Bab 8: Surat

2.1K 232 4
                                    

"apasal lama sangat kau cari kayu?" soal Adan apabila Fuad tiba di situ dengan menjatuhkan beberapa kayu api ke atas tanah. Kelihatan jelas dahinya yang berpeluh.

"banyak kayu basah lah" kata Fuad sambil duduk mencangkung.

"yang tukang hidupkan api mana? dah hilang?" Adan memandang sekelilingnya. Kemudian matanya melihat ke arah Hani yang sedang duduk tidak jauh daripada situ.

"woi pendek. cepatlah hidupkan api. Kau nak tunggu sampai gelap baru nak hidupkan api ke apa?" Adan membebel lagi apabila dia mendekati Hani.

"nah lah" Hani memberikan pemetik api miliknya.

"ish tak boleh harap" balas Adan.

Namun dia berpatah balik ke arah Hani, "bagi kertas sikit"

"tak ada" jawab Hani tanpa memandang Adan.

Adan semakin bengang, "yang kau pegang tu bukan kertas ke?"

Hani bangun pantas. Dia menyorokkan kertas itu dibelakangnya, "ini tak boleh!"

Adan ketawa tidak percaya. Dia berkata, "seriously?"

"tak boleh! Kau minta kat orang lain!" Hani masih berdegil. Kakinya melangkah setapak ke belakang.

"kenapa ni?" sampuk Aleya.

"awak ada kertas tak, Aleya? Awak bagi kat Adan ni" pinta Hani.

Aleya memandang Hani dengan perasaan syak. Dia juga melihat kertas yang dipegang Hani di belakangnya.

"cepatlah, jangan buang masa aku boleh tak?" kata Adan geram.

"kejap..." Aleya mencapai beg sandangnya dan mula mencari buku notanya. Dikoyak satu keping kertas sebelum memberikannya kepada Adan.

"hah, kan senang!" kata Adan.

"kertas apa yang awak pegang tu, Hani?" soal Aleya.

"saya jumpa surat ni dekat dalam beg mangsa. Beg mangsa yang Ezlan ambik tadi" jawab Hani dengan nada perlahan. Akhirnya dia menunjukkan kertas itu kepada Aleya dan Adan.

"so?" tanya Adan pula.

"surat ni untuk anak dia. Mak cik tu sebenarnya sakit barah tahap akhir. Maaf, tapi saya ada baca isi dalam surat ni..."

"dia tulis apa?"

"dia dah tak boleh hidup lama. Dia tulis surat ni untuk ucapkan selamat tinggal kat anak dia. Saya rasa, dia nak pergi Perlis sebab dia nak jumpa anak dia" terang Hani dengan pilu.

"kalau nak jumpa, buat apa tulis surat lagi?" gumam Adan.

"saya nak simpan surat ni. Saya akan bagi kat anak dia sendiri nanti" kata Hani tekad tanpa menghiraukan kata-kata Adan tadi.

"kalau kau selamat dari hutan ni lah" balas Adan sinis sebelum berlalu pergi.

Aleya mengetap bibirnya memandang Adan. Lelaki ini tidak pernah gagal menyakitkan hati orang lain. Mungkin hidupnya tidak pernah dipuji, sebab itu dia sering mengeluarkan kata-kata kesat.

"kita akan mati ke, Aleya?" soal Hani dengan wajah naif.

"taklah" Aleya tersenyum, cuba menenangkan Hani.

Mereka berdua pergi mendekati Adan, Ezlan dan Fuad yang baru hendak menghidupkan unggun api. Mereka harus menyalakannya sebelum hari bertukar malam dan nyamuk semakin agresif. Cuaca sejuk juga merupakan antara kerisauan mereka. Sesungguhnya waktu malam lebih menakutkan bagi pertama kali untuk mereka yang terkandas di dalam hutan.

"kau tahu tak buat unggun api ni?" soal Adan dengan wajah bosan sambil melihat Ezlan meniup perlahan pada unggun api tersebut.

"kau diam lah" balas Ezlan dengan dahi yang berpeluh-peluh.

Tidak lama kemudian, unggun api berjaya menyala dengan marak. Fuad, Aleya dan Hani bertungkus lumus mengutip dedaun kering untuk menjadikan unggun api itu kekal hidup. Apabila berpuas hati, mereka semua duduk berehat sambil melihat langit yang mulai gelap.

"dia tu hidup ke mati?" soal Adan sambil memandang si kakak yang masih tidur di tempat yang sama. Si kakak itu kekal statik di situ tanpa berganjak.

"hidup" jawab Fuad. Sebelum itu dia ada perasan si kakak ada menggerakkan badannya sedikit.

"tapi... apa jadi dekat mayat-mayat kat bas tu tadi?" soal Hani. Tangannya masih mengenggam kemas surat si mangsa kepada anaknya.

"mayat-mayat tu dah hancur. Gagak-gagak tu tengah buat kenduri tiga hari tiga malam" seloroh Adan.

"korang nampak ke?" soal Fuad pula.

Ezlan mengangguk lemah. Terlalu ngeri untuk menceritakan kembali.

"dah lah, jangan cerita lagi pasal tu. Kesian kat dia" sampuk Aleya.

"dia? Siapa?" soal Adan dengan muka seposennya.

"dia tu lah" Aleya mengetap bibir sambil anak matanya memberi isyarat ke arah si kakak yang masih tidak terkutik.

"Ezlan, kau nampak kan masa bas tu accident tadi?" soal Fuad tiba-tiba. Kini semua mata memandang ke arah Ezlan.

"nampak" jawab Ezlan lemah.

Aleya merenung Ezlan sambil menelan air liurnya. Hanya dia sahaja yang tahu Ezlan telah meramal nasib bas tersebut sebelum kemalangan itu berlaku. Adakah Ezlan akan mengaku kepada semua orang tentang ramalannya itu?

"sebenarnya apa yang jadi?" soal Fuad lagi.

"aku pun tak pasti sangat sebab benda tu berlaku terlalu pantas. Tapi yang aku ingat, driver tu hilang kawalan masa lalu kat selekoh. Then aku dengar ada bunyi yang sangat kuat macam bunyi letupan. Lepas bunyi tu, terus bas tu jatuh dari tebing" terang Ezlan dengan mengeluarkan memori yang ada. Nampaknya dia tidak menceritakan tentang ramalannya.

"bunyi letupan? Tayar meletup ke?" soal Hani pula.

"taklah, aku tengok tayar bas tu okay je tadi" kata Fuad pula.

"mungkin...."

"dah lah, aku nak tidur!" sampuk Adan tiba-tiba sambil berbaring. Kepalanya dialas dengan lengan.

"kau boleh tak jangan spoil kan suasana suspen?" ujar Fuad.

"kau ingat ini drama?" soal Adan lantas terus melelapkan matanya.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now