BAB 40 💛

15.7K 646 19
                                    

Putri membuka matanya perlahan, dia lihat sekeliling, cantik dan bewarna pink, lalu dia  lihat ada tangan yang sedang memeluknya.

Dia tersenyum melihat abangnya yang sedang tidur bersamanya, akhirnya penderitaan hidupnya sudah berakhir.

"Abang Is." 

Kejutnya kepada Iskandar, abangnya membuka matanya sedikit dan melihat adiknya sudah sedar sambil tersenyum kearahnya.

"Adik dah sedar? Ada sakit mana-mana lagi tak?" soalnya dengan suara serak, Putri hanya menggeleng.

"Little dah okeylah sebab abang-abang semuakan dah selamatkan little," jawabnya sambil membuat simbol 'peace', Iskandar tersenyum gembira melihatnya.

"Mestilah kami akan datang selamatkan adik, sebab adikkan istimewa dan Princess kepada kami semua" balasnya sambil mengucup kedua pipi adiknya. Putri terus memeluk tubuh abangnya namun dia tetap berhati-hati agar jarum ditangannya tidak terganggu.

"Abang Is maafkan little tau sebab keluar dari hospital tak beritahu abang Is. Little cuma lapar je. Little dah kejutkan abang Is tapi abang tak bangun pun. Jadi little pun keluar jelah, tapi tak sangka pula boleh jadi macam ni, maafkan little sebab susahkan abang Is." kata Putri dengan airmata yang berlinangan, Iskandar membalas pelukan adiknya lalu dicium ubu-ubun Putri.

"Tak apa, abang Is tak marah pun dear dan lagi satu adik tak pernah pun susahkan abang Is, jadi jangan cakap macam tu lagi eh?" kata Iskandar lalu pelukan dileraikan dan airmatanya diseka oleh Iskandar, Putri mengganguk dan tersenyum.

"Abang Is ni bilik siapa? Nampak macam bilik perempuan je, cantik. Lepastu banyak sangat permainan dan patung dalam bilik ni." katanya teruja, Iskandar tersenyum.

"Ini bilik adik, abang dah lama hias bilik ni," jawab Iskandar sambil mengusap pipinya.

Mata Putri sudah bersinat-sinar lalu tangannya ditepuk-tepuk tanda yang dia sangat menyukainya.

''Pandailah abang Is hias, sebab itulah little sayangggggg sangat tau dengan abang." ujarnya lalu mencium wajah Iskandar bertalu-talu, abangnya tergelak apabila adiknya menciumnya.

"Em, yelah. Adik nak pergi mandi tak? Kalau nak, biar abang tolong adik bukakan jarum tu." kata Iskandar kepadanya. Putri mengganguk dan selepas itu dia membuka jarum dari tangan adiknya dan Putri mulai melangkah masuk kedalam bilik air.

"Adik mandi dulu okey? Semua baju adik ada dalam almari, lepastu adik turun bawah makan, abang nak pergi bawah sekejap, nak suruh maid masak." ujar Iskandar lalu dibalas anggukan dari Putri, bilik adiknya ditutup dan dia berlalu turun kebawah. Selepas menberitahu maidnya untuk masak, dia naik keatas semula dan menuju kebiliknya untuk membersihkan diri.

Dalam perjalanan kebiliknya, dia bertembung dengan rakan-rakannya yang kelihatan sangat kacak serta sudah lengkap berpakaian, mereka terus menengurnya.

"Adik kau dah sedar? tanya Daniel kepadanya. Iskandar hanya mengganguk sahaja, mereka bertiga sudah tersenyum.

"Okeylah, aku nak mandi dulu, korang turunlah, tunggu aku dan adik aku datang, nanti kami turun okey." katanya lalu berlalu pergi kebiliknya, mereka bertiga pun turun kebawah menggunakan lif yang ada dalam rumah tersebut.


Selepas 10 minit membersihkan diri, Putri menuju ke almari pakaian lalu baju yang berlengan panjang diambil dab seluar jeans serta tudung bawal. Setelah sudah siap berpakaian, dia menuju ke meja solek, bedak dipakai sedikit dan pelembab bibir sahaja dia gunakan. Lalu dia tersenyum memandang dirinya di cermin, walaupun dia tidak menggunakan makeup, wajahnya tetap kelihatan cantik.

"Cantik juga aku ni kan. Ish, malulah jadi orang cantik ni." katanya lalu tergelak sendiri.

Putri mengambil tudung lalu disarungkan dikepalanya, dia keluar dari biliknya dan turun kebawah seperti yang disuruh oleh abangnya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now