Bab 29. Bersalah

1.5K 164 8
                                    

Ezlan tersentak mendengar pertanyaan Zana. Dia tidak menjangkakan itu.

"kau.. kau tak ada mimpi diorang?" ulang Zana. Matanya menunjukkan bahawa dia terdesak.

"tak.. aku tak mimpi diorang" jawab Ezlan.

Zana jatuh terduduk di lantai. Sebelah tangannya sempat memegang meja solek milik adiknya.

Ezlan bergegas mendapatkannya. Dia duduk melutut menghadap Zana, "kau okay tak ni?"

"macam mana kalau diorang dah mati?" kata Zana tanpa memandang Ezlan. Matanya kelihatan bengkak dan tidak bermaya.

"diorang akan okay.."

"kita tak patut tinggalkan diorang..."

"ya aku tahu.."

"kita tak patut tinggalkan diorang! kita jahat! kita selfish! kita dah bunuh diorang!" Zana meracau seperti orang gila. Tangannya menumbuk dada Ezlan berkali-kali. Ezlan terpaksa menahannya dengan kudrat lelaki.

"Zana, stop! Stop!" Ezlan semakin tidak keruan melihat kelakuan Zana.

"kenapa ni?" Hani tiba di pintu bilik. Wajahnya jelas terkejut.

"kita dah bunuh diorang! kita dah bunuh diorang!" Zana masih mengulang kata-katanya sambil menangis. Jelas kekesalan pada wajahnya.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Hampir 30 minit mereka mendiamkan diri di ruang tamu rumah sewa Zana. Ezlan, Zana dah Hani masing-masing kelu untuk memulakan perbualan. Hanya bunyi kipas siling berpusing yang kedengaran. Zana pula masih berusaha menyeka air matanya.

"polis cakap apa kat awak?" soal Hani akhirnya memecah kesunyian.

"diorang tanya mana Aleya" jawab Ezlan yang sedang duduk dengan kepalanya bersandar pada sofa.

"so, awak jawab apa?"

"aku jawab, dia kat hutan tulah"

"polis percaya?" kali ini Zana pula menyampuk. Dia mulai tenang.

"entahlah..." Ezlan mengeluh.

"kenapa awak cakap macam tu?" soal Hani lagi.

Ezlan menegakkan badannya daripada bersandar. Dia mula memandang Zana dan Hani, "kes ni pelik... sangat pelik sampai aku sendiri keliru"

"apa yang kelirunya? kita memang tersesat dalam hutan tu. Bas tu accident. Ramai penumpang yang mati, termasuk adik aku" keras suara Zana.

"itu lah masalahnya... polis tak dapat cari rekod bas tu. Masa hari kejadian, semua bas dari KL dah sampai ke Perlis. Tak ada report yang bas hilang atau tak sampai"

"apa kau cakap ni? Kita naik bas tu dari terminal bas. Bukannya bas tepi jalan. Takkan lah diorang tak dapat cari dalam CCTV?"

"tak ada langsung.. diorang dah semak semua jadual bas masa haritu" Ezlan sendiri terkejut apabila pegawai polis menyatakan tentang hal itu.

"peliknya.."

"tapi itu tak cukup pelik. Yang lagi pelik, kenapa polis cuma cari aku dan Aleya?"

"Mungkin sebab... tak ada sesiapa yang cari saya. Awak ada adik awak. Aleya ada kawan dia" jawab Hani. Meskipun pahit, namun itu hakikatnya. Itulah padahnya apabila dia lari dari rumah.

"ya, satu-satunya keluarga aku adalah arwah adik aku" kata Zana sugul.

"macam mana dengan Adan? Fuad? Takkan tak ada sesiapa cari diorang? Satu lagi, ada 10 orang lagi yang mati dalam accident tu. Takkan tak ada sesiapa cari diorang?"

Mereka semua terdiam dengan soalan Ezlan. Mereka tiada jawapannya.

"jadi, polis panggil awak cuma pasal kes Aleya hilang?" soal Hani.

Ezlan mengangguk lemah, "ya, diorang syak aku yang culik Aleya sebab aku ada history dengan dia"

"kenapa kau tak sebut nama aku dan Hani?" tanya Zana.

"aku tak nak korang pun terbabit. Lagipun korang kata nak move on"

"kau ingat aku boleh move on? hari-hari aku tengok berita kehilangan Aleya kat TV. Hari-hari aku fikir yang aku dah bunuh diorang" Zana merenung Ezlan dengan mata marah.

"so, kau nak buat apa? kau nak ikut aku pergi balai polis?"

"saya tak rasa polis boleh selesaikan semua ni" kata Hani. Mereka berdua memandang Hani serentak.

"jadi betul lah kata lelaki perigi tu? Tak ada sesiapa yang boleh selamatkan diorang, selain diorang sendiri yang cari jalan keluar?" soal Zana.

"tapi, aku rasa kita boleh selamatkan diorang" balas Ezlan. Riak wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu.

"macam mana?" soal Zana dan Hani serentak.

Ezlan terdiam sebentar, sebelum menarik nafasnya panjang.

"Ezlan, kalau kau dengar sekarang ni, jangan keluar dari hutan tu" kata Ezlan perlahan namun jelas, seolah-olah bercakap dengan dirinya.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now