Bab 6: Gagak

2.4K 236 0
                                    

Sebaik sahaja Hani mengatakan amaran tersebut, berpuluh-puluh burung gagak yang berlegar-legar di langit tadi mula menyerang mereka. Burung-burung tersebut mematuk dan menggigit apa-apa sahaja yang ada dihadapan mata.

Suasana mula menjadi huru hara. Tiada sesiapa yang terkecuali daripada diserang burung-burung gagak yang mengamuk termasuk mayat-mayat yang bergelimpangan. Beg-beg yang mereka bawa keluar sebentar tadi juga melayang-layang dan tercampak di merata-rata.

Aleya mengibas-ngibas beg sandangnya cuba mengelak daripada dipatuk tiga atau empat ekor burung yang menyerangnya secara ganas. Dia dapat melihat Hani yang duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya. Hani juga menjerit akibat ketakutan.

Begitu juga dengan Ezlan dan Fuad yang cuba memukul burung-burung gagak tersebut dengan beg silangnya. Kudrat lelaki digunakan seboleh mungkin.

"bodoh! Sakitlah!" jerit Adan tidak jauh daripada situ. Dia sudah terbaring meniarap dan cuba bertahan daripada serangan itu.

"kita kena pergi dari sini!" jerit Hani sedaya upaya.

"hish, aku pergi dulu!" kata Adan lalu dia berlari selaju mungkin menuju ke dalam hutan di sebelah kanan mereka. Terdapat lima ekor burung gagak cuba mengejarnya namun haiwan itu berputus asa dan menyerang mayat-mayat yang ada pula.

"cepat... ikut Adan!" arah Ezlan pula dan mula berlari menuju ke arah hutan.

Hani berusaha untuk bangun dan berlari mengekori Ezlan. Ezlan menolong Hani dengan memukul burung-burung gagak di sekelilingnya, jadi Hani dapat masuk ke dalam hutan terlebih dahulu.

Aleya turut cuba mengikut Ezlan dan Hani. Namun malangnya dia terjatuh apabila kakinya tersadung pada salah seorang kaki mayat. Kedua-dua lututnya terasa amat sakit sekali. Burung-burung gagak juga tidak melepaskan peluang untuk menyerangnya dengan lebih ganas.

"Aleya!" jerit Ezlan apabila melihat Aleya terjatuh. Dia berlari ke arah Aleya dan memukul burung-burung tersebut. Lantas dia menarik tangan Aleya untuk berdiri dan berlari bersama-sama menuju ke dalam hutan.

Mereka berlari sekuat hati meninggalkan burung-burung gagak yang semakin gila. Segala semak samun mahupun ranting dilanggar mereka demi untuk menyelamatkan diri.

Apabila melihat tiada lagi kelibat burung gagak yang mengejar, akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Kini di sekeliling mereka hanyalah hutan semata-mata.

Aleya terbongkok-bongkok cuba mengawal nafasnya. Kemudian dia melihat Adan dan Hani yang sudah terduduk di atas tanah. Mereka juga kelihatan kepenatan.

"mana Fuad?" soal Ezlan yang berada di belakang Aleya. Di tangannya dia memegang dua buah beg. Satu beg kepunyaannya, manakala satu lagi beg seorang mangsa yang telah mati. Dia sempat mengambilnya semasa bergelut tadi.

"dia masih kat situ lah tu" jawab Adan, tenang. Paling penting sekarang ini, dirinya sendiri telah selamat daripada serangan burung gila tadi.

"kita tak nak tolong diorang ke?" soal Aleya dengan termengah-mengah.

"gagak-gagak tu terlalu bahaya. Kita tak boleh patah balik" ujar Hani. Dia kelihatan risau.

"tapi..."

"korang!"

Mereka semua menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Fuad dan si kakak sedang berlari ke arah mereka. Terpancar kegembiraan pada wajah Fuad kerana berjaya menemui mereka di zon selamat ini.

"sorry lambat, aku tolong dia ni tadi" kata Fuad sambil memandang si kakak. Dia juga kelihatan termengah-mengah.

Si kakak sudah terduduk. Dia masih tidak bermaya apabila terpaksa meninggalkan adik kesayangannya tadi.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now