Bab 25. Tawaran

1.6K 190 2
                                    

"Ezlan... Itu apa?" kata Hani tiba-tiba.

Langkah Ezlan terhenti, lalu kepalanya berpaling ke arah kanan, melihat perkara yang ditunjukkan Hani.

"apa?" Ezlan menghalakan lampu telefon bimbitnya. Namun dia hanya melihat semak samun sahaja.

"kat sebelah sana. Zana, awak tak nampak ke?"

"tak ada apa pun.." Zana sudahpun berdiri di bahu Hani. Matanya yang kecil itu dibesarkan.

"Hani nampak apa?" soal Ezlan.

"macam ada benda oren. Bulat-bulat. Macam kesemak!" ujar Hani.

"biar betul?" Ezlan separa tidak percaya.

"saya tak pasti, tapi baik kita pergi situ" Hani cuba meyakinkan Ezlan dan Zana.

"okay jom" Ezlan bersetuju. Baik mencuba daripada tidak. Harapan adalah segala-galanya pada saat ini.

Setelah 15 minit mereka meredah semak dalam keadaan yang gelap, dan hanya memijak apa-apa sahaja tanpa mengira bahaya atau tidak, akhirnya mereka menemui sinar.

Sinar buah kesemak.

Benar kata Hani, terdapat sebatang pokok rendang yang berbuah kukuh berdiri. Buahnya berwarna oren dan berkilat apabila bulan memantulkan cahayanya. Sesekali dedaunnya bergerak perlahan apabila angin malam menghembus.

"sabar jap.." kata Zana tiba-tiba.

"kenapa? kau tunggu apa lagi?" soal Ezlan.

"takkan lah senang macam ni je. Aku tak sedap hati" balas Zana.

"kita dah jumpa, tapi kau tak sedap hati? so apa guna kita berjalan tiga jam nak cari buah mengarut tu?" kata Ezlan, tinggi sedikit suaranya.

"suka hati kau lah" kata Zana, malas mahu bertelagah lagi dengan Ezlan. Dia memang tidak sedap hati, tetapi perasaan itu sama sekali tidak akan membantu pada ketika ini.

"korang tunggu sini. Biar aku pergi dulu" arah Ezlan dengan nada gentleman.

"careful" sempat Hani berpesan. Zana pula hanya memerhatikannya sahaja.

Ezlan melangkah dengan berhati-hati menuju ke pohon kesemak yang berdiri teguh di hadapannya. Tiada pohon lain yang berdekatan, selain semak samun yang meliar. Dadanya semakin berdegup kencang apabila dia semakin menghampiri pohon tersebut. Ini adalah harapan mereka berenam, jadi dia membawa tanggungjawab yang sangat besar.

Berpuluh-puluh biji buah kesemak tergantung rendang di atas dahannya. Mudah diambil bagi lelaki yang berketinggian 172cm seperti Ezlan. Tiada apa yang difikirkannya selain mahu memetik sebiji dengan pantas. Tangan kananya mencapai, lalu menarik buah itu daripada ranting.

Dan....

Tiada apa yang terjadi. Senyap. Sunyi. Angin malam masih lagi menghembus lembut. Detik penting yang tiada kejadian dramatik.

Petanda yang bagus? bisik hati Ezlan. Entah.

"dah petik ke, Ezlan?" jerit Hani dari belakang.

Lantas Ezlan menoleh ke belakang, melihat Hani yang setia menunggu, "dah! "

Ezlan mengangkat tangannya yang sedang mengenggam kemas sebiji buah kesemak. Dia tersenyum buat pertama kalinya sejak terkandas.

"cepatlah, datang sini!" kata Zana pula.

"nak petik semua ke?" soal Ezlan memandangkan kesemua mereka sedang kelaparan.

"kejap, kitorang datang situ" balas Hani lalu berjalan ke arah Ezlan dengan berhati-hati. Sekali sekala dia terjerit kecil apabila kakinya terlanggar duri-duri halus.

