Bab 38: Terowong

1.5K 177 20
                                    

"tengok apa yang aku jumpa" ujar Fuad sebaik sahaja Ezlan dan Adan masuk ke dalam pondok.

"pintu?" soal Ezlan untuk mendapatkan kepastian. Dia dapat melihat dengan jelas tombol pintu di lantai kayu pondok tersebut.

"aku tengah alihkan kayu-kayu api, lepas tu jumpa pintu ni" kata Fuad. Dia juga tidak sangka dengan apa yang baru dijumpainya.

"kau dah cuba buka?" soal Adan pula.

"aku tak berani nak buka sorang. Sebab tu aku panggil korang" balas Fuad. Dia tidak mahu mengambil risiko.

Ezlan dan Adan memandang sesama sendiri. Mungkin sedang berkira-kira siapa yang berani membuka pintu tersebut.

"atau kita panggil Aleya? Zana ke?" kata Fuad memandangkan Ezlan dan Adan seperti teragak-agak.

"apasal?"

Panjang umur. Aleya, Hani dan Zana berdiri tercegat di pintu pondok.

"Fuad jumpa pintu kat lantai pondok ni" terang Ezlan ringkas sambil memberikan laluan untuk mereka melihat dengan lebih jelas.

"tunggu apa lagi, bukalah" arah Zana. Kalau bukan disebabkan keadaan fizikalnya yang kecil, tentu dia akan terus berbuat demikian.

"Ezlan..." Adan memandang Ezlan dan memberikan isyarat dengan kepalanya. Pada masa yang sama dia melangkah beberapa langkah ke belakang.

Ezlan mengeluh kecil, namun dia menurut. Dia duduk mencangkung dan memegang tombol pintu kayu tersebut.

Dia sempat menoleh ke belakang. Aleya, Adan, Hani, Fuad dan Zana berdiri bersebelahan dengan pintu, mungkin bersedia untuk berlari pada bila-bila masa.

Ezlan fokus kembali ke arah pintu bawah tanah misteri itu. Dia menarik tombol pintu dengan sebelah tangannya dengan berhati-hati.

"nampak apa-apa tak?" soal Fuad sambil memanjangkan kepalanya.

"ada torchlight?" minta Ezlan.

"tak ada... phone semua dah habis bateri" jawab Aleya.

"Adan, awak kan ada pemetik api" Hani mengingatkan kepada Adan.

Dalam terpaksa Adan membaling pemetik apinya ke arah Ezlan. Jujurnya, pemetik api milik Adan adalah item yang paling berguna di dalam hutan ini.

"nampak apa?" soal Aleya apabila Ezlan menyalakan api ke dalam ruang bawah tanah itu.

Ezlan terpaksa membongkokkan kepalanya ke dalam untuk melihat dengan lebih jelas. Kemudian dia memandang ke arah mereka, "ada laluan. Macam terowong kecil. Aku rasa kita semua kena masuk"


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"apa kata kita patah balik" keluh Adan dengan dahi yang berpeluh-peluh. Lututnya sudah sakit kerana lama merangkak.

Sudah 15 minit mereka merangkak di dalam terowong kecil itu. Ezlan mendahului kerana dia mempunyai pemetik api, diikuti Fuad, Aleya, Hani, Zana dan Adan.

"Adan, boleh senyap tak. Kalau kau nak patah balik, pergi sorang-sorang lah" balas Aleya.

"saya.. saya pun nak patah balik" sampuk Hani dengan suara yang hampir tiada.

"kau okay tak?" soal Zana yang berada di poket beg Hani. Dia dapat mendengar nafas Hani yang naik turun.

"saya... saya ada Claustrophobia" jawab Hani.

"nice" Adan ketawa sinis.

"Hani, tahan sikit. Sekejap je lagi" Aleya cuba memberikan semangat walaupun hakikatnya dia juga tidak tahu apa yang menanti di hadapan.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now