Bab 43: Dubuk Jantan

1.4K 171 3
                                    

Aleya dan Fuad menundukkan kepala di sebalik dinding. Mereka dapat mendengar dengan jelas hilaian ketawa dari dubuk-dubuk dari tingkat atas. 

Mereka membuat keputusan untuk naik di sebelah tangga yang bertentangan. Sebaik sahaja tiba di tingkat lima, mereka dapat melihat dubuk-dubuk yang sedang berada di hadapan salah satu unit rumah di tingkat tiga. Pintu unit rumah tersebut tertutup rapi, namun dubuk-dubuk masih rancak ketawa di situ.

"Fuad, aku ada idea" kata Aleya.

"idea apa?" 

"aku tarik perhatian dubuk tu, kau pergi masuk rumah tu" kata Aleya.

Fuad mengerutkan dahinya, "kau nak tarik perhatian dengan apa?" 

"dengan diri aku" jawab Aleya tenang.

"apa?" 

"kau sendiri tahu, aku ada something yang boleh lindungi diri aku. So, aku takkan apa-apa" Mata Aleya tepat memandang Fuad, cuba meyakinkannya

Fuad terdiam sebentar, sebelum berkata, "kau sure?"

"tapi kau kena cepatlah. Aku tak tahu apa akan jadi kat aku" kata Aleya. Dia masih tidak tahu bagaimana mahu mengawal kuasanya. Selalunya dia hanya pengsan apabila dia berjaya melindungi dirinya.

"hm okay" Fuad mengangguk. Namun jujurnya dia tidak yakin jika ini adalah idea yang baik.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Aleya turun ke tingkat bawah sekali. Dia pergi ke tengah-tengah apartment. Dia menarik nafasnya panjang, kemudian dia menghembus perlahan. Bunyi dubuk-dubuk dari tingkat atas menambah gementar yang sedia ada.

Dia mendongak melihat ke tingkat empat, Fuad mengangguk perlahan sebagai isyarat dia sudah bersedia. Kini hanya terpulang pada Aleya untuk melaksanakan rancangan mereka.

Aleya berdiri tegak sambil menutup matanya. Dia membuka matanya kembali. Kemudian dia menjerit sekuat-kuat hatinya.

"sini! kejar sini!" Aleya menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya. Dia juga melompat-lompat supaya dubuk-dubuk tersebut dapat melihatnya.

Nampaknya usahanya berhasil apabil dubuk-dubuk itu mula memberi perhatian kepadanya. Haiwan tersebut bergegas turun sambil ketawa dengan lebih nyaring.

Tanpa membuang masa Aleya berlari ke arah bertentangan. Dengan lariannya yang lemah, dia tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan, namun matlamatnya adalah membawa dubuk-dubuk itu jauh daripada sini.

Fuad memastikan kesemua dubuk pergi mengejar Aleya, sebelum dia mengambil kesempatan itu untuk turun ke tingkat tiga dan menuju ke unit rumah, tempat dubuk-dubuk itu berkumpul tadi.

Pintu unit rumah bernombor C311 itu tertutup rapi dan berkunci. Fuad mengetuk pintu dengan kasar bertalu-talu.

"Adan! Kau ada kat dalam ke?!" Jerit Fuad, pada masa yang sama dia berjaga-jaga.

Pintu terbuka perlahan. 

Lantas Fuad masuk ke dalam dan melihat Adan duduk di lantai sambil tangan kirinya berlumuran darah.

"Apa yang korang buat kat sini?!" itu soalan pertama Adan. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

"kitorang rasa kau tak boleh selamat dari dubuk-dubuk tu, sebab tu kitorang datang" jawab Fuad selamba. Dia duduk melutut menghadap Adan.

"tadi tu suara Aleya ke?" soal Adan.

Fuad mengangguk, "dia yang bagi idea tu, aku tak boleh nak cakap apa-apa"

"erggh" Adan mengerang kesakitan sambil memegang lengan kirinya.

Fuad melihat luka itu dengan lebih dekat, jelas kelihatan kesan gigitan pada lengan Adan yang berdarah.

"kau cuba tengok kat dalam bilik, cari apa-apa baju atau kain" pinta Adan.

Fuad menurut dan masuk ke dalam salah satu bilik. Seminit kemudian dia keluar bersama sehelai baju tshirt lusuh kuning.

Dia mula membalut lengan Adan dengan cermat. Sebelum ini kakinya juga berbalut, jadi sedikit sebanyak dia tahu bagaimana mahu menghentikan pendarahan.

"Ezlan dengan yang lain mana?" soal Adan.

"diorang kat blok lain. Tadi Aleya cuba call dia, tapi dia tak jawab" jawab Fuad.

"kita kena selamatkan Aleya dulu..." Adan cuba untuk berdiri.

"duit tebusan tu kau dah jumpa ke?" soal Fuad.

Adan menggelengkan kepalanya, "belum. Baru 10 minit aku sampai sini, aku dah kena serang dengan binatang tu"

"kalau macam tu, kau cari duit tebusan tu. Biar aku pergi cari Aleya" 

"tak, biar kita cari Aleya sama-sama dulu" balas Adan.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Hani dan Ezlan masih kaku di sebalik dinding. Bunyi hilaian ketawa dubuk masih kedengaran, namun mereka tidak tahu di mana haiwan itu.

"nak aku pergi periksa ke?" soal Zana. 

"jangan, nanti kau pula yang hilang" kata Ezlan separa berbisik.

"itu suara dubuk jantan dan cuma seekor" kata Hani selepas dia mendengar dengan lebih teliti.

"bahaya atau tak?" 

"Dalam kumpulan dubuk, dubuk jantan yang paling lemah" terang Hani.

"kau ada dengar dia ada cakap apa-apa ke?" soal Adan.

"dia macam merintih. Saya rasa dia sesat" kata Hani.

"tapi kenapa dia ketawa?" soal Ezlan.

"ketawa tu cara dubuk berkomunikasi. Boleh jadi dia teruja ataupun takut" jawab Hani lagi. Namun disebabkan Hani boleh memahami bahasa haiwan, jadi dia tahu apa yang sebenarnya dirasakan haiwan itu.

"Aku rasa kita patut turun balik" cadang Zana.

Ezlan mengangguk bersetuju. 

Namun baru sahaja mereka melangkah dua anak tangga, tiba-tiba telefon bimbit lipat model lama yang berada di dalam beg Hani berdering kuat. Kelam-kabut dia cuba mengeluarkan telefon tersebut. Zana dan Ezlan juga panik.

"Aleya call!" Tanpa berfikir panjang dia menekan butang merah untuk mematikan deringan.

"dubuk tu..." Zana tergamam apabila melihat seekor haiwan bertompok berdiri betul-betul di hadapan mereka. 

Hani dan Ezlan turut kaku. 

Secara fizikal, rupa haiwan tersebut sangat tidak menarik. Rupanya persis anjing, namun badannya panjang, serta leher dan rahang yang tegap. Kaki hadapan lebih panjang daripada kaki belakang dan bengkok seperti seladang. Kakinya hanya mempunyai 4 jari, tetapi kukunya yang tajam bila-bila masa boleh menamatkan nyawa seseorang. Warna bulunya yang gelap, suram dan dilitupi tompokan hitam yang tidak teratur.

Dubuk jantan itu ketawa sekali lagi. Namun riak wajahnya agak aneh. 


Enam TerpilihWhere stories live. Discover now