Bab 48: Memori

1.3K 177 8
                                    

"siapa korang sebenarnya?" soal lelaki bertopi itu. Tangan kanannya yang memegang pisau masih lagi dihalakan pada leher Ezlan.

"aku akan bagitahu kalau kau lepaskan dia" Adan cuba untuk berunding.

lelaki itu mendegus sambil memandang Fuad yang masih menghalakan pistol ke arahnya, "kalau aku lepaskan dia, korang akan tembak aku"

"Fuad" Adan memberi isyarat kepada Fuad untuk menurunkan senjatanya.

Fuad mengganguk sambil meletakkan pistolnya ke lantai perlahan-lahan.

"siapa lagi yang ada kat sini?" soal lelaki itu.

"kami bertiga je" jawab Adan.

Pada masa yang sama, tiba-tiba telefon bimbit dari poket seluar Fuad berdering. Semua mata memandang ke arah Fuad.

"Aleya..." Fuad berkata perlahan kepada Adan. Cepat-cepat dia menutup panggilan itu tanpa berfikir.

"kau nak tipu aku?!" lelaki itu berang dan mata pisau dirapatkan ke leher Ezlan. 

"kitorang janji, kitorang takkan apa-apa kan kau. Kami bukan orang Jerry" kata Ezlan terdesak. Nyawanya berada di hujung pisau ini.

"kau jangan nak tipu aku lagi!" kata lelaki itu lagi. Nampaknya tiada apa yang dapat meyakinkannya.

"ah, kau jangan buang masa aku" kata Adan. Dia mengetap giginya.

"Adan..." Ezlan mengangguk perlahan, cukup hanya Adan sahaja yang dapat melihat.

Kesabaran Adan sudah mencapai limit. Dia merempuh lelaki bertopi itu, dan pada masa yang sama Ezlan memusingkan tangan kanan lelaki itu dan menjatuhkan pisau yang dipegangnya.

Fuad mencapai kembali pistolnya. Namun dia hanya melihat Adan yang masih bergelut dengan lelaki itu untuk mengambil beg galasnya. 

Adan memegang kedua-dua lengan lelaki itu untuk menghalangnya daripada bergerak, tetapi tiba-tiba dia sendiri terkaku di situ. 

Dia dapat memasuki memori lelaki itu tanpa sengaja.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Suasana waktu tengahari kawasan setinggan itu agak sunyi dari biasa. Kebanyakkan penduduk pergi membuat urusan masing-masing untuk mencari rezeki. Mereka lebih sibuk daripada menteri yang duduk di pejabat, tetapi hasil yang mereka dapat hanyalah cukup-cukup untuk sebulan. Itulah yang terjadi di negara yang jurang miskin dan kaya terlalu ketara. Kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin.

"cepat abang balik harini?" soal si isteri pelik apabila melihat suaminya di pintu masuk. Dia sempat melihat jam dinding. Baru pukul 11 pagi.

"abang dah berhenti kerja" kata si suami selamba lalu duduk di sofa lusuh yang berada di ruang tamu itu. Topi hitam yang dipakainya di letakkan di atas meja kopi. Rambut serabainya kelihatan jelas.

"apa? kenapa?" si isteri terkejut. Dia berhenti mengupas bawang, lalu duduk di sebelah suaminya.

"abang nak berhenti buat kerja ni" kata si suami.

"tapi...."

"ah, awak jangan risau lah. Banyak lagi kerja kat Malaysia ni" si suami memandang kosong pada televisyen yang tertutup.

"awak ada masalah kan dengan bos awak?" soal si isteri.

"Jerry tu dah gila. Dia ingat semua benda dia boleh dapat"

"tapi awak takkan apa-apa ke kalau awak tolak cadangan bos awak tu? awak sendiri kata dia akan buat apa sahaja yang dia boleh... termasuk membunuh" hujung ayatnya diperlahankan.

si suami memandang isterinya dan memegang tangannya, "awak jangan risau. Yang penting sekarang ni, kita kena jaga budak tu"

"saya cuma risaukan awak"

"ya, saya tahu... Mana budak tu?" si suami cuba untuk mengubah topik.

"dia dah tidur"

"awak dah bagi dia makan?"

"dahlah. Awak ingat saya gila ke tak bagi dia makan?"

"ingat, jaga dia baik-baik"

"saya tahulah, awak dah banyak kali pesan"

"baguslah awak tahu" si suami bangun. Dia berjalan menuju ke bilik yang berada bersebelahan dengan dapur.

"dia tidur, awak janganlah kejutkan dia" pesan si isteri.

"saya nak tengok dia je" jawab si suami, tersenyum.

Si suami membuka pintu bilik. Dia memandang kipas yang berpusing, kemudian dia melihat ke arah katil.

Kosong, hanya bantal dan selimut tidak terlipat sahaja yang berada di atas katil. Dia mula tidak sedap hati.

Dia bergegas masuk ke dalam bilik. Dia melihat ke arah tingkap yang terbuka luas. Sebuah van hitam yang berada di luar berlalu pergi dari situ. Nombor plat kenderaan dapat dilihatnya dengan jelas.

Si suami keluar kembali mendapatkan isterinya, "sayang.... anak kita dah hilang! Jerry dah culik Adan!"


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Adan tersedar. Dia menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. Dadanya berdegup kencang dan badannya dibasahi dengan peluh.

Dia merenung lelaki bertopi itu.

"kau... kau ayah aku?"




Enam TerpilihWhere stories live. Discover now