Bab 10: Rahsia

2.1K 224 12
                                    

"maksud kau, kau boleh faham bahasa haiwan?" soal Zana dengan mata buntang. Masih tidak percaya dengan apa yang baru didengari daripada mulut Hani.

"ya, dan diorang pun faham apa yang aku cakap" jawab Hani.

"semua jenis haiwan? Termasuk burung gagak?" soal Zana lagi.

Hani mengangguk perlahan. Dia seperti tidak berbangga dengannya.

"tapi, macam mana awak ada kebolehan tu?" soal Aleya pula.

Hani menundukkan kepalanya, "saya tak tahu"

"gorila tu cakap apa kat kau tadi?" soal Fuad. Lengannya terdapat kesan luka akibat dicampak oleh gorila tadi. Satu lagi pelekat luka ditampal pada tangannya.

"dia marah dengan kita sebab dia ingat kita nak ganggu keluarga dia. Lagipun, tak ada manusia kat hutan ni selama ni, sebab tu gorila tu syak kita" terang Hani.

"sepatutnya kau bincang awal-awal dengan gorila tu. Tak ada lah aku penat-penat lari" sampuk Adan yang duduk mencangkung sambil menongkat dagu di sebelah Hani. Entah sejak bila dia berada di situ.

"kau ni nak kena..." Aleya tidak menahan sabar terhadap Adan. Adan melarikan diri pada saat semua orang belum bersedia dan itu adalah tindakan yang sangat mementingkan diri. Dia menunjukkan buku limanya namun Adan hanya tersengih.

"dah lah, jangan desak Hani lagi. Yang penting sekarang ni Hani dah selamatkan kita semua" kata Ezlan apabila sedar Hani seperti semakin tidak selesa.

"so, apa kita nak buat sekarang?" soal Zana. Dia mencengkak pingang.

"cari sungai..."

"kejap, korang dengar tak bunyi tu?" kata Aleya sambil cuba mendengar dengan lebih teliti.

"bunyi apa? bunyi perut aku?" balas Adan.

"bunyi air..." ujar Ezlan lalu menoleh ke arah bunyi itu.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"sungai! I love you!" jerit Aleya gembira apabila tiba di sebatang sungai yang keruh berwarna coklat itu. Hampir satu jam juga mereka harus meredah hutan untuk tiba di sini. Bukan kerana disebabkan jarak, tetapi kepayahan untuk tiba di sini. Segala semak samun mahu cerun terpaksa dilalui, ditambah pula keadaan tanah yang licin.

"mungkin semalam hujan, sebab tu air keruh" kata Zana sambil mendekati sungai tersebut.

"tak kisah lah keruh ke apa, sebab aku dah haus sangat sebab lari tadi" kata Aleya lalu mencedok air sungai dengan tapak tangannya. Hani juga membuat perkara yang sama.

"baik-baik takut ada buaya" kata Adan tersengih bodoh sambil duduk di sebuah batu besar.

Aleya yang baru sahaja membasahkan tekak dengan air sungai tersebut memandang Adan dengan jengkel, "mulut tu jaga sikit"

"entah-entah kat sungai ni ada ikan-ikan ganas macam kat sungai Amazon" kata Adan lagi.

"tak payah merepek lah" balas Fuad yang baru duduk di sebelahnya.

"habis yang gorila kejar kita tadi tu merepek juga?" soal Adan tidak puas hati.

"tak pernah aku dengar kat Malaysia ada gorila" sampuk Ezlan. Dia berdiri tidak jauh daripada situ untuk meneliti aliran sungai dan keadaan sekitar.

"memang tak ada pun" kata Hani perlahan lalu duduk di atas tanah.

"apasal kau tak interview gorila tadi tu? Aku nak tahu juga macam mana dia boleh tersesat kat sini" kata Adan kepada Hani.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now