Bab 39: Misi

1.4K 161 0
                                    

Semua mata kini tertumpu kepada Adan. Adan yang berdiri di belakang pula hanya merenung Jerry pada skrin monitor tersebut.

"Adan?" soal Aleya meminta penjelasan.

"kau kenal dia ke?" soal Ezlan pula.

Kali ini Adan memandang mereka semua. Pandangannya agak berbeza dari pandangan yang selama ini mereka kenali.

"ya, Jerry ayah aku" jawab Adan, ringkas.

Fuad menarik kolar baju Adan dengan kasar, "jadi kau tipu kitorang? kau yang rancang semua ni?!"

Namun Adan tidak melawan, "bukan semua, cuma sebahagian"

"apa?" Fuad menaikkan sebelah keningnya.

"aku boleh explain" kata Adan, matanya tepat memandang Fuad, meminta untuk dilepaskan.

Fuad menumbuk muka Adan dengan agak kuat. Adan terpaksa melangkah beberapa langkah kebelakang untuk menstabilkan dirinya. Namun tiada sesiapa yang menghalang Fuad.

"kau dah tipu kitorang, sekarang kau nak explain pula? boleh percaya ke?" soal Aleya. Bahkan ini bukan kali pertama Adan menipu. Aleya dan Ezlan pernah bergaduh kerana Adan menyebarkan tentang hubungan mereka.

"terpulang pada kau" Adan memegang rahangnya.

"apa yang kau nak explain?" soal Ezlan. Sekurang-kurangnya dia perlu dengar apa yang akan diterangkan Adan.

Adan mengeluh kasar sebelum berkata, "sebenarnya Jerry dan aku plan semua ni bukan semata-mata nak buatkan korang sedar dengan kelebihan korang"

"jadi?"

"kitorang nak korang kerja dengan kitorang" jawab Adan.

Aleya ketawa sinis, "kerja? kerja yang perlu guna kelebihan kitorang?"

Adan mengangguk, "selama ni, aku dan Jerry dah jalankan macam-macam misi. Macam korang tahu, aku ada kelebihan untuk baca fikiran orang lain. Jadi, kitorang jual maklumat yang aku tahu tu. Senang kan?"

"habis tu, apa kena mengena dengan kitorang?" soal Zana.

"Jerry plan nak expand business ni. Jadi, kitorang mula cari resource baru. Actually, aku dan Jerry dah kaji korang semua sejak 10 tahun dulu"

"apa?" soal Hani terkejut.

"jadi, aku hantar surat jemputan dan bola kristal tu untuk akhiri kajian kitorang. Langkah seterusnya adalah untuk buat korang sedar betapa bergunanya kuasa korang"

"jadi, kau dan Jerry bunuh semua orang dalam bas tu semata-mata untuk rekrut kitorang?" soal Aleya. Walaupun Jerry menjelaskan bahawa semua mangsa sukarela, tetapi cara mereka mati masih dikira membunuh.

"tugas aku cuma siasat dan jaga korang. Pasal kemalangan bas tu... aku tak tahu langsung"

Aleya tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya, "kau yang plan, tapi kau tak tahu?"

"Aku sendiri tahu masa dekat terminal bas. Aku dengar Ezlan bagitahu kau yang bas tu akan kemalangan. Jadi aku call Jerry, dan aku minta untuk tak teruskan plan tu"

Aleya memandang Ezlan. Ketika itulah kali pertama dia berjumpa dengan Ezlan selepas 7 tahun.

"macam Ezlan, aku cuba untuk halang bas tu dari kemalangan. Tapi, aku tak boleh buat apa-apa sebab Jerry dah upah orang untuk tembak bas tu"

"tembak?" Zana terkelu. Kemalangan itu memang sangat aneh, tetapi tidak sangka akibat tembakan.

"sumpah, aku tak nak teruskan plan ni kalau ada orang lain yang mati. Jadi, aku buat perjanjian dengan Jerry. Dia akan lepaskan korang, kalau korang berjaya dengan misi korang kat hutan ni"

"sebab tu kau marah bila kitorang buat keputusan terima tawaran lelaki perigi tu" ujar Ezlan.

Adan mengangguk, "aku tak percaya kau buat keputusan tu. Tapi suprisingly, kau berjaya buat sesuatu yang aku tak pernah tahu selama bertahun-tahun aku kaji kau"

"maksud kau, ubah masa depan?" soal Ezlan lagi.

Adan tersenyum, "ya, aku tak sangka kau berjaya"

"so, sekarang ni apa yang akan jadi dengan kitorang?" soal Fuad.

Adan memandang Jerry yang masih berada di dalam monitor, "itu kau kena tanya dia"

Jerry ketawa kecil, setelah sekian lama dia membiarkan mereka berenam berbincang, "oh, dah habis?"

"lepaskan kitorang. Semua misi bodoh kau tu kitorang dapat selesaikan" kata Ezlan. Misi bodoh yang langsung tidak membawa faedah kepada mereka.

"wait... ada misi akhir lagi" kata Jerry. Senyuman pada mulutnya yang berkumis nipis tidak lekang.

Ezlan mengerutkan dahinya. Tidak cukupkah segala apa yang telah mereka harungi, "misi akhir?"

"tapi, untuk Adan" Jerry memandang anak lelakinya itu.

Adan melangkah mendekati monitor, "ayah nak suruh Adan buat apa je, Adan akan ikut. Tapi, lepaskan jelah diorang. Adan dah cakap kat ayah yang Adan tak nak ada orang mati. Tapi ayah mungkir janji"

"ya-ya, ayah tahu. Tapi, kamu kena buat misi ni juga. Kalau tak, ayah takkan lepaskan diorang. Lagipun sayang dengan usaha kita selama 10 tahun ni. Kamu pun tahu kan"

"apa yang ayah nak Adan buat?" soal Adan. Dia kenal perangai Jerry. Sentiasa ada rancangan dan helah.

"well, senang je. Actually ayah ada terima satu kes baru" kata Jerry.

"kes apa?" soal Adan pula.

"buka laci ketiga tu, dalam tu ada fail warna oren. Kamu boleh baca sendiri" ujar Jerry.

Sebaik sahaja dia berkata demikian, skrin monitor dipadamkan.

Mereka semua hanya memerhatikan Adan yang bergegas membuka laci yang dikatakan Jerry.

"jadi, sekarang ni macam mana? kau selesaikan kes tu, kemudian kitorang boleh balik?" soal Zana. Jujurnya dia tidak yakin.

"aku janji korang boleh balik" kata Adan. Wajahnya tekad, sama sewaktu di tepi tasik sewaktu menunggu Fuad tempoh hari.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now