BAB 26 💛

14.6K 658 4
                                    

TENGKU ATILIA POV

Aku dengar keadaan dalam bilikku begitu sunyi, aku tahu yang aku sekarang berada dihospital melaui doktor yang sentiasa memeriksa keadaanku.

Selepas berapa minit, aku dengar pintu bilikku dibuka, aku sudah mula resah, siapa pula yang masuk dalam bilikku. Namun, aku mendengar perbualan mereka dan aku sangat mengenali suara itu, aku hanya menjadi pendengar sahaja, nak buka mata dan mulut tidak mampu kerana ianya seakan terkunci.

Setelah habis mereka berbual, kudengar pintu bilikku dibuka, mungkin abang syah dan Putri sudah pulang seperti yang diarahkan oleh Iskandar, terdengar bunyi tapak kasut yang sedang menghampiriku.

"Lia, kau taknak bangun ke? Kau tak kasihan ke dengan kami semua ke?. Kami semua rindukan lia." luah Iskandar lalu mengambil tanganku dan mengucupnya. Aku terkejut, jantungku berdegup laju, macam ada renjatan elektrik pada tubuhku, haih suka sangat buat orang sakit jantung.

"Lia, nak tahu tak? Abang suka tengok lia malu bila abang tegur yang lia asyik pandang muka abang, abang suka tengok lia senyum, abang tak suka tengok lia nangis, hati abang sakit. Abang pun tak tahu apa perasaan abang dekat lia, mungkin abang dah cintakan lia." luahnya lagi kepadaku. Aku sekali lagi terkejut, dia cintakan aku? Sejak bila?Maknanya, cinta aku tidak bertepuk sebelah tangan. Ya Allah, sungguh berita ini sangat menggembirakan aku, terima kasih abang Is sebab balas cinta lia, lalu airmataku keluar membasahi pipi.

"Hey, janganlah nangis. Abang tahu yang lia terkejut dengan apa yang abang cakap, tapi jujur abang cakap, abang cintakan lia, abang cintakan gadis yang bernama Tengku Nurhidayah Atilia." sambungnya lagi lalu mengucup dahiku lama. Sekali lagi aku gembira, kalaulah aku boleh buka mata, aku nak sangat tengok muka dan peluk abang. Terima kasih, Ya Allah, rupanya disebalik semua ni, ada hikmahnya.

"Abang akan tunggu lia bangun, abang nak tahu kalau lia juga cintakan abang, abang akan sentiasa tunggu lia." dia berkata lalu mengenggam erat tanganku. Selepas berapa minit, keadaan bilikku kembali sunyi, mungkin Iskandar sudah tidur. Aku tersenyum dalam hati, akhirnya cinta yang aku pendam selama ini terbalas juga dengan orang yang bernama Muhammad Adam Iskandar.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now