Bab 5: Bertemu

2.3K 239 5
                                    


"kak Leya! Tolong kak! Kak!"

"Leya...!"

Aleya cepat-cepat membuka matanya. Dia seakan-akan baru bangun daripada tidurnya dan lagu pada fon telinga masih lagi terpasang seperti biasa. Namun anehnya, posisinya sekarang ini agak berbeza.

Dia sedang terbaring dalam keadaan agak sempit dan gelap. Dia cuma melihat sedikit sahaja cahaya dan dia mendengar suara jeritan serta tangisan. Aleya bingung, apa yang sudah terjadi?

"Zati bangun! Please bangun!"

Aleya menoleh dan melihat gadis yang berambut panjang lepas tadi menangis sambil cuba menggerakkan adiknya yang tidak sedarkan diri. Dalam samar-samar dia melihat kepala si adik sudah berlumuran dengan darah.

"apa dah jadi ni?" soal Aleya sambil sedaya upaya untuk berdiri. Di sekelilingnya penuh dengan serpihan kaca yang bertaburan.

"kau buta ke? bas ni dah accident!" jerit si kakak. Dia berang apabila diajukan soalan bodoh sebegitu. Baginya nyawa adiknya sekarang ini lebih penting.

Aleya melihat si kakak cuba mengeluarkan si adik yang tersepit di celah kerusi. Dia bingung tidak tahu membuat apa pada saat itu. Dia juga dapat melihat beberapa orang lagi yang merintih kesakitan akibat tersepit. Tidak kurang juga yang sudah kaku tidak sedarkan diri.

"kau tercegat apa lagi? tolonglah aku!" marah si kakak.

Lantas Aleya cuba menolong si kakak mengeluarkan adiknya. Namun kudrat mereka berdua tidak mampu mengeluarkan si adik. Aleya sudah kepenatan, tetapi si kakak masih lagi tidak berputus asa.

"dia hidup lagi ke?" Aleya menanyakan soalan berani mati.

"dia still hidup!" kata si kakak sambil masih lagi menarik tangan adiknya yang longlai itu.

Kemudian Aleya merasai nadi pada pergelangan tangan si adik bertudung itu. Dia tidak dapat merasai apa-apa denyutan sama sekali, "saya minta maaf, tapi saya rasa adik awak dah tak ada"

"kau diamlah! Dia takkan mati!"

"baik kita keluar dulu!" pujuk Aleya.

"kalau kau nak keluar, kau keluar lah sorang!" tengking si kakak.

"Aleya!"

Aleya menoleh ke belakang dan melihat Ezlan berusaha mendekatinya. Dia masuk daripada cermin hadapan bas dengan membongkokkan badannya sedikit.

"kau keluar cepat!" arah Ezlan kepada Aleya. Dahi dan bibirnya terdapat sedikit luka. Pakaiannya juga sudah terkoyak.

"berapa orang lagi?!" jerit seorang pemuda yang memakai baju t-shirt hitam.

"dalam tujuh orang!" balas Ezlan sambil memandang lelaki tersebut.

"cepatlah tolong keluarkan adik aku!" desak si kakak.

"adik dia dah tak ada"

"dia belum mati lagi! kau jangan pandai-pandai. Cepatlah, tolong keluarkan dia!" ujar si kakak seraya memandang tajam ke arah Aleya.

"okay, tapi kita kena selamatkan yang sedar dulu" ujar Ezlan. Masih ramai lagi mangsa yang perlu diselamatkan.

Aleya melihat sekeliling. Tiada lagi suara rintihan seperti tadi. Kini suasana agak sepi di sini. Semuanya sudah tidak sedarkan diri.

"Fuad! Adan! Masuk sini!" jerit Ezlan. Beberapa saat kemudian dua orang pemuda yang bernama Fuad dan Adan masuk ke dalam. Salah seorang adalah lelaki yang memakai t-shirt hitam sebentar tadi. Seorang lagi pula memakai cermin mata yang sudah pun retak.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now