BAB 6 💛

18.8K 924 23
                                    

Iskandar menuruni anaktangga, terdengar gelak tawa keluarganya yang berada di dapur.

"Goodmoring umi, adik, abah." ujar Iskandar.

"Goodmorning anak umi, sinilah duduk sama-sama dengan kami. Sarapan dulu, barulah kamu jalan pergi kerja." kata Puan Nurhuda.

"Haah! Duduklah sebelah little abang, sedap tau umi masak, sekali rasa pasti nak lagi." Putri berkata dengan mulut yang penuh dengan makanan. Tak senonoh langsung.

Encik Mahmud melihat perangai anak bongsunya itu terus sahaja dia menegurnya.

"Putri, tak baik makan sambil bercakap, kalau nak sangat bercakap, habiskan dulu makanan dalam mulut tu."  tegur Encik Mahmud kepada anak bongsunya.

Putri tersengih apabila dirinya ditegur oleh abangnya. Manakala, Puan Nurhuda pula hanya tersenyum sahaja.

"Eh, tak apalah umi. Is sarapan dekat office je, Is nak kena cepat sebab tadi Syah ada call suruh cepat." tolak Iskandar dengan lembut.

Suruh cepat nak kemana? Kena tanya abang Is ni, manalah tahu hati abang Is lembut ajak aku sekali.

"Abang is nak cepat nak kemana, Office itu maksudnya apa?" tanya Putri Qhaisara.

"Maksud office ialah pejabat adikku sayang," jawab Iskandar sambil mengusap pipi tembam milik adiknya.

Dengar sahaja perkataan 'pejabat', terus bersinar-sinar matanya. Kena pujuk abang Is ni suruh bawa aku sekali HEHEHEH.

"Hooreey! Abang Is bawalah little sekali tau. Sebab little bosanlah duduk rumah je, bawa little sekali okey?" rayu Putri Qhaisara lalu membuat muka comel, harap-haraplah abang Is bawa aku.

"Tak boleh sayang, kalau abang Is bawa little sekali, nanti little bosan dekat sana. Lebih baik little duduk rumah, main dengan kitty dengan umi, ye sayang." pujuk Iskandar.

Seakan ada yang meghempap dirinya, baru je nak berangan abang Is ajak sekali, rupanya HAMPEH! Abang Is taknak bawa pun.

Wajah ditundukkan dan mata sudah berkaca-kaca. Huargh! Nak nangis, orang nak ikut je pun, bosan tahu tak duduk dalam rumah.

"Tak apalah, abang Is memang tak sayangkan little pun, sebab little tahu kalau little ikut  nanti menyusahkan abang Is. Lepastu abang Is takut nanti ramai yang ngorat little, sebab little kan cantik." selamba badak je Putri Qhaisara berkata.

Hampir sahaja mereka bertiga tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Putri Qhaisara.

Seusai berkata begitu, Putri Qhaisara meninggalkan ruangan tersebut dan berjalan menuju ke biliknya, merajuklah katakan. Putri ni memang lupa agaknya, mungkin kalau dia ingat kata abangnya, kalau merajuk cepat tua confrim dia tak jadi merajuk.

"Merajuklah tu." kata Puan Nurhuda setelah anak bongsunya meninggalkan ruangan tersebut.

Bila mendengar kata dari ibunya, Iskandar mengeluh berat. Bukannya dia taknak bawa adiknya sekali ke pejabat, tapi dia takut nanti adiknya bosan dan jalan keluar sendiri dari pejabat itu.

Lagi pula, dia taknak musuh-musuhnya nampak akan kewujudan adiknya. Dia taknak adiknya menjadi mangsa. Maklumlah, mafia dimana sahaja ada musuh, sedangkan rakan dia sendiri pun tidak tahu bahawa dia ada seorang gadis perempuan, yang mereka tahu ialah bahawa dia adalah anak tunggal.

"Okeylah umi, Is gerak dulu, assalamualaikum." kata Iskandar lalu mengucup tangan ibu dan ayahnya.

"Yelah, elok-elok bawa kereta. Tentang Putri , Is jangan risau ye." kata Puan Nurhuda.

Iskandar mengganguk perlahan lalu bergegas keluar menuju kearah keretanya.





PUTRI POV

Aku berjalan menuju kearah bilikku. Pintu bilik dibuka dan aku meloloskan diriku kedalam. Katil ditujui, tubuh dibaringkan lalu patung kesayangan diambil dan dipeluk.

"Sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit duduk rumah, macam dalam penjara tahu tak!" bebelku sendiri. Bencilah dengan abang Is ni, geram tahu tak, eeee.....

"Hmm, kitty nak tahu tak? Abang Is kan tak bawa little sekali tau. Dia kata nanti little bosan dekat sana, dia tak tahu ke yang little lagi bosan duduk terperap dalam rumah ni arghhhh!" muka ditekupkan pada bantal lalu aku menjerit sepuas-puasnya.

"Lepastu, kitty, little pun acah merajuklah dengan abang is, tapi boleh pula dia buat tak tahu, bukannya nak pujuk little, malah biar je little naik, tak halang pun." sambungku lagi.

Setelah berapa saat, aku terfikir semula apa yang aku telah cakap. Merajuk? Kalau kita merajuk, nanti muka kita cepat tua, lepastu kita tak dapat kawin sebab diorang taknak, sebab muka kita dah tua. Kata-kata abangnya diimbas kembali.

Merajuk, cepat tua, tak dapat pasangan, Omaigodd!. Aku berlari anak ke meja solek. Aku melihat wajahku dengan teliti pada pantulan cermin tersebut.

"Asal muka aku tak berubah pun jadi tua, mungkin kalau merajuk lama sangat baru bertukar jadi tua kot. Haih, nasib baiklah aku tak merajuk lama sangat, kalau tak, mungkin muka aku tak berubah jadi tua." gumamku.

Aku menuju kearah katilku semula laku tubuh dibaringkan pada kaltil yang bersaiz Queen. Mata dipejam, setelah berapa minit akhirnya aku sudah dibuai mimpi bersama patung kesayanganku dalam posisi yang sangat comel. Macam baby je dia tidur.











Pintu bilik dibuka secara perlahan dari luar oleh Iskandar. Dia melihat susuk tubuh adiknya yang sangat lena tidurnya dengan posisi yang COMEL!

Dia mendekati adiknya yang sedang tidur lena bersama patung kesayangannya itu. Dia menatap wajah adiknya, CANTIK! Bulu mata yang lentik, bibir kecil yang bewarna pink, kening yang tidak seberapa lebat serta hidungnya yang mancung, sangat sempurna.

"Maafkan abang Is my sweetie liittle. Abang Is cuma nak lindungi kamu sayang, abang Is taknak nanti musuh abang nampak little dan abang is taknak musuh abang tahu kelemahan abang. Sebab tu abang sentiasa suruh little duduk rumah, semua demi kebaikan little juga." kata Iskandar sambil mengucup kedua pipi adiknya dengan penuh kasihsayang. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan adiknya.

Sebelum Iskandar meninggalkan bilik adiknya, dia mengucup sebentar dahi Putri Qhaisara. Setelah itu dia pun berlalu keluar dari bilik tersebut.

Mimpi indah Putri Qhaisara 🌈🦄

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now