Bab 13: Walking Palm

2K 213 7
                                    

Ezlan, Fuad dan Zana mendekati perlahan-lahan pokok-pokok aneh itu yang mencapai ketinggian hampir 25 meter itu. Akarnya pula keluar daripada tanah yang menjadi asas buat pokok tersebut berdiri kukuh. Malah terdapat hampir lima batang pokok yang serupa dan agak menyeramkan.

"pokok apa ni? pokok paya bakau?" soal Zana apabila melihat akar pokok misteri itu.

"tapi kita bukan kat paya..." balas Fuad. Dia mencangkung untuk melihat akar pokok itu dengan lebih jelas.

"habis pokok apa ni?" soal Zana lagi.

"aku rasa aku tahu, tapi macam tak mungkin pula ada kat Malaysia" Fuad masih mengamati pokok tersebut.

"maksud kau?" tanya Ezlan.

Fuad memandang Ezlan, "ada satu jenis pokok yang serupa dengan pokok ni. Tapi pokok tu cuma hidup kat Amerika Tengah dan Amerika Selatan"

"kau tahu apa nama pokok tu?" tanya Zana.

"Walking Palm" jawab Fuad.

"Walking? Berjalan?" Ezlan mengerutkan dahinya.

Fuad mengangguk, "yes, pokok ni boleh berjalan"

Agak menyeramkan apabila mendengar jawapan Fuad. Zana melangkah satu tapak ke belakang.

"tapi pokok ni bukannya berjalan macam manusia" Fuad tersengih. Kelakar apabila melihat Zana dan Ezlan membuat muka cuak.

"habis macam mana?" soal Zana.

"korang nampak akar ni kan? akar ni sebagai 'kaki' pokok ni. Dia akan berjalan menggunakan 'kaki' ni" Fuad memegang akar pokok Walking Palm.

"kau kata tadi dia bukannya berjalan macam kita!" ujar Zana.

"ish, dengarlah dulu" Fuad memandangnya bengang.

Zana terdiam.

"Bila pokok Walking Palm ni tumbang sebab dihempap pokok-pokok yang lain, sebahagian akar dia ni akan tercabut daripada tanah. Tapi, masih ada sebahagian lagi akar yang masih kukuh kat tanah. Menariknya, pokok ni masih boleh hasilkan akar yang baru, dan akar yang baru ni akan tumbuh berdasarkan lokasi cahaya matahari"

"akar yang baru?" tanya Zana.

"disebabkan akar yang baru ni lah, kedudukan lokasi pokok Walking Palm ni akan berubah. Ajaibnya, pokok ni boleh berdiri tegak semula dalam beberapa minggu je" terang Fuad lagi.

"jadi, ambil masa yang lama lah untuk pokok ni bergerak?" soal Ezlan pula.

"yes. Dalam 1 meter setahun" Fuad sudahpun berdiri. Lenguh kakinya akibat duduk mencangkung terlalu lama.

"tapi pokok Walking Palm tu tak ada tumbuh kat Asia Tenggara kan?" soal Ezlan berdasarkan apa yang Fuad nyatakan sebentar tadi.

"ha'ah. Mungkin juga pokok ini bukan pokok Walking Palm. Tapi ikut bentuk fizikal, macam serupa" jawab Fuad kurang pasti. Informasi pokok Walking Palm ataupun nama saintifiknya Socratea Exorrhiza itu juga hanya didapati melalui bacaan buku ilmiah.

"weh, jomlah pergi. Seram pula aku tengok pokok ni" ajak Zana. Kalau kat kawasan kampung, pasti pokok ini dikatakan menjadi tempat tinggal hantu jembalang.

"jomlah" Ezlan bersetuju dengan ajakan Zana. Lagipun, mereka masih tidak menjumpai apa-apa makanan untuk dibawa pulang. Mereka tidak boleh membuang masa.

Fuad mengekori Ezlan dan Zana untuk meneruskan perjalanan. Namun, baru sahaja beberapa tapak melangkah, dia terdengar sesuatu aneh di belakang.

Fuad menoleh. Dia melihat terdapat sesuatu yang pelik dengan pokok yang menyerupai Walking Palm yang mereka teliti tadi. Tanpa memberitahu Ezlan dan Zana, dia berpatah balik dan mendekati pokok tesebut.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now