Bab 3: Ramalan

2.5K 247 1
                                    

    Ezlan terjaga. Dia melihat sekeliling dan berasa lega apabila melihat dia sekarang berada di dalam bilik tidurnya. Ini bermakna dia sudah kembali ke dunia realiti.

    Dia bangun. Bajunya basah akibat terlalu banyak berpeluh. Tangannya masih lagi menggigil kerana dia memaksa dirinya supaya terjaga daripada tidur. Dia tidak mahu melalui mimpi ngeri itu sekali lagi.

    "abang? Abang okay tak?" soal Erra yang kebetulan masuk ke dalam biliknya.

    Ezlan menoleh. Sedikit tidak senang dengan kehadiran Erra yang sesuka hati masuk ke dalam biliknya, "kan abang kata, ketuk pintu dulu"

    Erra tidak mengendahkan arahan abangnya itu. Dia mendekati Ezlan.

    "kenapa abang berpeluh-peluh macam ni?" soal Erra, bimbang.

    "abang mimpi"

    "mimpi apa? selalu abang tak pula berpeluh-peluh macam ni" soal Erra lagi. Dia cukup mengenali Ezlan. Segala keistimewaan dan kelemahan abangnya, dia lebih mengetahui. Dia juga adalah pendengar setia untuk abangnya.

    "abang mimpi... bas yang abang naik accident. Ramai orang mati..." jawab Ezlan dengan mulut yang bergetar. Tangannya juga menggeletar.

    "bas? Jadi... maksud abang yang ni?" Erra menunjukkan tiket bas ke Perlis yang Ezlan suruh buang semalam.

    Ezlan mengerutkan dahinya melihat tiket itu, "kan abang kata buang je tiket tu"

    "jadi, bas ni ke yang akan accident?" Erra tidak peduli kata-kata Ezlan.

    "abang tak tahu"

    "abang tetap tak nak pergi Perlis tu?"

    Ezlan memandang adiknya itu, "lepas apa yang abang mimpi, Erra ingat abang nak pergi ke naik bas tu? Lagipun, kalau abang tak mimpi pun, abang takkan pergi"

    "tapi macam mana dengan penumpang yang lain? Abang tak boleh buat sesuatu ke supaya accident ni tak berlaku?" desak Erra lagi.

    "abang tak boleh ubah takdir"

    "tapi ini berkenaan nyawa orang!"

    "habis, Erra nak abang buat apa?!" soal Ezlan bengang. Jika dia mahu pun, dia tidak boleh membuat apa-apa.

    "Erra tahu, abang tak nak lagi masuk campur dengan semua ni. Tapi, Erra tak nak abang rasa bersalah pula nanti"

    "buat apa abang nak rasa bersalah? Bukan salah abang"

    "tapi abang tahu kemalangan tu akan berlaku!"

    "abang kata itu takdir! Abang tak boleh ubah apa-apa!"

    Erra terdiam. Dia tidak mampu memaksa abangnya lagi. Erra sedar abangnya sudah lama tidak menghiraukan kebolehan yang dia ada. Ezlan menganggap kebolehannya adalah suatu masalah dan beban. Jadi sebab itu dia cuba sedaya upaya untuk tidak masuk campur akan perkara yang sudah diketahuinya.

    "suka hati abanglah. Erra letak tiket bas ni kat sini, manalah tahu abang dah ubah fikiran" kata Erra sambil meletakkan tiket bas tersebut di atas meja studi.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

    "aku dah sampai stesen bas dah ni. Kau tak payah lah risau" kata Aleya kepada rakan serumahnya, Dira di talian.

    "gila aku tak risau?"

    Aleya tergelak kecil, "kan aku kata, takkan ada apa-apa yang buruk jadi kat aku. Percayalah"

    "hmm, yalah. Aku pun tak boleh nak desak kau. Tapi ingat, selalu update dengan aku tau!" pesan Dira.

