SPECIAL CHAPTER 4 ( PUASA ) ❤️

8.3K 386 75
                                    

Putri terjaga apabila alarm miliknya berbunyi. Kaki melangkah turun perlahan-lahan di katil. Dia menuju ke tingkat bawah untuk menyediakan sahur untuk mereka dan anak buah Irfan yang mengawal di rumah tersebut, bagi yang Muslim.

"Puan?" sapa pembantu rumah mereka kepadanya. Putri tersenyum sahaja dan menggangukkan kepalanya.

"Mulai hari ni, biar saya je yang masak eh." kata Putri kepadanya. Pembantu rumah mereka hanya menurut sahaja.

"Tapi, bahan-bahan ni-----"

"Takpe. Nanti saya uruskan. Pergilah rehat." ujar Putri lembut dan pembantu rumah mereka tidak mampu membantah arahan isteri kepada tuan mereka.

"Nak masak apa ek?" gumamnya. Otaknya ligat memikirkan menu apa yang dia ingin masak waktu itu.

"Apa-apa jelah." katanya lalu memulaikan kerjanya. Tangannya lincah memotong bawang dan sebagainya.

Setelah mengambil masa yang agak lama, akhirnya dia sudah selesai memasak. Kesemua lauk tersebut dihidangkan di atas meja.

Bibirnya menguntumkan senyuman. Selepas itu, dia melangkah naik ke atas untuk mengejutkan anaknya dan suami tercinta.

Bilik mereka ditujui. Irfan yang tidur dengan nyenyak dipandang dengan geram. Boleh pula dia masih tidur. Suami siapalah ni?

"Abang, oh abang. Bangun. Sahur abang." kejutnya berkali-kali. Namun, Irfan hanya buat bodoh sahaja membuatkan Putri berasa geram.

"ABANG! BANGUN ABANG, SAHUR!" pekiknya kepada sang suami. Irfan membuka matanya sekejap, sebelum ditutup kembali.

'Ya Allah, geramnya aku.' getus hatinya.

"Abang, bangunlah woiiii." geramnya namun tetap sama sahaja. Lelaki kacak itu sama sekali tidak bangun.

Putri sudah tidak tahan. Tak sampai seminit, bibirnya mengukirkan senyuman senget. Liat sangat nak bangun eh? Takpe.

Putri terus masuk ke dalam bilik air. Irfan pula berfikir, isterinya hendak membuang air kecil dan sudah mengalah.

Putri keluar bersama bekas yang berisi air sabun. Bibirnya mengukirkan senyuman senget. Dengan senang hati, dia menumpahkan air sabun tersebut ke atas badan suaminya.

Splash!

"What! Arghhh!"

Jerit Irfan terkejut. Putri pula sudah tersenyum puas lalu tergelak melihat keadaan suaminya yang penuh dengan sabun.

"Apa ni, sayang? Tak nampak ke abang tidur? Derhaka buat suami macam ni." dingin Irfan berkata. Matanya terasa pedih kerana sabun tersebut.

"Aduhh, sayang. Mata abang pedih. Ambilkan abang air." gesa Irfan tidak tahan.

"Apa? Ya Allah, abang. Siapa suruh abang buka mata? Kan dah pedih. Lain kali tak payah buka." bebelnya kepada suami.

"Amboii, sayang juga yang siram abang guna sabun sengal!" marahnya.

"Apa? Abang panggil sayang sengal? Sampai hati abang!" rajuknya dan membiarkan suaminya yang terseksa.

"Aduh, sayang. Ni bukan masanya untuk merajuk tahu tak! Mata abang pedih." geram Irfan. Sakit dimata, tak terkata.

"Ingat sayang kisah ke?"

"Ya Allah, sayang. Esok nak puasa tau. Tak baik derhaka. Sayang nak ke abang jadi buta?" sayu Irfan berkata. Itu sahaja teknik jika ingin menghilangkan rajuk isterinya dengan mengeluarkan kata-kata sedih.

"Erk, sorry abang. Jom, biar sayang tolong abang." katanya lalu membantu Irfan menuju ke bilik air. Wajah lelaki itu dibersihkan berkali-kali.

"Masih pedih ke?"

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now