Bab 2: Jemputan

2.8K 247 0
                                    

    "kau fikir pasal bola pelik tu lagi ke?" soal Dira setelah dia duduk di sebelah Aleya. Sejak setengah jam tadi dia perasan Aleya hanya duduk termenung tanpa menonton televisyen. Peserta rancangan Super Spontan di TV Astro Warna sedang syok sendiri bermain permainan yang tidak pernah berubah sejak beberapa tahun dahulu.

    Aleya mengangguk perlahan, "kau rasa, aku patut pergi ke?"

    "tak payah buat kerja gilalah, Leya. Kau sendiri tak tahu siapa yang hantar kan? Buatnya diorang nak culik kau, lepas tu diorang jual kau kat Siam. Kau nak?" Dira membuat spekulasi ala-ala drama tragis.

    Aleya yang sedang duduk secara bersila di atas sofa, membetulkan posisinya menghadap Dira, "tapi macam pelik kan? kenapa bola tu cuma bercahaya bila aku pegang?"

    "maybe dia ada sensor" jawab Dira selamba.

    "tapi kenapa pengirim tu sampai nak buat macam tu? Kenapa aku?"

    "Leya, aku rasa dia bagi benda tu random kat semua orang"

    "kenapa sensor tu boleh dapat detect aku, dan dia tak dapat detect kau atau orang lain? Satu lagi, kenapa sampai dia bagi tiket bas?" soal Aleya lagi. Jelas dia tidak berpuas hati.

    "itu aku tak tahu. Tapi yang penting sekarang ni, kau tak payah layan atau pergi Perlis tu. Tiket tu baik kau jual jelah, boleh dapat duit juga"

    "aku rasa aku nak pergi"

    "what?" Dira terkejut.

    "aku cuma nak tahu" balas Aleya tenang. Riak wajahnya bertentangan dengan Dira.

    "kalau jadi apa-apa dengan kau macam mana?"

    "itu kau tak payah risau, sebab aku takkan ada apa-apa yang bahaya akan jadi kat aku" balas Aleya yakin.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

    Pintu biliknya ditutup kasar sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Memang sengaja Ezlan membuat begitu untuk menunjukkan rasa amarahnya. Dia tidak peduli lagi walaupun pintu itu pecah atau apa pun.

    Rasa penatnya setelah pulang daripada kerja mempengaruhi rasa berangnya. Di pejabat, terpaksa melayan kerenah klien, di rumah pula ayahnya menengkingnya tentang sesuatu yang bukan salahnya. Sepatutnya ayahnya lebih memahami, dan bukan menambahkan kekusutan di kepalanya.

    Beg kerjanya dilemparkan di atas katil. Begitu juga dengan dirinya. Dia sungguh penat dari segi fizikal dan juga mental. Mental, terutamanya.

    Baru sahaja dia mahu memejamkan mata, dia terdengar pintu biliknya dibuka. Dia melihat kepala adik perempuannya, Erra menjenguk di sebalik pintu.

    "lain kali ketuk lah pintu dulu" kata Ezlan bengang.

    "alah, macamlah tak biasa" balas Erra selamba sambil mendekatinya. Lalu di duduk di sisi katil Ezlan. Ezlan masih lagi tidak berganjak daripada posisi baringnya.

    "abang gaduh dengan ayah lagi eh?" soal Erra, prihatin.

    "jangan sibuk" jawab Ezlan ringkas dengan mata terpejam.

    "kak Putri masih nak putus tunang dengan abang ke?"

    "hmm" jawab Ezlan, malas. Mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan dia sakit hati.

    Erra mengeluh perlahan, "abang langsung tak cuba nak berbaik dengan kak Putri? Yalah, abang kan dah lama kenal dengan kak Putri tu"

    Ezlan akhirnya bangun. Dia sudah tidak dapat mengawal sabar lagi. Tadi ayahnya, sekarang adiknya pula. Semua orang di dalam rumah ini langsung tidak memahami masalahnya.

    "Erra, bukan abang yang minta putus, tapi Putri tu!"

    "abang pujuklah dia balik. Mungkin kat Putri boleh... "

    "dia dah ada orang lain! Buat apa abang nak pujuk orang yang dah curang dengan abang?!" bentak Ezlan.

    Erra terdiam. Dia terkejut melihat abangnya yang marah seperti ini. Jauh dari sudut hati, dia amat kasihan dengan satu-satunya abangnya itu. Namun dirinya sekarang tersepit di tengah-tengah. Antara ayah dan abangnya.

    "Erra faham. Erra cuma kesian dengan ayah. Dia dah lama nak tengok abang kahwin. Lagipun, kak Putri tu kan anak kawan baik dia. Mesti dia rasa malu nanti"

    "buat apa nak malu? Bukan abang yang curang"

    "tapi abang..."

    "dah lah, keluar. Abang nak mandi" balas Ezlan sambil bangun daripada katilnya. Dia mencapai beg kerja untuk mengambil telefon bimbitnya.

    Tiba-tiba bola kristal yang diterimanya dua hari lepas tergolek jatuh daripada begnya. Dia hampir terlupa tentang bola aneh yang langsung dia tidak mahu ambil tahu itu.

Erra mengutip bola kristal itu, "apa ni?"

    "entah"

    "kenapa ada kat dalam beg abang?"

    "ada orang letak kat meja abang haritu"

    "siapa?"

    "manalah abang tahu" jawab Ezlan acuh tidak acuh tanpa memandang adiknya. Dia masih sibuk mengemas barang-barangnya.

    Erra mencebik. Abangnya memang betul-betul tiada mood langsung sekarang ini.

    "buang lah benda tu" arah Ezlan.

    "buang?"

    "buang ni sekali" Ezlan memberikan kad kuning dan tiket bas ke Perlis kepada Erra.

    Erra membaca seketika isi kad tersebut. Membulat matanya memandang Ezlan, "terpilih untuk apa?"

    "entah. Marketing strategy baru kot"

    "marketing? Siap bagi tiket bas ke Perlis?" soal Erra, pelik.

    "tak payah banyak tanya, pergi buang benda tu" arah Ezlan lagi. Malas dia mahu melayan.

    "abang tak nak pergi ke? Esok kan?"

    "untuk apa?"

    "untuk tahu apa maksud sebenarnya kad dan bola kristal ni" kata Erra.

    "tak peduli langsung" balas Ezlan lalu mengambil tuala dan pergi ke bilik air.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now