    "yalah, cik puan!" jawab Aleya lalu mematikan panggilan. Dia bersyukur kerana mempunyai rakan baik yang sangat prihatin. Dia tahu Dira sangat risau akan dirinya, namun entah mengapa, dia mahu mengikut nalurinya. Apa pun kesannya, itu boleh difikirkan kemudian.

    Kemudian Aleya mendongak untuk melihat pada skrin yang menunjukkan masa bas ke Perlis, yang akan bertolak. Ada masa lebih kurang 10 minit lagi dan para penumpang lain juga semakin ramai yang menunggu di situ.

    Tidak lama kemudian, petugas wanita berbangsa india itu mula memberikan isyarat supaya beratur dan memberikan tiket sebelum menaiki bas. Tanpa berlengah, Aleya mencapai beg sandangnya dan mula beratur ke dalam barisan sambil memegang tiket.

    "Aleya?"

    Aleya menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Buntang matanya melihat lelaki yang sudah lama tidak bersua selama lebih 7 tahun. Jantungnya hampir sahaja berhenti berdenyut melihat lelaki ini.

    "kau nak pergi Perlis untuk apa?" soal Ezlan yang sedang termengah-mengah. Puas dia berlari untuk ke tempat ini sebelum bas bergerak. Keputusan saat akhir yang dia sendiri tidak dapat rungkai.

    Aleya mengerutkan dahinya tidak faham dengan lelaki dihadapannya itu. Soalannya itu tidak sesuai dengan situasi mereka sekarang ini. Tidak ada bertanya khabar atau reaksi kekok langsung. Oh, tak ada lah sampai bertanya khabar, kerana dia sudah membuat keputusan untuk tidak mahu bertegur dengan lelaki itu sejak tujuh tahun dahulu lagi.

Sebaliknya dia menyoal, "kenapa kau tanya macam tu?"

    Kemudian Ezlan menarik lengan Aleya menuju ke suatu sudut berhampiran. Dia tahu Aleya terkejut dengan tindakannya setelah sekian lama tidak berjumpa, tetapi dia terlalu terdesak.

    "kau ni kenapa? Gila ke?" marah Aleya. Cuba menarik tangannya kembali, namun tidak berhasil.

    "jangan naik bas tu" kata Ezlan. Matanya tepat memandang mata Aleya. Dia benar-benar serius.

    "kenapa pula?"

    "bas tu akan accident! Ramai penumpang akan mati" kata Ezlan sambil cuba mengawal suaranya. Sempat matanya melihat ke arah penumpang yang sedang berbaris untuk menaiki bas itu.

    Aleya terkedu. Dia semakin tidak faham, "jangan nak merepek, boleh tak?"

    "aku tak merepek! Aku mimpi bas tu accident, dan aku nampak kau sekali dalam tu. Sebab tu aku datang sini" terang Ezlan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia membuat keputusan membuat semua ini, padahal dia boleh sahaja mengambil langkah tidak mahu masuk campur.

    "aku akan tetap pergi" kata Aleya. Dia cuba melangkah pergi, namun ditahan oleh Ezlan sekali lagi.

    "kau tak percaya kat aku ke?"

    "tak. Kau siapa nak tentukan takdir orang lain?"

    Ezlan mengetap bibirnya dan berkata, "aku tak tentukan takdir, tapi aku tahu apa akan terjadi"

    "dah lah, malas aku nak layan kau"

    "macam mana dengan kes kebakaran rumah kau 7 tahun dulu? Aku tahu benda tu akan terjadi seminggu sebelum tu. Kau tetap tak percaya kat aku?" soal Ezlan.

    Aleya merenung Ezlan tajam. Dia tidak sangka Ezlan berani mengungkit hal itu sekali lagi, "kau jangan cakap pasal hal tu lagi!"

    "aku cuma cakap perkara yang betul"

    "aku tak tahu lah sama ada kau betul-betul ada kebolehan untuk tahu masa depan, atau mulut kau yang betul-betul celupar" kata Aleya sinis, lalu dia berlalu pergi.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now