Bab 33: Jangan Cari Aku

1.5K 163 9
                                    

"masa ni pulak badan kau nak jadi kecil?" Adan memandang Zana tidak percaya. 

Saiz Zana sekali lagi bertukar menjadi mini. Dia sedaya upaya mengimbangi badannya di atas rakit itu.

"haih, aku tak boleh kawal badan aku ni" kata Zana yang turut kecewa dengan dirinya. Mujur Hani mengangkatnya dan meletakkan ke atas bahunya.

"kau okay tak?" soal Ezlan kepada Fuad. Dia sudah mula mendayung dengan menggunakan kayu panjang.

Ezlan tahu bahawa Fuad benci berenang. Dia pernah memberitahunya tidak lama dahulu.

Fuad menarik nafasnya lama sebelum menghembusnya perlahan. Dia seperti sedang berusaha untuk bertenang.

"aku okay" jawab Fuad. Matanya memandang ke arah air yang mereka tidak tahu paras kedalamannya.

"macam tak okay je" cebik Adan. Jawapan dan perilaku Fuad langsung tidak seiring.

"aku okay... aku okay" kali ini Fuad seperti bercakap dengan dirinya sendiri.

Ezlan, Adan, Zana dan Hani memandang sesama sendiri. Mereka jelas tidak yakin dan risau akan Fuad. Bahkan kaki Fuad juga baru sahaja pulih. Entah mengapa Fuad secara sukarela mahu menyelam untuk mencari Aleya.

"Ezlan, aku nak kau janji dengan aku" kali ini Fuad memandang Ezlan.

"janji apa?" soal Ezlan.

"janji dengan aku, kalau aku tak muncul-muncul, jangan cari aku" kata Fuad sambil matanya tepat merenung ke arah Ezlan.

"apa? tak mungkinlah aku nak buat macam tu" Ezlan agak terkejut dengan permintaan Fuad.

"aku akan okay, so jangan cari aku" kata Fuad lagi.

Ezlan hanya mengangguk lemah. Jujurnya dia tidak pasti.

"aku pergi sekarang" kata Fuad, cuba untuk tersenyum.

"ingat, kalau ada apa-apa, terus jerit minta tolong" kata Ezlan, risau.

Fuad mengangguk tanpa memandang Ezlan. Lalu dia terjun ke dalam tasik dan hilang dari permukaan air.

"dia akan okay kan?" soal Ezlan sambil memandang Adan.

"tak payah risau dengan Fuad tu. Pandailah dia" balas Adan.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

20 minit telah berlalu. Rakit juga sudah hampir berada di tengah tasik. Terima kasih kepada Ezlan dan Adan yang bergilir-gilir mendayung. Namun, kelibat Fuad masih tidak muncul. Fuad seperti hilang begitu sahaja di dalam air tasik ini.

"aku rasa aku kena cari Fuad" kata Ezlan.

"kau tak ingat apa Fuad pesan? jangan cari dia" Adan mengingatkan. Dahinya berkerut kerana sudah keletihan mendayung, ditambah lagi matahari mencanak naik. Bahang panas itu sangat terasa.

"tak mungkin dia boleh menyelam selama ni" kata Ezlan. Bagi manusia normal, lima minit pun belum tentu boleh bertahan.

"kalau macam tu, Aleya pun mungkin takkan selamat. Dia dah lama hilang dalam air ni" ujar Hani gusar. 

"so, untuk elakkan lebih ramai orang hilang, baik kita stay kat rakit ni dan terus gerak pergi pondok tu. Jangan buat kerja gila cari diorang" kata Zana. Dia masih bertenggek di bahu Hani. 

Ezlan terduduk. Dia mengurut dahinya. Kepalanya kusut sekarang ini. Seperti tiada apa-apa yang mampu dia lakukan selain menunggu. Dia sedar peluang hidup Aleya dan Fuad sangat tipis. Tiba-tiba dia kesal kerana bersetuju supaya Fuad pergi menyelam dan mencari Aleya.

Air tasik berkocak laju dengan tiba-tiba. Adan yang sedang berdiri terus terduduk untuk mengelak dari terjatuh. Mujur dayungnya tidak terlepas.

"kenapa ni?" soal Hani, takut namun sempat memegang kesemua beg. Pada masa yang sama dia memegang rakit dengan kuat. Dia tidak mahu terjatuh di dalam air tasik ini kerana tidak tahu berenang.

"pegang kuat-kuat!" Ezlan menjerit namun air tasik berkocak lebih deras. Seperti gempa bumi berlaku di bawah dasar air.

"Fuad!" jerit Zana apabila melihat Fuad memaut pada tepi rakit. Dia kelihatan basah kuyup dan kepenatan.

"pergi cepat! dayung sampai pondok tu" arah Fuad.

"apa yang jadi ni?" soal Ezlan.

"aku dah jumpa Aleya" jawab Fuad tanpa menjawab soalan Ezlan.

"kau jumpa dia?" sebenarnya terdapat banyak persoalan lagi. Tapi keadaan sekarang menghalangnya untuk bertanya banyak. 

"cepat dayung!" arah Fuad sekali lagi.

"Fuad!" Hani menjerit apabila tiba-tiba seekor ikan bergigi tajam melompat dari belakang yang mensasarkan Fuad.

Fuad dengan pantas menyelam kembali ke dalam air. 

"Adan dayung!" jerit Ezlan. Kemudian dia terjun ke dalam tasik dan mula menolak rakit dengan berenang.

"weh ada ikan gila kat bawah tu!" kata Adan terkejut apabila melihat Ezlan terjun ke dalam air.

"dayung jelah!" balas Ezlan. Dia rasa cara ini lebih cepat untuk sampai ke seberang tasik.

Air masih lagi berkocak laju. Arus masih tidak menentu membuatkan Adan dan Ezlan terpaksa menolak rakit dengan lebih kuat. 

Bukan seekor, tetapi mungkin lima ekor ikan gila bak kata Adan melompat ke sana sini. Sasaran ikan-ikan gila itu tentulah Fuad. Namun mereka tidak melihat Fuad muncul di permukaan.

"air dah jadi merah..." kata Hani. Dia menunjukkan beberapa tompok cecair merah berhampiran mereka.

"macam mana dengan Fuad?" soal Zana, mulai takut. Ikan bergigi itu mungkin telah menyerang Fuad.

Ezlan memandang ke arah tompokan cecair merah itu. Bau air pun sudah bertukar hanyir. Namun mujurlah tiada lagi kocakan air yang deras seperti tadi.

Fuad muncul kembali. Suatu perasaan yang sangat lega apabila melihat Fuad masih selamat. Dia berenang ke arah rakit dengan tangan kanannya memegang sebilah pisau yang memang dibawanya setiap masa. Pisau itu berlumuran dengan darah.

"korang pergi dulu. Aku pergi ambil Aleya" pesan Fuad sebelum dia masuk semula ke dalam air.







Enam TerpilihWhere stories live. Discover now