BAB 46 💛

15.3K 626 7
                                    

Kereta Honda milik Irfan telah sampai di hadapan markas mereka, pintu kereta dibuka dari perut kereta dengan memakai baju T-shirt dan jaket bewarna hitam.

Kaki melangkah masuk kedalam, wajahnya seperti biasa serius dan tegang sahaja. Senyum? Tidak pernah sekali pun dia tersenyum dihadapan anakbuah mereka, dia hanya akan mempamerkan senyumannya dengan isterinya, keluarganya dan rakannya sahaja, itu pun jika dia ada mood untuk tersenyum mahupun ketawa, tetapi jika bersama dengan Putri, ehem! Always okey!

"Boss."

"Boss."

Sapa anak buah mereka kepadanya, dia hanya mengganguk lalu langkahnya dipercepatkan kerana dia sudah tidak sabar nak berjumpa dengan 'sahabat lama'.

Pintu bilik 4 dibuka lalu dia masuk dengan senyuman sinis yang mulai mekar dibibirnya, terlihat seorang lelaki yang wajahnya penuh dengan lebam, bibir yang pecah serta kaki dan tangan yang diikat dengan ketat.

Rakan-rakannya sudah tersenyum sungging melihat Irfan memasuki bilik itu, akhirnya, orang yang ditunggu telah pun sampai.

"Asal kau lama sangat nak sampai sini huh? Kau tahu tak yang kami ni dah tak sabar nak bunuh kawan baik kau ni hah!" kata Raziq sambil jarinya menunjuk kearah lelaki itu. Irfan menjulingkan matanya lalu dia melangkah lebih dekat kearah lelaki itu.

Mata memberi isyarat kepada anakbuah mereka. Anak buahnya yang faham isyarat itu lantas mengambil tong kecil yang berisi air dibawa kepada Irfan, dia menyambutnya dan air tersebut ditumpahkan keatas lelaki itu.

Lelaki tersebut tersedar lalu matanya dibuka secara perlahan-lahan, Irfan tersenyum sinis melihat lelaki itu lalu dia mencakung dihadapannya.

"Best sangat ke tidur tu? Sampai tak ingat kau sekarang dekat mana huh?" ujar Irfan dengan senyuman sinisnya, lelaki itu cuba mengingati apa yang berlaku kepada dirinya beberapa jam yang lalu.

Setelah berapa minit, dia sudah mengingati semuanya. Waktu itu, dia berada di kelab malam ketika hendak pulang ke rumah tetapi dia ditahan oleh beberapa orang lelaki yang memakai topeng muka lalu dia ditumbuk berkali-kali. Walaupun waktu itu dia melawan tetapi akhirnya dia tewas juga dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri.

"LEPASKAN AKULAH BODOH!" tengking lelaki itu kepada Irfan, namun Irfan hanya tersenyum sinis lalu kedua tangannya disilangkan didada.

"Emm, lepaskan kau? Buat apa pula aku nak lepaskan kau? Aku tunggu masa ni dah lama," balas Irfan lalu sebelah keningnya dijongketkan. Lelaki itu kelihatan marah namun, Irfan hanya tersenyum kecil sahaja, ingat dia takut ke?

"HAHAHAHAH." lelaki itu tergelak sendiri, Irfan hanya memandangnya dengan pandangan kosong manakala Iskandar, Daniel dan Raziq memandangnya pelik. Dah kenapa pula mamat ni, tadi minta dilepaskan sekarang pula ketawa, otak mereng ke apa?

"Dah habis ketawa? Dah habis jadi sewel?" soal Irfan tersenyum senget, lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau tangkap aku sebab aku culik bakal wife kau kan? HAHAHA. sorry bitch! Aku dah jual dia dan aku rasa dia dah tiada dalam dunia ni lagi." katanya dengan yakin kepada mereka . Giliran mereka pula yang tergelak, lelaki itu menjadi geram, kenapa mereka mentertawakan dirinya?

"Asal korang ketawa huh? Aku tiada buat lawaklah bodoh!" jerit lelaki itu dengan kuat, urat hijaunya sudah timbul, mereka berempat masih dalam mood ketawa.

"Kau yakin ke dia dah takde dalam dunia ni?" sampuk Iskandar dengan tawanya yang masih tersisa.

"Aku yakin sebab orang yang beli dia tu, kejam! Dan dia sudah dijadikan hambalah bodoh! Korang nak tahu? Perempuan gila tu setiap hari kena pukul, kasihan sangat hidup dia." ujarnya dengan senyuman mengejek. Iskandar berasa marah lalu baru sahaja dia ingin melakukan sesuatu kepada lelaki itu, Irfan terlebih dahulu melakukan tindakan.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now