Bab 41: Dubuk

1.4K 166 5
                                    

Suasana agak suram sejak Adan pergi. Mereka tidak tahu mahu membuat apa disebabkan tiada apa yang boleh mereka lakukan. Mereka tidak pasti Adan berjaya atau tidak, malah tidak tahu jika Adan hanya mahu menipu mereka sekali lagi.

Hani duduk bersandar pada kerusi sambil merenung Fuad yang masih berusaha untuk menghidupkan monitor. Zana masih berada di dalam beg Hani, mungkin sudah tertidur. Ezlan pula hanya berlegar-legar di dalam bilik untuk menghilangkan bosan. 

Aleya yang sedang menongkat dagunya pada meja, mencapai fail oren yang dibiarkan terbuka. Dia menyelak dan terhenti pada gambar bangunan pangsapuri lama itu. Lama dia merenung, tiba-tiba reaksinya berubah.

"kenapa Aleya?" soal Hani yang menyedari wajah Aleya yang seperti terkejut.

"ini apa?" soal Aleya jarinya menunjukkan di bahagian atas bangunan. Terdapat sepasang mata bercahaya yang seolah-olah tepat memandang ke arah kamera.

Fuad dan Hani mendekatinya, melihat ke arah yang ditunjukkan Aleya.

"haiwan?" soal Fuad.

"haiwan apa?" soal Aleya pula.

"macam anjing... tapi bukan" balas Hani. Dia mengerutkan dahinya sambil melihat gambar tersebut dengan lebih dekat.

"oh saya tahu" kata Hani tiba-tiba. Dia melihat Aleya dan Fuad dengan teruja.

"tahu apa?" Ezlan tiba dari arah pintu besi. Dia mendekati mereka.

"The Nest Apartment... ada haiwan bahaya yang duduk sini. Sesiapa yang masuk kawasan apartment ni mesti mati" balas Hani.

"haiwan apa yang ada kat apartment tu?" soal Aleya, sedikit gementar.

"Dubuk" jawab Hani, ringkas.

Mereka terdiam buat beberapa saat.

"dubuk?" Aleya menyoal sekali lagi. Jujurnya dia tidak begitu mengenali haiwan pemangsa itu.

"tapi dubuk cuma ada kat afrika" kata Fuad.

"ya, sebab tulah misteri kenapa dubuk tu ada kat apartment tu" jawab Hani.

"mana kau tahu pasal ni?" soal Ezlan.

"saya pernah hidup dalam keluarga doktor. 20 tahun lepas, keluarga saya kecoh pasal kes ni sebab ramai orang mati kat The Nest Apartment. Kerajaan siasat dan memang ada dubuk yang hidup kat apartment tu. Jadi, kerajaan cuma buat keputusan untuk tutup je apartment tu" jawab Hani lagi.

Aleya menyoal, "jadi... Adan dalam bahaya lah?" 

"ya, kalau awak nak tahu, satu-satunya musuh bagi dubuk adalah singa" kata Hani.

"aku rasa kita kena tolong Adan" Fuad memandang Ezlan.

"tapi kita kena keluar dari bilik ni dulu" balas Aleya.

"pintu besi tu ada kata laluan 6 digit. Kita mungkin boleh keluar kalau dapat kata laluan tu" kata Ezlan, hasil dia berlegar-legar di sekeliling bilik sebentar tadi.

"6 digit? Mungkin nombor tu berdasarkan nombor bola kristal kita?" teka Aleya.

"tak mungkinlah password pintu tu cuma 1 sampai 6" balas Fuad.

Ezlan duduk di kerusi. Dia merenung pada pad kekunci pada pintu itu sambil berusaha untuk berfikir.

"atau password tu berdasarkan Adan?" teka Aleya lagi.

"Adan?" soal Ezlan.

"yelah, Adan kan anak Jerry" jawab Aleya.

"birthday Adan?" soal Fuad. Itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Tarikh hari lahir adalah kata laluan yang selalu digunakan, walaupun sebenarnya sangat tidak selamat. 

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now