BAB 5 💛

18.8K 1K 50
                                    

Setelah selesai membersihkan diri serta berpakaian lengkap. Irfan keluar dari biliknya dan turun kebawah untuk berjumpa mummynya.

Irfan melihat susuk tubuh Putri Qhaisara dan adiknya yang sedang bergelak sakan diruang tamu. Dia hanya membiarkan sahaja, malas mahu ambil tahu .

"Mummy?" panggil Irfan.

"Eh, Syah. Bila sampai nak?" tanya Tengku Khaisarah kepada anaknya.

"Dalam 20 minit begitu mi," jawab Irfan lalu mengucup telapak tangan mummynya.

"Yelah, Syah dah makan?" tanya Tengku Khaisarah.

"Dah mummy," jawab Irfan sambil tersenyum. Tengku Khaisarah mengganguk faham.

"Daddy mana mummy?" tanya Irfan pula.

Dari awal dia masuk kedalam rumah, dia tidak melihat kelibat daddynya.

"Daddy kamu macam biasalah, kalau dah berjumpa dengan rakannya, lewat pulanglah jawabnya, sampaikan isteri kat rumah pun dia lupa," jawab Tengku Khaisarah tetapi terselit guruan disitu.

Irfan yang mendengar guraun itu, tergelak sebentar.

"Mummy, siapa budak perempuan bersama lia tu mi?" tanya Irfan .

Tengku Khaisarah sudah menggangak anak terunanya itu akan menyoalnya. Maklumlah jarang sangat pulang ke rumah, selalu pulang dekat apartment dia je.

"Dia tu kawan lia, nama dia Putri Qhaisara Qistina, serta anak angkat mummy," terang Tengku Khaisarah.

"Tapi kan mi, perangai dia macam ----" belum sempat Irfan menghabiskan katanya, mummy terlebih dahulu memotongnya.

"Macam austistik?" teka Tengku Khaisarah. Irfan hanya mengganguk perlahan.

"Sebenarnya, dulu waktu Putri remaja, kehidupannya normal sahaja seperti gadis lainnya. Tetapi, disebabkan satu kemalangan yang menimpanya, kepalanya mengalami hentakan yang kuat dan menyebabkan dia mendapat gegaran otak. Selepas kejadian itulah dia jadi macam tu." terang Tengku Khaisarah kepada anaknya.

"Dari mana mummy tahu semua ni?" soal Irfan lagi.

"Mummy tahu dari adik kamu, lia. Dia yang cerita dekat mummy," jawab Tengku Khaisarah. Irfan hanya mengganguk perlahan. Barulah dia tahu tentang cerita Putri Qhaisara.

"Okeylah mummy, syah masuk dulu ye." kata Irfan kepada mummnya.

"Yelah, Syah mesti penatkan. Pergilah rehat." kata Tengku Khaisarah.

Irfan mengangguk perlahan dan dia mengucup kedua pipi mummynya sebelum kaki melangkah masuk kedalam rumah mereka.

"Kalau mummy nak jadikan Putri sebagai calon untuk Syah, Syah terima ke tidak?" gumam Tengku Khaisarah.







Tengku Atilia yang melihat susuk tubuh abangnya, terus sahaja dia menegurnya.

"Eh, abang dari mana? Sinilah join kami berdua bercerita." Ajak Atilia.

Irfan yang baharu sahaja mahu kebiliknya, terbantut kerana adik menegurnya.

"Tak apalah dik, adik mainlah dengan budak tu, abang penat," jawab Irfan selamba.

"Eh, pakcik, meh lah sini. Putri banyak cerita tau nak kongsi. Lepastu, Putri nak kongsi aiskrim dengan pakcik, akak lia putri dah bagi dah." kata Putri sambil menunjukkan aiskrimnya.

Tengku Atilia yang mendengar perkataan 'pakcik', terus sahaja dia melepaskan tawanya . Haih putri, abang aku hensem kot, kau panggil pakcik kenapa, Sabar jelah abang.

