Bab 26. Peluang

1.5K 180 7
                                    

"jadi, apa keputusan tuan hamba? Mahu pulang atau terus tinggal di sini?" soal lelaki perigi buat kali ke dua belas. Dia sudah pun duduk bersila di atas tanah. Penat agaknya berdiri terlalu lama. Sudah 20 minit dia menunggu keputusan daripada Ezlan, Hani dan Zana.

Sebenarnya mudah sahaja untuk mereka membuat keputusan. Jika mereka dapat pulang, maka mereka dapat memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk mencari Aleya dan yang lain.

Namun, apabila lelaki perigi berkata, "Tiada orang lain yang dapat memasuki hutan ini dan menjumpai tuan hamba semua, melainkan tuan hamba yang keluar sendiri"

Terus mereka jadi buntu. Itu yang jadi 20 minit perbincangan tu.

"saya ada satu soalan" Hani memberanikan dirinya untuk bertanya.

Lelaki perigi hanya memandangnya, tersenyum menandakan Hani boleh meneruskan soalannya.

"sebenarnya, kitorang semua ni ada peluang tak untuk berjaya kalau cari jalan keluar sendiri?" soal Hani. Adakah mustahil untuk mereka semua selamat dari hutan ini?

"peluang itu sentiasa wujud. Hanya nasib sahaja yang menentukan" jawab lelaki perigi yang masih kekal tenang. Kali ini dia tidak beremosi marah seperti pada mula-mula mereka bertemu buat kali pertama.

"korang tahu kan, apa keputusan aku?" soal Zana, memandang Ezlan dan Hani.

"awak... Awak nak balik?" soal Hani kembali.

"yes. Aku nak balik. Well, aku tak rugi apa-apa. Adik aku dah mati. So, dah dapat tawaran untuk balik, buat apa aku kat sini lagi kan?"

"tapi.. Macam mana dengan diorang? Takkan kita nak tinggalkan diorang?" Hani gusar.

"aku tak ada masalah. Diorang bukan sesiapa bagi aku. Lainlah kalau Ezlan. Dia tak mungkin lah nak tinggalkan Aleya" Zana menjeling Ezlan sambil tersenyum sinis.

"aku rasa kita terima je tawaran tu" kata Ezlan tiba-tiba.

"what?" Zana terkejut. Mati senyuman sinisnya tadi.

"apa awak cakap ni, Ezlan? Awak dah fikir masak-masak ke? Awak nak kita tinggalkan Aleya, Fuad dan Adan kat sini?" bertalu-talu soalan daripada Hani.

Walaupun dia tidak mengenali Ezlan dalam tempoh yang lama, dia tidak sangka Ezlan sanggup membuat keputusan sedemikian. Benar, jangan menilai orang lain terlalu cepat.

Ezlan menghela nafasnya, seperti berat untuk dia berkata-kata, "ya. Kita balik, tinggalkan hutan ni"

"tanpa diorang?" soal Zana. Membesarkan matanya. Masih tidak percaya dengan keputusan Ezlan.

"ya, tanpa diorang" jawab Ezlan. Pasti.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now