BAB 68 💛

16.3K 596 29
                                    

7 Bulan Kemudian......

Keadaan Putri masih belum sedarkan diri dari koma akibat hentakan yang kuat berkali-kali dikepalanya dan kandungannya juga sudah gugur.

Irfan sentiasa menunggu isterinya walaupun dalam jangka masa yang lama, dia akan tetap setia, baginya Putri adalah ratu dihatinya dan tiada penggantinya.

Dia merenung wajah isterinya yang kelihatan tenang sahaja, bibirnya mengukirkan senyuman hambar dan berharap agar isterinya cepat sedar seperti sediakala kerana dia sangat merindui isterinya.

Pintu wad ibuka oleh rakan-rakannya bersama pasangan mereka masing-masing, Irfan tersenyum kearah mereka.

"Akak Putri, Lia datang. Akak Putri macam mana sihat? Akak Putri lia sekarang dah mengandung tau, usia kandungan lia sudah 5 bulan, akak Putri cepatlah bangun eh?" kata Atilia sayu sambil menggengam erat tangan Putri.

Yang lain hanya tersenyum hambar, mereka juga turut sedih, tapi siapalah mereka nak halang takdir Allah.

"Dah sayang, jangan kacau Putri rehat. Mari sini dekat abang." Arah Iskandar dan Atilia aku dengan arahan suaminya dan berjalan menuju ke tempat Iskandar.

"Daniel, bila kau nak langsungkan perkhawinan kau dengan Merlyn?" soal Irfan kepadanya.

"Tinggal 2 minggu je lagi bro, kami dua akan khawin dan akan menyusul kamu semua, kan sayang?" jawabnya lalu mata dikenyitkan kepada calon isterinya. Membahang terus wajah Merlyn, mereka semua tergelak melihat wajah malu-malu Merlyn.

Diantara mereka hanya tinggal Daniel dah Merlyn sahaja yang belum berkhawin. Raziq dan Hande pula sudah mendirikan rumah tangga 4 bulan yang lalu, hidup mereka bahagia sahaja.

Sedang mereka rancak berbual, suara Putri kedengan walapun tidaklah sekuat mana tapi cukup jelas untuk mereka dengar.

"Argh!"

"Sayang..Is tolong panggil doktor sekarang, cepat!" Arah Irfan, laju sahaja Iskandar melangkah keluar untuk memanggil doktor.

1 minit selepas itu doktor telah tiba bersama 4 orang jururawat, kesemua mereka yang berada dalam bilik itu diminta untuk menunggu diluar.

Beberapa minit berlalu, pintu wad tersebut dibuka lalu doktor tersebut tersenyum kepada mereka.

"Macam mana keadaan isteri saya? " tanya Irfan risau.

"Saya ada dua berita baik iaitu berita baik dan buruk untuk kamu semua." ujar doktor tersebut.

"Berita baik dahulu." sampuk Iskandar dan dibalas anggukan dari doktor tersebut.

"Berita baiknya adalah Putri sudah stabil seperti sediakala dan tubuhnya pun sihat sahaja dan lebih menggembirakan lagi yang dia sudah tidak lagi menjadi autistik, dia sudah menjadi normal seperti gadis yang lainnya," terang doktor tersebut dan terus mereka semua memanjat syukur.

"Berita buruk pula?" tanya Raziq pula kepadanya.

"Berita buruklah adalah Putri sudah hilang ingatan, tapi kamu semua jangan risau, saya dah beritahu dia tentang latar belakang keluarganya, suaminya dan rakannya. Alhamdulillah, dia dapat menerima dengan hati dengan yang yang terbuka, jadi korang jangan risau," terangnya lagi. Mereka berasa lega terutama sekali Irfan, dia sangat beryukur yang isterinya masih boleh menerima dirinya.

"Terima kasih doktor." ucap mereka semua dan dibalas anggukan darinya dan melangkah pergi meninggalkan mereka.

Kesemua mereka masuk kedalam wad Putri semula, gadis itu sedang duduk bersandar pada katilnya sambil tersenyum kearah mereka, terus tubuhnya dipeluk oleh Irfan.

"Finally, sayang sedar juga. Abang rindukan sayang separuh mati." luahnya lalu mencium dahi Putri lama untuk melepaskan rindu.

"Awak suami saya eh?" soal Putri meminta kepastian, laju sahaja Irfan mengganguk kepalanya, terus dia memeluk tubuh itu dan suaminya juga membalas pelukan tersebut.

"Terima kasih awak sabar tunggu saya, saya sentiasa dengar luahan awak setiap hari, saya bersyukur sangat dapat suami seperti awak, terima kasih." ucap Putri dengan ikhlas, suaminya tersenyum lebar dan mencium ubun-ubunnya.

"Mestilah abang akan setia tunggu sayang, sayang kan permasuri hati abang sejak dulu, sekarang dan selamanya," balas Irfan , mereka yang lain tersenyum gembira pasangan tersebut, akhirnya mereka bersatu juga seperti dulu.

Pintu bilik dibuka, Aiman masuk bersama Rina, ya Rina rakan Merlyn. Mereka berdua baru sahaja bertunang beberapa minggu yang lalu.

"Assalamualai-----" ayat Aiman tergantung, dia terkejut melihat apa yang berlaku waktu itu. Terus dia berlari anak menuju dan memeluk tubuh kakak iparnya dengan erat, dia sangat menyayangi kakak iparnya walaupun dia belum mengenali gadis itu lama.

"Akak dah sedar, alhamdulillah." ucapnya dengan teruja, abangnya Irfan gembira melihat kemesraan Aiman terhadap isterinya. Rina pula sudah tersenyum lalu mengambil tempat duduk bersama yang lain.

"Awak siapa eh?" tanya Putri ramah kepada Aiman, lelaki itu hanya tersenyum sahaja.

"Saya Aiman, adik ipar akak," jawabnya kepada mereka, Putri mengganguk faham dan melebarkan lagi senyumannya.

Keadaan dalam bilik itu bertukar ceria selepas sahaja gadis itu sedarkan diri, mereka bergelak tawa mereka. Sangat bahagia sahaja mereka waktu itu dan penderitaan mereka juga sudah berakhir.

'Terima kasih. Ya, Allah kerana memanjangkan lagi umur isteriku, terima kasih juga kerana membuka pintu hatinya untuk menerima kami dengan hati yang ikhlas.' desis hati Irfan.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now