"cepat, petik je mana yang mampu" kata Ezlan.

"so, macam mana kita nak cari abang perigi tu?" soal Zana. Mereka sudah menjumpai buah kesemak, jadi persoalannya sekarang, di mana lelaki perigi? Adakah mereka perlu berpatah semula ke perigi tersebut?

"aku pun tak tahu.." Ezlan sendiri tiada jawapannya. Kedua-dua tangannya sudah penuh mengenggam beberapa biji kesemak.

"hmmm.. akhirnya tuan hamba berjaya menemui buah dewa seperti yang dihajati"

Tiba-tiba lelaki perigi muncul di sebalik pokok buah kesemak. Mereka bertiga terlalu terkejut sehingga Hani menjerit kuat. Ezlan pula hampir sahaja membaling buah-buah yang dipegangnya ke arah lelaki perigi. Mujur, kalau tak, ada seorang lagi yang muntah darah.

Lelaki perigi tersenyum, lucu agaknya melihat reaksi mereka, "hamba bukannya jembalang"

"habis tu, kau tu apa?" soal Zana, berani.

"seharusnya soalan itu hamba tuju pada tuan hamba, manusia kerdil yang aneh" lelaki perigi memandang tajam ke arah Zana.

Berkelip-kelip mata Zana menahan malu. Ya, sepatutnya dia sedar diri yang fizikalnya sekarang jauh berbeza daripada manusia biasa.

"nah-nah. Buah kesemak yang encik.. Er tuan hamba minta" Ezlan meletakkan buah-buah kesemak yang dipegangnya ke atas tanah. Walhal tujuan dia memetik banyak supaya mereka dapat makan.

"bagus... Tuan hamba berjaya mendapatkan buah dewa sebelum bulan terbenam" lelaki perigi mendongak ke atas langit, melihat bulan yang masih menerangi malam.

"jadi, itu je ke?" soal Ezlan. Dia hampir lupa tujuan asal mereka terpaksa mencari buah tersebut. Takkan ending macam ini sahaja? Macam tidak berbaloi pula usaha mereka.

"jom blah" bisik Zana. Hani yang mendengar jelas kerana Zana bertenggek di bahunya, masih takut untuk berganjak.

"jadi... kami pergi dahulu" kata Ezlan kekok. Rasanya mereka tidak perlu lagi berurusan dengan lelaki perigi ini. Sekurang-kurangnya mereka berjaya menyelamatkan diri daripada mati akibat sumpahan muntah darah.

"sebentar" kata lelaki perigi yang membuatkan langkah Ezlan dan Hani terhenti. Mereka menoleh.

"hamba ada tawaran buat tuan hamba bertiga"

"tawaran apa?" soal Ezlan pantas. Sememangnya dia sangat berminat.

"hamba boleh menolong tuan hamba bertiga keluar dari hutan ini"

Ekspresi wajah Ezlan, Hani dan Zana bertukar. Sesungguhnya mereka tidak menjangka akan tawaran yang lebih bernilai dari selonggok emas. Begitulah tahap terdesak mereka.

"betul kau boleh tolong kitorang?" soal Zana. Dia ingin memastikan lagi apa yang didengarnya sebentar tadi.

"namun dengan syarat" ujar lelaki perigi tenang. Senyuman nipisnya tidak lekang.

"syarat?" soal Ezlan.

"syaratnya, hanya tuan hamba bertiga sahaja yang boleh keluar dari hutan ini"

"jadi, kami kena tinggalkan Aleya, Adan dan Fuad kat sini?" soal Hani. Buat pertama kalinya dia berani bersuara di hadapan lelaki perigi.

"ya. Ini adalah tawaran sahaja. Setuju atau tidak, itu terpulang" kata lelaki perigi lagi sambil memetik sebiji buah kesemak, lalu memakannya.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now