Bab 30. Itu Sahaja

1.5K 175 6
                                    

Aleya terjaga. Kakinya terasa pedih apabila digigit semut api. Dia bangun dan mengibas kakinya. Kemudian dia memandang sekeliling. Matahari jelas sudah terpacak di atas kepala walaupun dihalangi pokok-pokok besar.

Dia mencari Adan dan Fuad yang tidak kelihatan. Sedikit resah namun bertukar lega apabila Fuad dan Adan tiba di situ dengan membawa dua biji jambu batu.

"dah bangun?" Fuad tersengih sambil berjalan terjengket-jengket. Kakinya masih lagi sakit namun hari ini dia lebih bertenaga.

"kenapa tak kejut aku?" soal Aleya. Perasaan bersalahnya membuak.

"Adan kata semalam kau tidur lewat. Tu yang malas nak kejut tu" balas Fuad.

Aleya memandang Adan yang sedang memotong jambu batu dengan cermat. Hari ini dia kelihatan lebih tenang, atau dengan erti lain, lebih senyap.

"so, apa kita kena buat sekarang? diorang sampai sekarang tak balik lagi" soal Fuad yang membuatkan Aleya memandangnya semula.

"kita patut cari diorang ke?" soalan Fuad dibalas oleh soalan.

"tapi kita tak tahu diorang pergi mana" balas Fuad.

"dan kita tak tahu diorang selamat atau tak" kata Aleya. Dia sangat risau. Ezlan, Zana dan Hani masih tidak kembali.

"mestilah diorang selamat" tiba-tiba Adan bersuara. Dia sudah selesai dengan buah pertama. Kali ini dia menyambung memotong buah kedua pula.

"mana kau tahu?" soal Aleya.

"kan lelaki perigi tu dah kata, kalau kita tak jumpa buah kesemak tu sebelum tengah malam, kita semua akan mati" balas Adan, tenang.

"maksudnya diorang jumpa buah kesemak tu?" soal Fuad pula.

"tapi mana diorang? kenapa diorang tak balik lagi?"

Adan meletakkan pisau ke dalam beg Fuad, "entah, maybe diorang dah keluar dari hutan ni kot"

Aleya dan Fuad hanya memandang Adan. Mereka tidak mengerti apa yang dimaksudkannya.

"nah, makanlah" Adan berdiri. Pelik, kerana dia tidak makan pun buah jambu batu itu. Selalunya bila bab makan dia nombor satu.

"kau okay?" soal Aleya.

Adan tersenyum sinis, "apasal?"

"takdelah, cuma... kau nampak, lain" Aleya teragak-agak.

Adan sekali tersenyum, kali ini menampakkan giginya. Dia menghulurkan tangannya kanannya ke arah Aleya, "bagi tangan kau"

Aleya mengerutkan dahinya. Begitu juga Fuad.

"kenapa?" Aleya tahu tentang kebolehan Adan. Tidak mungkin dia akan memberikan tangannya.

"aku nak tahu kau ikhlas atau tak" kata Adan. Tangannya masih lagi dihulur.

"wow, aku ingat love line dalam hutan ni cuma Aleya dan Ezlan. Rupanya korang" Fuad kekok.

Aleya memandang Adan meluat. Sah Adan tidak betul hari ini.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki dari belakang membuatkan mereka bertiga terdiam. Reranting patah jelas kedengaran dan semakin menghampiri mereka.

Aleya dan Fuad sudah bersiap sedia menggalas beg mereka. Adan pula mengangkat jambu batunya. Bersedia untuk lari pada bila-bila masa.

"Aleya!"

Muncul Hani yang tersenyum sambil melambai tangannya dengan ceria. Di belakangnya ialah Ezlan dan Zana.

Tubuh Zana sudah kembali normal. Namun wajahnya lebih muram.

"kenapa korang balik lambat sangat? Dah tengahari tahu tak?" Aleya sedikit marah, namun jauh di sudut hati, dia lega.

"sorry, kitorang tersesat sikit tadi" jawab Ezlan.

"so, macam mana? korang jumpa ke buah kesemak tu?" soal Fuad pula.

"nah" Hani membalikkan begnya dan beberapa biji buah kesemak jatuh ke atas tanah.

Mulut Fuad dan Aleya melopong melihat buah-buah kesemak itu.

"Ini je ke? Selain buah kesemak yang korang tapau ni" Adan bersuara.

"tu je lah, kau nak apa lagi?" balas Ezlan.

"lelaki perigi tu tak cakap apa-apa? takkan lepas macam tu je?" desak Adan lagi. Kali ini semua mata memandang ke arah Ezlan.

Halkum Ezlan jelas bergerak, menandakan dia sedang menelan air liurnya, "tak ada"

Zana merenung Ezlan. Dia mengeluh kasar, sebelum pergi duduk untuk berehat.

"kenapa dengan Zana tu?" bisik Fuad.

"tak ada apa-apa lah. Dia cuma penat je. Nah, makanlah buah ni. Sedap!" Hani memberikan buah kesemak secara paksa kepada Fuad, Aleya dan Adan.








p/s: #StayAtHome #StaySafe

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now