketkan.

Putri hanya tersenyum kambing lalu tangan dibuat simbol 'peace' kepada abangnya TERCINTA WKWKWK.

"Hehe, pandailah abang Is kita ni. Jadi, janganlah buangmasa lagi kakandaku sayang, sebab masa itu perak, eh bukan gangsa, eh bukan berlian, eh asal nampak pelik je peribahasa tu?" kata Putri sambil tangan diletakkan didagu, berfikir peribahasa yang betul.

Haiyaa, manada peribahasa sebab masa itu berlian encik Putri oiii.

Iskandar menepuk dahinya lalu kepala digelengkan. Haih, asal aku ada adik macam ni. Telatah comel Putri ni lah yang membuatkan Iskandar menyayangi adiknya walaupun adiknya tidak senormal gadis lain.

"Wahai adindaku tersayang, bukan masa itu berlian, tapi sebab masa itu emas encik adik oi," terang Iskandar lalu mata dijulingkan.

"Haah betul tu, pandailah abang Is nanti ajar Putri tau." kata Putri sambil memberikan tepukan gemuruh untuk abangnya CEH!

"Em, yelah. Nanti abang ajar. Sekarang baringlah, abang nak nyanyikan adik lagu LITTLE STAR," balas Iskandar.

Putri tersenyum suka mendengar jawapan dari abangnya. Lantas dia membaringkan tubuhnya dikatil empuk milik abangnya serta mata dipejam rapat.

Setelah 10 minit menyanyikan lagu untuk Putri Qhaisara, akhirnya adiknya telah pun dibuai mimpi.

Iskandar mengambil tempat disebelah Putri, lalu tubuh dibaringkan lalu menarik tubuh adiknya kedalam pelukannya.

"Goodnight, sweetdreams my little princess, i love you dear." lalu dia mengucup ubun-ubun adiknya sebelum dia turut dibuai mimpi bersama adiknya.

SEMOGA MIMPI INDAH ISKANDAR DAN PUTRI ♥️

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now