Bab 47: Penculik

1.3K 170 3
                                    

"macam mana kalau penculik tu dah tahu kita ada kat sini?" soal Fuad yang sedang duduk di salah sebuah kerusi kayu. Sudah hampir 15 minit mereka menunggu, tetapi tiada tanda-tanda sesiapa di sini, selain mereka bertiga.

"kalau dia tahu sekalipun, kita tetap kena cari dia" jawab Ezlan, matanya sedang memerhati keadaaan di bawah apartment itu.

"tapi kan, macam mana dia boleh hidup kat sini? tak ada makanan, elektrik, air... internet pun tak ada!" kata Fuad lagi. Jari telunjuknya sibuk memutarkan pistol berulang kali.

Adan, yang sedang duduk disebelahnya mendengus, "encik programmer, tahun 1996, internet kat Malaysia belum berkembang lagi"

"oh ye ke?" Fuad menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia hampir terlupa mereka sekarang berada pada tahun 1996.

"tapi kalau ikutkan...." Adan memegang dagunya, cuba untuk berfikir, "maksudnya sekarang ni umur kau 6 tahun. Baru nak belajar basuh berak sendiri"

Fuad tidak ketawa sebaliknya memandang Adan bengang, "aku tak pernah tanya umur kau, tapi aku tahu kau lagi muda dari aku. Mungkin sekarang ni kau tengah merengek minta puting"

"ataupun kau tengah main tepuk kad terup tu, tapi jiran-jiran kau malas nak layan sebab kau kecil lagi, so diorang biar je kau main sorang-sorang" tambah Adan, dia kelihatan bersemangat.

"excuse me, malam-malam macam ni aku pergi mengaji, tahu tak. Bukan macam kau" balas Fuad. 

"weh!" tiba-tiba Ezlan bersuara lalu mematikan pertelingkahan kebudak-budakkan antara Adan dan Fuad.

Ezlan membongkokkan badannya sambil kepalanya memerhati di bawah. Adan dan Fuad juga membuat perkara yang sama.

"aku rasa tu penculik tu" bisik Ezlan.

Kelihatan satu susuk tubuh berlari-lari anak menuju ke blok D, tempat mereka berada. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu disebabkan keadaan yang gelap.

"dia nak naik atas bumbung ni. Aku rasa kita kena menyorok" cadang Fuad.

"kejap... kenapa dia patah balik?" soal Adan.

Langkah lelaki itu terhenti sebentar sebelum dia bertukar arah secara mendadak.

"ada dubuk ke?" teka Fuad.

"tak... aku rasa dia dah tahu kita kat sini" balas Adan.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Ezlan, Adan dan Fuad tiba di bawah blok C, namun kelibat lelaki itu hilang sama sekali. Mereka yakin lelaki itu masih di sini, jadi mereka membuat keputusan untuk berpecah. 

"tingkat 4!" jerit Fuad yang berada di tingkat 3. Dia melihat seimbas kepala lelaki itu.

Bergegas Ezlan dan Adan menaiki anak tangga untuk menuju ke tingkat 4. Mereka harus menghalang jalan keluar jika mahu menangkapnya.

Ezlan dan Fuad berada di hujung kiri koridor, manakala Adan berada di hujung kanan koridor. Lelaki itu berdiri di tengah-tengah antara mereka. Lelaki yang bertopi hitam itu agak tidak tentu arah apabila melihat dirinya sedang terperangkap.

Lelaki itu memanjat dinding balkoni. Langkah Ezlan dan Fuad terhenti kerana terkejut, namun Adan berlari laju menuju ke lelaki itu.

Tindakan Adan sudah terlambat apabila lelaki itu terjun persis seperti ninja, dan berjaya berada di tingkat 3. 

"turun!" jerit Adan kepada Ezlan dan Fuad yang masih tergamam.

Ketika itu Ezlan tersedar, lelaki ini bukan mudah untuk ditangkap.

Fuad mula melepaskan satu das tembakkan dari atas tetapi malangnya tersasar. Lelaki itu mula masuk di salah satu unit rumah apabila sedar mereka mempunyai senjata.

Adan dan Ezlan tiba di hadapan unit rumah itu. Adan membuat isyarat supaya jangan membuat sebarang bunyi. 

Pintu dibuka. Keadaan di dalam rumah gelap tanpa sebarang cahaya dan bunyi. Adan dan Ezlan memasuki ruang tamu, dan cuba menghidupkan suis, namun nampaknya blok ini sudah terputus elektrik. 

Adan menggunakan lampu suluh dari telefon bimbitnya. Dia memasuki bilik pertama, tiada sesiapa. 

"aku rasa dia kat dapur" bisik Ezlan apabila dia mendengar sesuatu dari ruang dapur.

Adan mengangguk.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dapur, Ezlan ditarik dari belakang dengan kasar. Adan melawan untuk menarik Ezlan, tetapi tiba-tiba tangannya terasa perit. Dia melihat cecair merah mengalir keluar dari kulit lengan kanannya. 

Adan menyuluh di hadapan dan melihat lelaki itu memeluk Ezlan dari belakang dan mata pisau yang berdarah dihalakan pada leher Ezlan.

Adan menelan air liurnya. Berbekalkan cahaya samar dari lampu suluh telefon bimbitnya dia dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Bertopi hitam, berjaket kulit, dan keadaan fizikalnya tidak terlalu besar. Melalui raut wajahnya lelaki ini mungkin berumur dalam lingkungan 30-an. 

Pada masa yang sama Fuad tiba dan menghalakan pistolnya ke arah lelaki itu. Lelaki itu melangkah ke belakang sedikit menghampiri dinding sambil masih lagi memegang Ezlan.

"orang Jerry lagi?" degus lelaki itu apabila melihat pistol yang dipegang Fuad.

"mana duit tebusan tu?" soal Adan sambil cuba untuk berdiri. Dia membiarkan tangannya yang masih berdarah.

"duit tebusan?" lelaki itu menaikkan sebelah keningnya.

"bagi duit tebusan tu, dan kitorang akan pergi" kata Adan lagi.

lelaki itu tersengih, "tak nak"

"Adan, beg dia" kata Ezlan yang cuba untuk mengawal nafasnya. Mata pisau masih berada dekat pada lehernya.

Adan menyengetkan kepalanya dan dapat melihat beg coklat yang digalas lelaki itu, "duit tu dalam beg tu?"

lelaki itu melangkah ke belakang lagi, sedikit gelabah, "kau nak kawan kau ni mati?"

Adan hanya merenung lelaki itu. Dia seperti sedang berfikir.

"aku rasa kau yang akan mati" kata Adan.

"apa?" lelaki itu mengerutkan dahinya.

"sebab tu Jerry tak pernah dapat tangkap kau, walaupun selepas 20 tahun" balas Adan.

















Enam TerpilihWhere stories live. Discover now