Bab 15: Suara

1.9K 195 1
                                    


Mereka mempunyai petunjuk, tetapi petunjuk yang langsung tidak membantu.

Setelah hampir satu jam berkeliaran dan mengikuti setiap jejak pokok Walking Palm, mereka masih belum menemui Zana yang mungkin tersangkut di salah salah satu pokok tersebut. Keadaan yang semakin gelap dan keadaan Fuad membataskan pergerakan mereka. Jadi, mereka membuat keputusan untuk meninggalkan kawasan pokok-pokok Walking Palm dan berehat di kawasan yang dianggap selamat.

Ezlan yang sejak tadi mengendong Fuad, menurunkannya dengan berhati-hati ke atas tanah dengan dibantu oleh Hani. Bahagian belakangnya terasa sangat sengal akibat terpaksa menampung berat Fuad yang mungkin mencapai lebih 65kg itu. Ternyata usaha mengunjungi ke gimnasium untuk bersenam dan membina otot pada setiap minggu tidak membantunya sama sekali.

"kesian Zana..." kata Hani sugul sambil duduk di sebelah Fuad yang sedang bersandar di pokok.

"kesiankan diri kau dulu" Adan mengupas kulit sebiji mangga yang masih muda. Dalam perjalanan tadi, mujur mereka menjumpai sebatang lagi pokok mangga yang berbuah. Dapatlah dalam 6 biji untuk mengalas perut masing-masing.

"esok kita sambung cari dia" kata Aleya sambil mematikan telefon bimbitnya semula setelah menggunakannya sebagai lampu suluh.

"weh, buat apa nak cari dia? Buang masa. Baik kita cari jalan keluar, dan selamatkan diri kita dulu" bidas Adan. Dia menguyah isi mangga yang dikupasnya tadi. Masam pun masamlah, kerana dia tidak mahu mati kelaparan. Mati kelaparan sangat menyedihkan.

"kalau kau jadi Zana, kau nak ke kitorang tinggalkan kau sorang-sorang kat hutan pelik ni? Cakap jangan pakai kepala lutut, walaupun memang tu hakikatnya" balas Aleya sebal.

"tapi kan, betul ke pokok-pokok tu boleh bergerak?" soal Hani tiba-tiba yang menyeramkan suasana. Dia memandang Ezlan dan Fuad.

"yes, macam raksasa yang tengah lapar" jawab Fuad. Nampaknya dia masih belum tidur.

"tapi kenapa pokok tu boleh tiba-tiba berhenti serang korang?" soal Aleya.

Ezlan yang sedang mematahkan dahan kayu berdekatan untuk dijadikan kayu api kerana dia tidak tahan digigit nyamuk, terhenti melakukan tugasnya. Dia juga tidak terfikirkan tentang perkara itu. Pokok-pokok Walking Palm itu tiba-tiba sahaja berhenti kaku seperti pokok normal. Jika tidak, entah ke ceruk mana pokok itu akan mengheret dia dan Fuad.

"matahari" ujar Fuad ringkas.

"matahari?" Aleya mengerutkan dahinya.

"lokasi pokok tu bergantung kepada cahaya matahari. So aku predict, lepas matahari terbenam, pokok-pokok tu terus berhenti bergerak, sebab dia dah tak ada sumber tenaga" terang Fuad.

"weh skema, mana cermin mata kau?" Adan memberikan soalan rawak.

Mereka semua memandang Fuad dan baru perasan bahawa cermin mata yang dipakainya sejak semalam sudahpun tiada. Nasib baik Ezlan yang mengendongnya sepanjang perjalanan tadi, kalau tidak entah berapa batang pokok yang akan dilanggarnya.

"entah, hilang masa sungai banjir tadi kot" jawab Fuad. Dia menampar pipinya apabila terasa dihinggap nyamuk.

"err Fuad, sorry tau. Nanti saya ganti balik cermin mata awak" Hani serba salah.

Fuad tersenyum nipis, "kenapa pula?"

"yalah, cermin mata awak hilang masa nak selamatkan saya. Dan... terima kasih juga" kata Hani perlahan.

"its okay" jawab Fuad lemah. Senyumannya tadi mati. Seperti ada sesuatu yang difikirkannya.

"tak tau pula yang kau pandai berenang. Menyelam pun dasyat... adalah sampai lima belas minit" puji Adan buat pertama kalinya. Aleya bersetuju dengan Adan selaku saksi kejadian itu.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now