Bab 24: Mengalah Untuk Mati

1.9K 193 9
                                    

"jujurnya, aku tak rasa kita akan jumpa buah kesemak tu kalau kita teruskan berjalan macam ni je" kata Zana memecahkan kesunyian. Dia duduk bertenggek di bahu Hani.

    Ezlan menghentikan langkahnya dan berpaling memandang Zana, "habis, kita nak buat macam mana lagi?"

    "betul cakap Zana. Sekarang pun macam dah nak malam. Kita kena dapatkan buah tu sebelum tengah malam ni. Kalau tak...." Fuad tidak mampu meneruskan kata-katanya.

    "kita akan mati?" Hani memandang Adan. Dia masih terbayang bagaimana Adan termuntah darah secara on the spot. Jadi, kemungkinan juga mereka akan mati on the spot jika tidak menunaikan hajat lelaki abad ke-16 itu.

    "jangan kata korang nak give up?" Aleya memandang wajah masing-masing yang kepenatan.

    Semua terdiam dengan soalan Aleya. Jika mereka mengalah, habuannya adalah mati. Tidak mengalah pula seperti tiada harapan.

    "sebab tu kita kena teruskan perjalanan" cadang Ezlan.

    "sampai bila?" soal Zana, keras suaranya.

    "macam ni, apa kata kita berpecah" kata Fuad.

    "kau gila? Kau tak ingat apa yang jadi dekat kau, Ezlan dengan Zana? Kau tak ingat macam mana kaki kau boleh cedera?" bantah Aleya.

    "sebab tu aku kata kita patut berpecah. Kaki aku ni cuma melambatkan perjalanan kita. Adan pun tak sihat sangat. Bukan aku nak mengelat, tapi baik korang yang sihat ni teruskan cari buah kesemak tu" terang Fuad.

    "hah, yang tu aku setuju. Korang je cari buah tu. Aku dengan Fuad, tunggu kat sini" celah Adan yang sudahpun duduk mencangkung di sebatang kayu mati.

    "aku percaya kat Fuad, tapi aku tak percaya kat kau" Aleya merenung Adan. Lelaki ini selalu curi tulang sahaja.

    "macam lah kau pun boleh dipercayai" sampuk Zana. Matanya memandang tepat ke arah Aleya.

    "wait, korang ni kenapa eh? Ada benda yang kitorang perlu tahu ke?" soal Adan sambil menaikkan keningnya memandang Zana dan Aleya.

    "okay, macam ni... aku, Aleya, Hani, dan Zana teruskan perjalanan cari buah kesemak tu. Korang tunggu sini sampai kitorang datang" kata Ezlan yang cuba mengubah topik.

    "wait... aku suggest Aleya tunggu sini dengan diorang" ujar Zana.

    Kesemua mereka memandang Zana pelik.

    "kenapa? Aleya kena ikut kita" bantah Ezlan.

    "risau betul kan kau dengan dia? Kalau dah ada bahaya tu, takkan boleh dielak" Zana masih lagi dalam mod memerli Ezlan dan Aleya.

    "bahaya apa?" soal Hani pelik.

    "tak apalah, Ezlan. Biar aku tunggu sini dengan diorang. Lagipun, kena ada salah seorang yang sihat jaga diorang" kata Aleya perlahan. Dia tidak selesa dengan setiap kata-kata Zana, seperti busur yang bila-bila akan dipanah tepat ke dadanya.

    Ezlan memandang Aleya sejenak, sebelum dia menghela nafasnya. Jika Aleya sudah bersetuju dengan cadangan Zana, dia tidak boleh membuat apa-apa.

    "okay, tapi korang pun kena jaga Aleya" pesan Ezlan sambil memandang Adan dan Fuad.

    "kau tak payah cakap pun kitorang tahu. Don't worry" Fuad tersengih.

    "dahlah, jom! Kita tak boleh bazir banyak masa" Zana menepuk bahu Hani untuk meneruskan perjalanan. Hani mengikut sahaja arahannya.

    Ezlan memandang Aleya buat kali terakhir sebelum dia melangkah pergi. Dia tidak tahu mengapa, tetapi terasa berat hatinya meninggalkan gadis itu. Gadis yang pernah bertakhta di dalam hatinya selama bertahun-tahun.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

    "awak tahu kat mana saya boleh dapatkan buah kesemak?"

    "awak cakap dengan siapa, Hani?" soal Zana yang pelik memandang Hani mencangkung sambil melihat ke bawah.

    "semut api" jawab Hani.   

    "awak bukan tak suka ke cakap dengan haiwan?"

    Hani mengerutkan dahinya, "mana awak tahu?"

    "saya ada masa awak borak dengan Aleya kat tepi sungai tu"

    "ohh..."

    "kadang-kadang jadi mengecil ni banyak juga kebaikan dia. Saya boleh dengar macam-macam rahsia" kata Zana sambil melihat Ezlan yang duduk termenung di hadapannya. Ketika itu mereka mengambil keputusan untuk berehat selama lima minit.

    "macam-macam?" tanya Hani.

    "kau tak habis lagi ke Zana?" Ezlan merenung Zana tajam.

    Zana tersenyum nipis, "kenapa? Terasa?"

    "kenapa awak dengan Ezlan ni? Saya tak faham!" sampuk Hani. Menyesal pula dia mengikut mereka berdua ini jika mereka asyik memerli tentang perkara yang dia tidak fahami.

    "lambat laun awak akan faham juga dan awak akan bersikap macam saya juga, Hani" kata Zana.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now