BAB 33 💛

13.9K 607 0
                                    

Tengku Atilia POV

Aku membuka mataku perlahan-lahan, aku melihat sekeliling, kepalaku terasa sakit sangat.

"Ya Allah, lia. Akhirnya kamu sedar juga nak." kata Tengku Khaisarah kepada anaknya, Atilia mengerutkan keningnya tanda tidak faham, baru sedar?

"Baru sedar? Lia baru tidur semalam je kot, apa yang baru sedarnya pula?" tanyaku lalu mempamerkan wajah bingung kepada mummyku. Aku lihat mummyku mengeluarkan airmata, alahai kenapa nak menangis pula.

"Kamu koma lia, hampir nak sebulan kamu koma. Mami sangat risau dengan lia, lebih-lebih lagi bila doktor cakap yang kamu akan koma selamanya," terang Tengku Khaisarah lalu memeluk tubuhku dengan erat, aku mengusap belakangnya untuk menenangkannya.

"Janganglah nangis mummy, kan lia dah sedar ni, jangan nangis lagi eh?" pujukku lalu meleraikan pelukan dan mengesat airmatanya, aku tersenyum manis untuk kepadanya untuk menunjukkan yang aku baik-baik sahaja.

"Daddy dengan abang syah mana mummy?" tanyaku sambil mata meliar mencari mereka, namun hampeh! Mereka tiada, Tengku Khaisarah sahaja yang berada dalam bilikku.

"Daddy pergi outstation ke luar negara, abang kamu pula tengah sibuk mencari Putri," terang mummyku, namun wajahnya sayu sahaja bila mengatakan tentang Putri.

"Kenapa dengan Putri?" soalku sedikit cemas, apa sebenarnya dah jadi ni? Haih.

"Putri hilang waktu Iskandar dan dia melawat lia. Waktu tu, Putri keluar sendiri nak pergi kedai beli makanan katanya, tapi waktu itu pula Iskandar tidur, dan bila Iskandar bangun je, Putri dah takde," jelas mummyku. Aku terkejut, Putri hilang? Macam mana nasibnya sekarang, Ya Allah.

Airmataku keluar, aku sedih mendengar berita tentang Putri hilang, aku sudah menganggapnya seperti adikku walaupun hanya berbeza setahun sahaja, aku risau jika ada sesuatu yang buruk terjadi padanya.

"Shhh! Jangan nangis eh? Insyaallah semuanya baik sahaja, kita doakan yang terbaik untuk dia, supaya Allah lindungin dia." pujuk mummyku, aku mengganguk perlahan dan mengesat airmataku.

'Lia harap, Putri baik sahaja dear, lia doakan agar abang Syah dapat jumpa Putri.' aku berkata dalam hati.

"Dah jangan nangis eh? Sekarang kita makan, mummy ada beli sedikit makanan dari luar tadi." mummy berkata kepadaku lalu mengambil makanan yang telah dibelinya. Aku tersenyum sahaja walaupun hatiku masih risau dengan Putri.

Selepas itu, mummy menyuapkan makanan tersebut kedalam mulutku. Sungguh aku rindu dengannya, aku tidak percaya yang aku koma hampir sebulan haih.

Bilik yang sunyi itu , bertukar menjadi ceria oleh kami berdua. Nampak sahaja dari luaran kami gembira tetapi jauh dari sudut hati kami sangat risaukan keadaan Putri yang hilang entah kemana.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now