BAB 45 💛

15.1K 628 7
                                    

Putri yang sibuk makan coklat kegemaran yang telah dibeli oleh suaminya melalui paksaannya itu, memandang pelik kearah Irfan yang jelas kelihatan marah.

'Kenapa dengan abang Syah ni? Apa pula orang dalam tu telefon tu kata sampai dia jadi marah macam tu?'
Putri berkata dalam hati sambil mulutnya mengunyah coklat sampai comot.

"Aku nak korang pergi tangkap dan bawa dia dekat aku, berani dia tunjuk muka dia lagi dekat Malaysia." kata Irfan kepada orang dalam telefon tersebut, isterinya hanya jadi pemerhati sahaja, malas nak mengambil tahu, bukannya Irfan beritahu dia pun.

Panggilan dimatikan, matanya berubah menjadi gelap, dia sudah menunjukkan panas barannya lalu meja ditumbuk dengan kuat lalu dia menjerit.

Bam!

''Arghh!"

Putri terkejut lantas coklatnya terjatuh ke lantai akibat terkejut dengan jeritan suaminya yang sangat kuat, badannya sudah menggigil ketakutan tapi dia mencuba beranikan diri untuk mendekati suaminya yang kelihatan marah.

Selangkah demi selangkah dia mendekati suaminya dan akhirnya dia berada dibelakang suaminya terus tubuh Irfan dipeluknya dengan erat lalu airmatanya mengalir dengan laju.

"Abang Syah janganlah marah-marah, abang Syah marah Putri makan coklat ke? Putri janji dah tak paksa abang Syah beli lagi, tapi janganlah marah, Putri takut." luahnya kepada Irfan. Irfan tersentak apabila dirinya dipeluk erat dari belakang oleh isterinya. Dia dapat rasakan badan isterinya menggigil ketakutan, mungkin disebabkan tingkahnya tadi.

Dia menarik nafas dan dihembus, dia lupa akan keberadaan isterinya yang berada dalam biliknya terlampau marah disebabkan maklumat yang disampaikan oleh anakbuahnya sampaikan dia lupa yang dia berada bersama isterinya.

Badan dipusingkan dan memegang bahu Putri, wajahnya yang tadi bengis kini bertukar menjadi tenang serta senyuman terukir dibibirnya.

Dia lihat wajah isterinya sembab akibat menangis dan mulut juga comot akibat makan coklat, bibirnya mengukirkan senyuman melihat isterinya yang comel sahaja dimatanya.

Disekanya airmata isterinya lalu dia membersihkan mulutnya yang comot aikbat colkat.

"Abang tak marah dekat sayanglah, abang cuma gurau je tadi, abang minta maaf eh sebab dah takutkan sayang tadi." ucapnya lalu mencium dahi isterinya dengan penuh kasihsayang.

Putri tersenyum kembali, lantas dia memeluk tubuh suaminya dengan senyuman dibibirnya.

"Putri ingat abang marah dekat Putri tadi, sebab tu Putri takut. Tapi, sekarang Putri dah tak takut sebab abang Syah cuma bergurau je." katanya Irfan, suaminya membalas pelukan tersebut dan mencium ubun-ubunnya lama.

"Abang nak keluar kejap lagi, abang tak nak sayang tunggu abang tau, kalau nak tidur, tidurlah, jangan tunggu abang eh sayang." katanya lalu pelukan dileraikan, jelas wajahnya isterinya pelik dengan dia. Nak keluar pergi mana malam-malam buta macam ni? Buang tabiat ke?

"Abang Syah nak pergi mana pula?" soalnya sedih, siapa je tak sedih kalau suami tinggalkan kita sendiri dirumah, dahlah rumah ni besar. Memanglah ada banyak bodygruad  yang mengawal, tapi tak sama dengan suami yang ada disisi.

"Abang ada hal sekejap sayang dengan kawan-kawan abang," balas Irfan sambil menyelak rambut isternya ke telinga. Putri hanya mengganguk sahaja lalu dia melemparkan senyuman kepada suaminya.

"Nanti jangan lupa tau, belikan Putri makanan dekat 7eleven okey?" katanya sambil membuat simbol 'ok' kepada suaminya, Irfan tergelak lalu dia mengganguk.

"Anything for you dear," jawab Irfan, Putri hanya tersenyum walaupun dia tidak faham, dia cuma faham bahasa italy sahaja sebab dia kan sudah diajar oleh Hande dan Merlyn sedikit.

Tubuh isterinya dicempung dan dibaringkan diatas katil mereka, selimut ditarik sehingga paras bahu.

"Sekarang sayang tidur okey? Nanti bila abang dah sampai, abang kejut eh." katanya lagi dan mencium dahi isterinya lama, Putri mengganguk lalu matanya dipejamkan bersama patung kesayangannya Kitty.

Irfan berlalu keluar dari bilik mereka dan turun menuju ke tempat kereta. Sempat dia berpesan kepada anakbuahnya supaya menjaga keselamatan isterinya dengan ketat, kalau terjadi sesuatu kepada isterinya, tahulah nasib mereka.

Anakbuahnya hanya akur akan arahan boss mereka, tidak mahu nyawa mereka akan melayang, lagi pula mereka sangat suka dengan sikap isteri kepada boss mereka itu sangat lucu dan mencuit hati mereka, patutlah boss mereka sangat sayang dengan dirinya.

Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.

"Wait for me, bitch!"

Katanya sendiri lalu mengukirkan senyuman sinis, tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan si 'dia'.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now