Bab 9: Gorila

2.2K 241 12
                                    

Aleya membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengeluh hampa apabila melihat dirinya masih dikelilingi hutan tebal. Harapannya bahawa apa yang dilaluinya hanyalah mimpi buruk, rupanya adalah kenyataan.

    Aleya bangun sambil menumbuk lembut bahunya yang terasa sengal. Tidur di atas tanah yang sejuk sangat menyeksakan. Bukan sahaja sejuk, malah nyamuk juga semakin aktif. Mujur dia mempunyai pakaian lebih di dalam beg sandangnya untuk menjadikannya sebagai selimut.

    Dia melihat di sebelahnya, Hani masih tidur lena. Kemudian dia memandang sekeliling dan melihat mereka yang lain juga masih lagi dibuai mimpi. Masing-masing mungkin kepenatan kerana tidak dapat tidur pada malam tadi. Mereka juga mempunyai masalah yang sama berkenaan sejuk dan nyamuk.

    Unggun api sudah terpadam. Dia tidak larat mahu menghidupkan kembali mengenangkan langit sudahpun cerah sedikit. Jam diambilnya untuk melihat masa. Pukul 6.40 pagi.

    Sekali lagi Aleya melihat yang lain. Kemudian matanya memandang Ezlan yang sedang tidur dengan berbantalkan beg silangnya. Aleya tahu bahawa Ezlan yang berjaga malam tadi untuk mengekalkan kehangatan unggun api.

    Tiba-tiba Aleya perasan akan sesuatu yang kurang. Dia melihat sekeliling semula. Satu, dua, tiga, empat, lima termasuk dirinya. Eh lima? Dia mengira semula.

    Aleya mengerutkan dahinya. Siapa yang hilang?

Si Kakak!

Aleya mulai panik. Tempat beradu si kakak kosong tanpa jejak. Padahal daripada petang semalam si kakak tidak berganjak daripada tempat itu.

"Hani, bangun! Bangun, semua!" jerit Aleya untuk mengejutkan yang lain.

Ezlan, Fuad dan Hani mula menggerakkan badan dan terjaga. Masing-masing melihat Aleya dengan mengerutkan dahi bercampur mamai.

"kenapa?" soal Ezlan.

"perempuan tu dah hilang!" kata Aleya cemas.

Mereka bertiga terus melihat tempat tidur si kakak semalam. Benar, dia sudah tiada di situ.

"apa kita nak buat?" soal Aleya.

"biarlah kalau dia hilang pun. Bising je!" sampuk Adan dengan posisi yang masih terbaring. Dia tidak mahu membuka matanya.

Ezlan berdiri, "dia pergi kat tempat bas tu ke?"

"mungkin" kata Fuad pula.

"kita nak cari dia kat sana ke?" soal Hani pula.

"jom"

"jom pergi mana?"

Mereka semua melihat ke suara itu. Kelihatan si kakak sedang berdiri di situ dengan mata yang bengkak akibat menangis semalaman.

"awak pergi mana tadi?" soal Hani lantas mendekatinya.

    "nah, makanlah" si kakak meletakkan setandan pisang ke bawah. Wajahnya tiada ekpresi.

    Mereka semua terpegun melihat pisang itu dan serta merta perut mereka berbunyi kuat. Sejak kemalangan, mereka tidak menjamah apa-apa makanan pun.

    "yes!" Adan terus bangun dan mengambil salah satu pisang. Dia makan dengan lahapnya, padahal dia juga yang tidak kisah apabila si kakak hilang tadi. Mukanya memang setebal kamus.

    "mana kau dapat pisang ni?" soal Ezlan dengan terkejut.

    "kat pokok pisang lah" jawab si kakak selamba lalu duduk di tempat tidurnya semalam.

    "tak payah banyak tanya lah, makan je lah!" kata Adan dengan mulut yang penuh.

    Dengan teragak-agak Aleya, Ezlan, Fuad dan Hani mula makan pisang yang dibawa oleh si kakak. Kelaparan daripada semalam kini sudahpun terubat.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now