Bab 49: Masa Depan

1.4K 173 3
                                    

"apa kau cakap ni?" soal Ezlan. Lampu suluh dari telefon bimbit Adan disuluhnya.

Adan masih lagi tergamam. Dia hanya merenung lelaki bertopi yang turut terkejut dengan reaksinya.

"kau okay tak? Kau dapat baca fikiran dia ke?" Fuad mendekati Adan.

"bukan dia yang menculik... Tapi anak dia yang kena culik" jelas Adan.

"apa?" soal Ezlan.

Lelaki bertopi itu mendekati Adan langkah demi langkah, "kau siapa?"

Adan tidak menjawab.

"Adan, apa lagi yang kau tahu?" desak Fuad. Dia pasti ada sesuatu lagi yang membuatkan Adan tergamam seperti ini.

Lelaki itu memandang Fuad, "Adan?"

Fuad menelan air liurnya. Dia tidak tahu jika dia telah tersalah cakap atau apa.

Lelaki itu melihat Adan semula. Dia duduk untuk menyamai paras kepalanya dengan Adan.

Dalam cahaya samar-samar itu, dia meneliti wajah Adan.

Adan mengawal nafasnya, cuba untuk bertenang. Kepalanya juga masih lagi sedang memproses apa yang sedang berlaku.

"Adan?" lelaki itu menyoal.

Perlahan-lahan Adan mengangguk. Matanya mula berkaca dengan air mata, tetapi dia cuba untuk bertahan.

Ezlan dan Fuad memandang satu sama lain. Mereka sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku.

Lelaki itu melangkah ke belakang dengan mendadak. Dia terjatuh tetapi matanya masih memandang ke arah Adan.

"ayah..." akhirnya air mata Adan mengalir.

"ayah?" soal Ezlan.

"macam mana..." lelaki itu masih tidak percaya. Dia membuka topinya.

"ayah... ni Adan. Adan datang dari 21 tahun masa depan" terang Adan.

"masa depan?" soal lelaki itu. Dia turut memandang Ezlan dan Fuad.

"ya, kami semua dari masa depan" jelas Adan lagi sambil mengesat air matanya.

"dan kau anak aku dari masa depan?" soal lelaki itu. Anaknya yang berumur 2 tahun kini berdiri di hadapannya sebagai pemuda berusia 23 tahun.

Adan mengangguk.

"kejap-kejap. Adan, please explain" kata Ezlan, tidak boleh bersabar lagi.

Adan melepaskan nafasnya, dia sudah mampu untuk bertenang, "aku nampak memori dia. Aku nampak anak dia yang kena culik... dan anak dia tu adalah aku"

Mulut Ezlan dan Fuad melopong. Masing-masing terkejut.

"jadi, Jerry yang culik kau dari dia?" soal Ezlan.

Adan memandang lelaki itu. Lelaki itu masih memandang kosong ke arah lantai.

"ya, Jerry yang culik Adan... " kata lelaki itu. Nada marahnya jelas kedengaran.

"Boleh Adan tahu nama ayah?" soal Adan. Dia memegang kedua-dua bahu lelaki itu.

"Huzir..." jawab lelaki itu. Hatinya sedikit sakit apabila anaknya sendiri tidak tahu namanya.

"jadi, kenapa Jerry culik Adan dari err, encik Huzir?" soal Ezlan.

"Dia mahu gunakan kebolehan Adan. Tapi, aku tak bagi sebab aku tak nak Adan terbabit dalam kerja macam tu"

"encik Huzir pun kerja dengan Jerry?" soal Fuad.

"pernah kerja. Aku berhenti kerja untuk jauhkan Adan dari dia" jawab Huzir.

"kenapa Jerry bagitahu misi tu tentang ambil duit tebusan?" soal Fuad.

"dia tipu pasal duit tebusan tu" kata Adan. Sejak awal lagi dia sangsi dengan misi itu. Tidak mungkin Jerry menghantarnya ke sini semata-mata kerana duit.