Irfan hanya mampu menahan geram kerana ditertawakan oleh adiknya. Budak ni kecil besar je aku tengok.

Putri Qhaisara memandang pelik kearah Tengku Atilia. Dia pelik, kenapa Tengku Atilia ketawa, dia ada buat lucu ke apa?

"Akak lia kenapa ketawa? Putri ada buat lucu ke? Atau tudung Putri senget?" tanya Putri dengan naifnya.

"Takde..takde," jawab Tengku Atilia dengan tawa yang tersisa.

"Okey." kata Putri Qhaisara.

Bam!

Irfan menumbuk meja dengan sedikit kuat kerana menahan geram. Putri dan Atilia tersentak mendengar bunyi tersebut. Tengku Atilia sudah menelan airliur, nampaknya tak lama lagi gunung berapi akan meletop. Putri berdiri lalu menuju ke arah Irfan.

"Pakcik okey ke? Kenapa pakcik tumbuk meja ni?meja ni ada buat salah ke? Selalunya bila kita pukul benda tu, maknanya benda tu ada buat salah. Oh Putri tahu, mungkin tadi pakcik nak pergi tempat Putri kan sebab aiskrim. Tapi, mungkin kaki pakcik terkena meja ni, sebab tu kan pakcik tumbuk meja ni." teka Putri Qhaisara.

"Haih pakcik ni macam budak-budaklah, tula lainkali pakcik hati-hati okey. Jangan risau Putri tak bawa lari pun aiskrim tu, janganlah gelojoh nak pergi ketempat Putri. Tengok, kaki pakcik dah terkena meja dah, lepastu pakcik tumbuk meja lagi, kan dah bertambah sakit tu." bebel Putri Qhaisara kepada Irfan.

Tengku Atilia sudah ketawa terbahak-bahak mendengar bebelan Putri Qhaisara.

"Tak apa, meh kita duduk sana, kita makan aiskrim sama-sama okey?" pujuk Putri Qhaisara lalu menarik tangan Irfan.

"Don't touch me!" kata Irfan sedikit tegas.

"Iya, Putri tahu kaki pakcik sakit, Putri tahu maksud 'don't touch me' tu maksudnya, kaki pakcik sakit kan. Lepastu, pakcik suruh Putri bawa perlahan-lahan. Takpe, Putri jalan tak laju pun, perlahan je supaya kaki pakcik tak sakit." ujar Putri Qhaisara.

"Itula siapa suruh jalan tak tengok mata, kan dah kena. Em, besar panjang tapi perangai macam budak-budak, macam je Putri ni tipu dia, Putri tak tipulah, Putri tetap bagi aiskrim tu, jangan risau." sambung Putri Qhaisara lagi dengan naifnya.

Irfan menepuk dahinya, manakala Tengku Atilia sudah terguling-guling dek kerana ketawa. Ya Allah, asal bengap sangat perempuan ni. Kalau jadi bini aku, mampus aku, boleh mati jadinya.

"Kenapa dengan dahi pakcik? Ada nyamuk ke? tanya Putri Qhaisara.

"Dah blah, menyemaklah kau dekat sini budak!" ujar Irfan dengan sedikit kasar lalu menepis tangan Putri Qhaisara.

"Pakcik nak suruh Putri semak apa?" soal Putri Qhaisara dengan naifnya.

Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku menghadap karenah gadis ini. Haih, anak siapalah ni. Boleh pula diorang tahan dengan perangainya yang lurus bendul ni. Kata Irfan dalam hati.

Dia tidak menghiraukan Putri Qhaisara. Laju sahaja kakinya meninggalkan ruangan tersebut. Kalau lama berada disitu, boleh jadi gila dia.

Tengku Atilia masih lagi dalam keadaan macam tadi, dah macam pontianak dah aku tengok.

"Aku ada salah cakap ke?" guman Putri Qhaisara.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now