Bab 36 : Ubah

1.4K 174 1
                                    

Ezlan terjaga apabila mukanya terasa basah. Dia bangun dari tempat tidurnya yang beralaskan tanah itu.

Hujan mula lebat sehingga mematikan unggun api mereka. Ketika itu Fuad dan Adan turut bangun serentak.

"weh, hujan!" Adan berlari dan mengetuk pintu pondok dengan kuat. Nasib baik tidak pecah.

Pada masa yang sama Aleya membuka pintu untuk membenarkan Ezlan, Adan dan Fuad masuk ke dalam pondok.

Keadaan pondok gelap gelita, jadi Adan menyalakan pemetik api. Walaupun agak kelam, namun cukuplah supaya mereka tidak lemas dengan kegelapan.

Mereka duduk di atas lantai. Bahu mereka saling bersentuhan disebabkan saiz pondok yang kecil. Namun ini lebih baik daripada basah kuyup di luar.

Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi hujan yang menemani mereka. Dalam keadaan gelap mereka tidak tahu jika ada antara mereka yang dapat tidur.

"semua salah Ezlan" tiba-tiba Zana bersuara. 

Terlalu lama berada dalam kegelapan membuatkan penglihatan mereka sudah meningkat. Mereka dapat melihat wajah Zana yang kelihatan marah.

"Zana, apa lagi yang kau tak puas hati?" soal Aleya. Bengang juga apabila kemarahan Zana masih lagi tidak surut.

"aku bukan marah kau, tapi Ezlan" balas Zana.

Ezlan menoleh ke arahnya.

"Zana, sudahlah..." pujuk Hani perlahan.

"kalau bukan sebab Ezlan, sepatutnya kita dah dapat balik dah" kata Zana kepada Hani.

Kali ini Aleya, Adan dan Fuad memandang Zana tidak faham.

"apa maksud kau?" soal Fuad.

"Zana..." Ezlan cuba menghalang.

"kita tak perlu nak sorok lagi Ezlan!" pintas Zana.

"apa yang korang cakap ni? Ada lagi benda yang kitorang kena tahu ke?" soal Aleya.

"well, banyak sangat rahsia kat hutan ni. Aku penat tahu tak" kata Adan pula.

"Hani, awak bagitahu" arah Zana.

Dahi Hani berkerut, "kenapa saya?"

"Hani, please, bagitahu kitorang" Aleya memegang tangan Hani.

Hani menundukkan kepalanya. Kini semua mata tertumpu kepadanya. Dia cuba menyusun ayat di kepalanya.

"masa kitorang jumpa buah kesemak tu, lelaki perigi bagi tawaran kat kitorang" ujar Hani, berhati-hati.

"tawaran apa?" soal Fuad.

"tawaran untuk keluar dari hutan ni" jawab Hani. Sempat dia menelan air liurnya.

Mata Aleya, Adan dan Fuad membulat.

"dia bagi keluar dari hutan ni?" soal Aleya.

"tapi dengan syarat" sambung Hani pantas.

"syarat apa?" soal Adan pula.

Hani terdiam sebentar. Dia tidak mahu menjawab soalan itu.

"dengan syarat, cuma kitorang bertiga je yang dapat keluar" sambung Ezlan. Kasihan melihat Hani yang agak tertekan.

"jadi, korang pilih untuk tak tinggalkan kitorang?" soal Fuad.

Soalan itu dibiarkan sepi sekali lagi.

"pada mulanya, kitorang semua setuju untuk keluar dari hutan ni" jawab Hani. Kali ini dia menundukkan kepalanya, tidak mahu memandang wajah mereka.

"apa?" soal Aleya terkejut.

"oh, jadi korang nak tinggalkan kitorang? " Fuad tersenyum lemah. Dia tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar.

Adan menarik kolar baju Ezlan. Dia menolak Ezlan dengan kuat sehingga pondok kayu itu bergegar. Ezlan mengaduh sakit.

"Adan!" jerit Hani dan Aleya. Suasana ketika itu sangat tegang. Petir juga saling menyambar di luar seperti sengaja merancakkan pergaduhan.

"lepas tu, apa yang buat korang tukar fikiran?" soal Adan sambil masih memegang kolar baju Ezlan. Dia juga menoleh ke arah Hani dan Zana.

Namun Hani dan Zana memandang Ezlan. Hanya dia sahaja yang ada jawapan.

"aku dapat mimpi ramalan" jawab Ezlan yang sudah terperosok di penjuru. Dia tidak mahu melawan Adan kerana dia tahu dia salah.

Hati Aleya berdebar. Setakat ini semua mimpi ramalan Ezlan membawa petanda buruk.

"... tapi aku dapat ubah ramalan tu" kata Ezlan lemah.

"maksud awak?" soal Hani.

"ya, aku ramal aku, Zana dan Hani dapat balik. Tapi kitorang tak gembira, terutamanya, kau.. Zana"

"apa yang kau merepek ni? Kenapa aku tak gembira? Macam aku cakap, aku tak rugi apa-apa sebab adik aku dah mati" balas Zana.

"tak, Zana. Kau paling rasa bersalah sebab tinggalkan diorang" kata Ezlan. Dia masih ingat bagaimana wajah tertekan Zana. 

"disebabkan kau, dalam ramalan tu, aku bagitahu diri aku sendiri untuk jangan keluar dari hutan tu" kata Ezlan lagi. Dia masih tidak percaya cara itu berhasil.

"jadi kau.. Kau dapat ubah masa depan?" soal Adan. Dia mula melepaskan Ezlan. Dia berdiri sambil mencekak pinggang.

Ezlan mengangguk dan membetulkan postur duduknya, "pertama kali aku berjaya"

"apa yang kau nampak lagi?" soal Aleya.

"ada sesuatu yang pelik berkenaan kehilangan kita dan bas tu. Polis langsung tak ada rekod bas tu" jawab Ezlan.

"tapi macam mana polis tahu yang kita semua hilang?" soal Aleya.

"bukan kita semua, tapi cuma aku dan kau... Aleya. Polis cuma cari kita berdua je"

Aleya terdiam.

"aku tahu sebab apa" sampuk Fuad setelah lama mendiamkan diri.

"sebab apa?"

"sebab tak ada sesiapa yang lapor kehilangan aku. Aku tak ada sesiapa dalam hidup aku" balas Fuad, tenang walaupun hakikat itu menyakitkan.

"bukan kau ada girlfriend ke?" soal Adan. Dia masih ingat perbualan mereka dia tepi sungai tempoh hari.

"oh, yang tu... anak perempuan aku. Sekarang bekas isteri aku yang jaga dia" jawab Fuad, tersenyum sendiri. Memikirkan sahaja wajah anaknya membuatkan dirinya gembira.

"kau, Adan?" soal Ezlan.

"aku? Aku kalau hilang pun orang tak kisah" Adan ketawa. Namun lebih kepada dibuat-buat. Tidak pelik kerana lihatlah perangainya sahaja macam mana.

"tapi macam mana dengan 10 orang mangsa yang lain tu? Takkan tak ada sesiapa yang cari diorang?" soal Aleya. Soalan itu juga muncul di dalam mimpi ramalan Ezlan.

"itulah yang aku pelik" balas Ezlan.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now