"jadi, dia nak apa sebenarnya?" soal Ezlan.

"aku dah ambil sesuatu yang boleh hancurkan hidup Jerry. Sebab tu dia berusaha untuk cari aku" jawab Huzir. Kemudian dia membuka zip beg galasnya. Baru sebentar tadi mereka berebutkan beg galas itu.

Huzir mengeluarkan beberapa dokumen dan kaset dari beg galas itu, "ini semua bukti jenayah yang Jerry dah buat selama 10 tahun. Dokumen yang bertanda tangan Jerry dan juga rakaman suara. Semua kes melibatkan bunuh dan  penipuan"

"ayah nak bagi siapa semua bukti-bukti ni?" soal Adan.

"wartawan dan polis" jawab Huzir. Dia juga mengeluarkan sekeping kad yang tertera nama dan alamat seorang wartawan.

Adan merenung semua bukti-bukti pada tangan Huzir. Dia terfikir akan sesuatu, "sebab tu kat masa depan, Jerry jadi pelarian"

"Jerry pelarian?" soal Ezlan.

"sebenarnya aku jarang jumpa Jerry secara berdepan. Selalunya aku jumpa dia secara online dalam monitor macam tadi. Dia orang dikehendaki polis, sebab tu dia bersembunyi. Tapi, aku tahu lokasi sebenar dia" jelas Adan.

"dan sebab tu, dia nak sangat kita cari encik Huzir, sebab dia nak ubah masa depan dia" tambah Fuad. Satu demi satu kepingan puzzle mula tercantum.

Huzir mendegus marah, "dia culik anak aku, dan dia hantar anak aku dari masa depan semata-mata demi kepentingan dia"

"bunyi apa tu?" soal Ezlan apabila dia mendengar bunyi bising di luar.

"tutup lampu!" lantas Huzir menutup pintu dapur dan merendahkan dirinya.

Ezlan menutup lampu suluhnya, namun dia menyoal, "kenapa?"

"itu bunyi helikopter, Jerry yang hantar untuk cari aku" kata Huzir. 

Adan turut memandang ke luar melalui tingkap. Ternyata benar, memang sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara setiap blok apartment sambil menyuluh dengan lampu suluh helikopter.

"korang kena pergi dari sini" kata Huzir.

"habis... ayah macam mana?" soal Adan.

Huzir terburu-buru mengumpulkan dokumen-dokumen tadi dan meletakkan semula ke dalam beg galas. Dia memberikan beg galasnya itu kepada Adan, "bagi bukti-bukti ni kat polis dan wartawan"

"habis ayah?" Adan mengulangi soalannya.

Huzir meletakkan kad wartawan pada tangan Adan, "ayah akan tarik perhatian helikopter tu"

Adan menggelengkan kepalanya berkali-kali, "tak boleh... Adan mungkin tak dapat jumpa ayah lagi"

Huzir memeluk Adan erat. Dia menenangkan Adan dengan mengusap kepalanya, "kita tak mungkin dapat ubah masa depan. Tapi ayah gembira ayah dapat jumpa anak ayah balik"

Ezlan menepuk lembut bahu Adan. 

Adan melepaskan pelukannya. Dia mengesat air matanya.

"pergi bawa bukti-bukti ni" Huzir mengingatkan sekali lagi.

"jom" kata Ezlan kepada Adan dan Fuad. 

Adan hanya melihat Huzir yang sudah bersiap sedia untuk membuka pintu ke balkoni dapur. Huzir mengangguk sambil tersenyum.

Adan turut membalas senyuman itu. Perlahan-lahan dia mengekori Ezlan dan Fuad keluar dari rumah.

"Aleya, terus pergi masuk kereta! Kita jumpa kat sana" Fuad menelefon Aleya ketika mereka menuruni anak tangga.

Pang! Pang! Pang!

Beberapa bunyi tembakkan kuat dari tingkat atas. Langkah mereka terhenti seketika, masing-masing memandang satu sama lain.





Enam TerpilihWhere stories live. Discover now